TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Sunday, January 8, 2012

Harga Kambing 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berapa harga kambing untuk tahun 2012? Selepas beberapa tahun menternak kambing dan memerhatikan pola perubahan harga di pasaran tempatan, kemungkinan besar harga kambing akan beredar disekitar RM750~850 bagi tahun 2012 ini.


Ini harga kambing hidup 35~40kg hidup kerana pada tahun 2009, harga kambing disekitar RM650~700, dan pada tahun 2010 pula RM700~750. Tahun lepas (2011) pula RM750~800. Ini perubahan harga kambing selepas sembelih yang dapat saya perhatikan. Adalah dalam perubahan RM50 setahun. Jadi, bergantung kepada perubahan harga dan kekuatan mata wang negara yang terlibat dalam perdagangan kambing seperti Afrika selatan dan Australia sangat memainkan peranan dalam menentukan harga ini.

Ini sedikit video mudah dan ringkas yang saya hasilkan untuk maklumat ringkas berkenaan harga kambing yang UMM BARAQAH RESOURCES tawarkan dan perkhidmatan disediakan.


Harga kambing semasa juga bergantug kepada bencana alam yang melanda, masihkah anda ingat tahun lepas di Australia, banjir besar di benua Australia telah melumpuhkan kegiatan ekonomi di sana dan secara langsung memberi kesan dalam usaha mengimport kambing feral daripada sana. Ini kerana banyak ternakan yang mati dan khidmat logistik iaitu pengangkutan tergendala. Penternak yang rugi disana terpaksa menaikkan harga kambing dan kos pengangkutan kerana faktor ini. Di Malaysia pula, sambutan masyarakat terhadap kambing hidup dan sembelihan semakin meningkat dengan fenomena kambing golek pada harga yang semakin kompetetif. Kenduri kendara sibuk menghidangkan menu kambing golek dan makin ramai pula yang sedar keenakan daging kambing.
Harga Kambing UMM BARAQAH RESOURCES
Orang Malaysia dulu memang terpengaruh dengan mitos daging kambing menyumbang kematian kerana darah tinggi, walhal daging kambing adalah daging paling berkhasiat dan sihat dibandingkan dengan lembu dan ayam. Cara masakan masyarakat melayu yang berkuah bersantan dan berminyak menyebabkan mitos lapuk ini dan alhamdulillah kerana kemajuan teknologi semasa, maklumat berkenaan khasiat daging kambing mudah dijumpai di internet dan masyarakat mula sedar salah tanggapan ini. Permintaan masyarakat yang semakin tinggi menyebabkan inflasi pada harga kambing tempatan.

Permintaan kambing tempatan semakin tinggi, bekalan kambing import yang tidak konsisten kerana faktor cuaca dan matawang pula semakin meningkat tinggi. Takkan tiada usaha daripada rakyat Malaysia untuk menternak kambing? ADA, zaman Pak Lah memang giat usaha ini dilakukan dan banyak jugalah yang menyahut seruan untuk menternak kambing ni. Selepas 6~8 tahun ramai pula yang tutup kandang kambing. Harga kambing tempatan tak dapat bersaing dengan kemasukan kambing import dengan harga kambing yang lebih rendah. Lebih menambahkan luka penternak tempatan, harga makanan ternakan (pellet) pula naik menjadi-jadi tanpa kawalan. Harga makanan kambing ini yang membuatkan ramai penternak kecil-kecilan gigit jari dan berputih mata dan akhirnya tutup kandang. Bukan sedikit bilangan mereka ini, anda boleh membuat carian di enjin carian seperti google dan banyaklah blog yang kini terbiar tidak di kemaskini selama bertahun tahun. Kesan kepada pengguna tempatan, harga kambing semakin naik dan perancangan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan pada kambing import tidak menjadi. Banyak juga iklan di internet dan enjin carian untuk menutup kandang kambing dan menjual kambing peliharaan mereka dengan harga kambing secara pukal.
Australia adalah salah satu Pengeksport Kambing Terbesar
Banjir DI Australia telah mempengaruhi peningkatan harga kambing import Malaysia
Tahun lepas pula terpampang di dada akhbar arus perdana tentang skandal NFC, duit rakyat yang sepatutnya membantu industri trnakan tempatan disalurkan kepada satu pihak saja dan hasilnya kini bagaimana? Harga kambing memang akan naik dan terus naik, syarikat UMM BARAQAH RESOURCES akan terus berusaha untuk memberikan harga kambing terbaik dengan bekalan kambing terbaik dari segi berat dan syarat binatang sembelihan aqiqah untuk memecahkan kebuntuan dengan cara kami insyaallah. Selagi diberikan kudrat dan keupayaan insyaallah ada jalan keluar.
Kambing golek semakin mendapat tempat di hati Masyarakat Malaysia
Isu NFC hangat diperkatakan dan ksannya pada industri ternakan memang besar
Cadangan saya kepada pengguna semua, bagi mendapatkan harga kambing terbaik dengan kualiti setara maka amatlah digalakkan supaya turun sendiri ke kandang dan ladang kambing dan elakkan urusan dengan orang tengah. Orang tengah akan ambil untung atas angin dan meningkatkan harga kambing. Lebih-lebih lagi, urusan ibadat sembelihan seperti aqiqah dan korban semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat islam Malaysia. Siapa lagi yang lebih dipercayai dalam urusan ini jika bukan ahli kepada sesuatu bidang sendiri. Pernah dengar hadis ini ? Hak orang alim dimaksudkan ialah ahli sesuatu bidang contohnya dalam hal ini Seorang penternak lebih dipercayai daripada orang tengah itu sendiri.

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati seorang yang lebih tua, tidak menyayangi seorang yang lebih kecil dan tidak mengakui hak seorang alim.” (Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)
 Harga Kambing terkini yang ditawarkan oleh syarikat kami dipaparkan diatas blog ini dan anda bebas membuat perbandingan. Dewasa ini juga, terdapat individu yang menawarkan harga kambing yang sangat murah sehingga RM500 untuk seekor kambing tetapi apabila sampai dikandang saiznya tidak sama seperti ditawarkan diinternet. Sebagai pengguna bijak, janganlah tertipu dengan tawaran ini. Jadi sekali lagi saya sarankan, lawatilah kandang kambing untuk memastikan kambing benar-benar setara dengan harga ditawarkan.

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP