TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Friday, February 24, 2012

Lembu Aqiqah dan Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum Wrmbth, sebelum ini saya ada sediakan entri tentang lembu aqiqah kami untuk sambutan majlis maulidur rasul di Bangi. Kebetulan pelanggan kami EN Mazlan ada kongsikan gambar majlis tersebut daripada ketibaan lembu aqiqah kepada penutup majlisnya. Saya ingat lagi masa hari menghantar lembu aqiqah ke bangi, saya sesat semasa mencari jalan pulang yang ironinya patut berlaku semasa menghantar. Macam-macam kan, Hehe.

lembu aqiqah
Lembu aqiqah sampai ke lokasi jam 11pagi. Lebuhraya elite agak sesak semasa datang

lembu aqiqah
Kaum bapa sedang sibuk bermesyuarat untuk mengerjakan lembu aqiqah

lembu aqiqah
Lembu aqiqah sudah siap sembelih daripada UMM BARAQAH RESOURCES

lembu aqiqah
Kanak kanak meramaikan sambutan maulidur rasul

lembu aqiqah
Acara memasak lembu aqiqah kini bermula, orang kuat di dapur tengah memasak

lembu aqiqah
Kaum ibu dan warga setempat mempamerkan semangat gotong royong alhamdulillah

lembu aqiqah
Lembu aqiqah yang sudah siap di masak, Wuihh, ada sup gearbox lagi tu
lembu aqiqah
Pekat dan lazat hidangan sup lembu aqiqah ni.

lembu aqiqah
Kaum bapa sedang sibuk menjamu selera selepas bergotong royong memasak

lembu aqiqah
Sambutan di teruskan dengan aktiviti di dalam surau
Alhamdulillah, lembu aqiqah sudah selamat sampai tetapi yang lebih mengujakan ialah semangat masyarakat setempat menghidupkan aktiviti kemasyarakatan. Surau kecil saja tetapi roh tempat ibadat diberi penekanan dengan hidupnya semangat penduduk disini. Jauh lebih baik daripada masjid besar tanpa aktiviti bukan. Mari dekatkan diri pada masjid setiap masa insyaallah

Wednesday, February 22, 2012

Lembu Aqiqah Mac 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Lembu aqiqah dan juga kambing untuk kegunaan aqiqah sentiasa tersedia dalam simpanan kami. Hubungi kami UMM BARAQAH RESOURCES untuk pertanyaan lanjut. Lembu dan kambing untuk aqiqah yang cukup umur dan syarat sembelihan aqiqah untuk memenuhi permintaan anda. Kandang kambing dan lembu kami ada di Klang dan 10 minit sahaja daripada Shah Alam.
lembu aqiqah
Mari mari pilih lembu aqiqah di kandang

lembu aqiqah
Saiz lembu aqiqah berbeza mengikut berat dan harga mereka

Bagi memastikan keadilan kedua dua belah pihak, pembeli patut datang ke kandang lembu untuk memilih sendiri lembu aqiqah dan melihat sendiri keadaan lembu tersebut. Tambahan pula, urusan aqiqah adalah sekali seumur hidup jadi buatlah yang terbaik. Insyaalah lembu aqiqah atau pun kambing anda akan mendapat berkat daripada Allah SWT.

Sunday, February 19, 2012

Harga Lembu Bukan Aqiqah Shah Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Beberapa hari lepas saya menerima tempahan lembu bukan aqiqah ke Taman Pinggiran USJ Shah Alam untuk pelanggan saya En Azman daripada Bukit Beruntung. Saya hantar lembu tersebut ke katerer pilihan mereka. En Azman akan melaksanakan majlis kenduri kahwin bagi 2 orang anaknya serenak, bagus tu sebab jimat masa dan tenaga. Jadi En Azman telah hadir ke kandang saya di Klang bagi tujuan memilih kambing dan lembu bukan aqiqah untuk kenduri nanti. Bukan apa, En Azman berhati hati dalam memilih kerana sekarang ni ramai penipu di internet, bila sampai saja di kandang alhamdulillah senang kerja dua dua pihak. kebetulan masa EN Azman sampai saya baru selesai sembelih kambing.
lembu aqiqah
Lembu aqiqah dan Bukan aqiqah untuk pilihan anda
Lembu bukan aqiqah pilihan encik Azman perlu sekurang kurangnya mempunyai 75kg daging, bagi memenuhi jumlah undangan majlis kahwinnya. Hehe, Alhamdulillah sekejap je perbincangan kami sebab kambing dan lembu depan mata semua cukup berat. Majlis awal bulan Mac ni tapi persediaan rapi perlu dibuat awal untuk menjamin kelancaran majlis. Hal kenduri kendara ni perkara berat, kalau tak cukup makanan malu tuan rumah dan kasihan juga untuk para tetamu yang datang.

lembu aqiqah
Sila pilih sendiri lembu aqiqah cukup syarat ni. Hehe
Masa hantar lembu sembelihan bukan aqiqah ni, jalan agak sesak di lebuhraya persekutuan, maklumlah awal pagi ramai yang nak ketempat kerja. Alhamdulillah saya sampai ke premis katerer pada jam 955 pagi. Alhamdulillah satu lagi tempahan lembu bukan aqiqah selesai

Tuesday, February 7, 2012

Harga Kambing Petaling Jaya

Assalamu'alaikum Wrmbth,UMM BARAQAH RESOURCES sedia memenuhi permintaan kambing aqiqah bagi kawasan Petaling Jaya. Pelanggan kami kali ini daripada Petaling Jaya Puan Sri dan En Redza yang berhajat melaksanakan ibadat aqiqah untuk anaknya. Kami memberikan harga kambing RM760 pada pasangan suami isteri ini untuk pakej kambing aqiqah siap sembelih lapah dan hantar. Rumah mereka di Petaling jaya dan lebih kurang 40 minit daripada kandang kami. Butir butir pesanan majlis aqiqah seperti berikut:
Amcorp Mall di tepi lebuh raya persekutuan di Petaling Jaya, sebelah stesen LRT Taman Jaya

Nama Pemesan Kambing : En Redza dan Puan Sri
Harga Kambing Aqiqah : RM760
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan 14/48, 46100 Petaling Jaya
Berat Kambing Hidup : 40++ kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23-24kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 1 Oct 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Damara
Nama Anak di Aqiqah: Qaseh Dhiya

UMM BARAQAH RESOURCES sangat komited insyaallah untuk memenuhi permintaan dan amanah ibadat aqiqah umat islam. Alhamdulillah permintaan daripada pelanggan kali ini telah kami penuhi dengan harga kambing dipersetujui sebagai upah bagi kami. Halalkan wang yang diberikan ini supaya rezeki ini diberkati oleh ilahi.

Harga Kambing Ira Bandar Sunway


Assalamu'alaikum Wrmbth,Pesanan kambing aqiqah bagi Puan Ira dan En Daeng di Bandar Sunway Petaling Jaya daripada UMM BARAQAH RESOURCES . Dekat sangat dengan Masjid Sunway dan kebetulan jiran sebelah jalan sana adalah Monumen Piramid yang sesat dibina. Ikut sejarah pembina piramid adalah firaun tak tahu pula ada keturunannya di Malaysia ni. Hehe. Butir butir pesanan majlis aqiqah seperti berikut:
Harga Kambing Sunway
Orang sunway mesti tahu masjid Husna ni, belakang stesen minyak Esso jalan utama
Harga Kambing Sunway
Binaan monumen purba di Sunway ni menjolok mata. Hehe

Nama Pemesan Kambing : Puan Ira dan En Daeng
Harga Kambing Aqiqah : RM760
Lokasi Majlis Aqiqah : Blok 4, Jalan PJS 8/14 Bandar Sunway
Berat Kambing Hidup : 40++ kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23-24kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 23 Okt 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Damara
Nama Anak di Aqiqah: Damia Amni Binti Daeng Abdullah

Saya hantar kambing aqiqah ini awal pagi untuk elakkan kesesakan, biasalah sebab jalan ni jalan utama dan ramai pelawat dan penyembah piramid datang berbondong-bondong jadi terpaksalah orang lain beralah. Hehe. Rumah Puan Ira sarankan pada kawan-kawannya perkhidmatan kami melalui blog dan web nya. Alhamdulilallah dan Syukur ke hadrat ilahi kerana walaupun ada piramid sesat disini warga sunway masih ingat untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Harga kambing istimewa daripada UMM BARAQAH RESOURCES  menepati kehendak anda.Insyaallah

Harga Kambing Rahman Batu 3 Shah Alam



Assalamu'alaikum Wrmbth, UMM BARAQAH RESOURCES bersedia memenuhi keperluan ibadat aqiqah anda di sekitar Klang Shah Alam dan Sekitar Selangor. Pelanggan kami kali ini daripada Batu 3 Shah Alam, Puan Azura dan En Abdul Rahman. Harga kambing aqiqah pada pelanggan kali ini adalh RM760 denagn pakej sembelih lapah dan hantar.  Butir butir pesanan majlis aqiqah seperti berikut:
harga kambing shah alam
Kilang gula CSR terletak di Batu 3 Shah Alam, tempat ayahku mencari rezeki


Nama Pemesan Kambing : Puan Azura dan En Abd Rahman
Harga Kambing Aqiqah : RM760
Lokasi Majlis Aqiqah : Taman Sri Rasau 16/25, Jalan Batu 3 Lama, Seksyen 16 Shah Alam
Berat Kambing Hidup : 40++ kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23-24kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 1 Oct 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Damara
Nama Anak di Aqiqah: Adni Zhufairah

Pesanan kambing aqiqah ini selesai dengan jayanya alhamdulillah. Nostalgia tengok kilang gula ni, tempat ayah saya mencari rezeki bagi kami sekeluarga hingga kami besar panjang. Hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga kambing mampu aqiqah.Insyaallah

Harga Kambing Hasnul Meru Klang

Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah ada pesanan daripada pekan Meru Klang daripada En Hasnul. Harga kambing aqiqah yang kami berikan adalah RM760. Saya pun dah banyak kali pergi Meru untuk hantar kambing jadi soal cari jalan tu alhamdulillah syukur dipermudahkan. Butir butir pesanan berserta harga kambing aqiqah seperti berikut:


Harga KAmbing Klang
Masjid Pekan Meru yang sentiasa hidup dengan aktiviti kemasyarakatan dan ibadah Alhamdulillah


Nama Pemesan Kambing : En Hasnul
Harga Kambing Aqiqah : Harga kambing ISTIMEWA katerer
Lokasi Majlis Aqiqah : Lot 2579 Jalan Jabar Off Jalan Hj Salleh 43000 Meru
Berat Kambing Hidup : 40++ kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23-24kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 23 Sept 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Damara
Nama Anak di Aqiqah: Hafiyah Zahra

Kambing aqiqah encik Hasnul ni minta dicincang mungkin untuk masakan kurma atau kari. Wallahu'alam. Satu lagi amanah aqiqah pada harga kambing berpatutan dipenuhi. Hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga kambing dan berat yang menepati kehendak anda.Insyaallah

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP