TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Thursday, September 29, 2011

Pemeriksaan Rapi Pastikan Daging Lembu AS Selamat Dimakan

Pemeriksaan Rapi Pastikan Daging Lembu AS Selamat Dimakan
SINGAPURA, 30 Jan (Bernama) -- Pihak berkuasa Veterinar dan Makanan Pertanian (AVA), badan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan Singapura, yang mengumumkan rancangan untuk menarik balik pengharaman import daging lembu dari Amerika Syarikat (AS), memberi jaminan kepada rakyat negara itu bahawa ia telah mengambil semua langkah perlu bagi memastikan bahan berkenaan selamat dimakan.

Sebelum memutuskan untuk menarik balik penggantungan import bahan itu, AVA telah menjalankan penilaian risiko terperinci mengikut garis panduan berasaskan sains Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang disediakan oleh pakar-pakar dari 167 negara, kata AVA.

Berikutan itu syarat-syarat mengimport daging lembu telah disemak semula berdasarkan standard OIE bagi pendekatan pengurusan risiko dalam perdagangan daging lembu dengan negara-negara yang mempunyai risiko minimum terhadap BSE atau penyakit kuku dan mulut.

"Syarat-syarat itu termasuk hanya daging lembu tanpa tulang dibenarkan import dan daging dari lembu yang berusia kurang daripada 30 bulan, tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan," kata AVA dalam sepucuk surat yang disiarkan oleh The Straits Times.

Surat itu merupakan respons kepada surat pembaca yang disiarkan dalam akhbar berkenaan yang menyuarakan kebimbangan mengenai risiko kesihatan berikutan rancangan AVA terbabit.

"Inilah langkah tunggal paling penting yang diambil bagi melindungi orang ramai daripada dijangkit penyakit," katanya.

Sebelum menarik balik larangan import daging lembu US, AVA menjalankan penilaian risiko penuh ke atas sistem pengeluaran daging dan langkah-langkah mitigasi AS selain membuat pemeriksaan di lapangan di AS.

"Hasil pemeriksaan lapangan, kami dapati AS telah melaksanakan langkah berkesan dalam memastikan daging tanpa tulang untuk eksport adalah selamat," katanya.

Tulang lembu yang berisiko tinggi, produk daging yang telah diproses serta organ lembu masih dikenakan larangan import, kata AVA.

Singapura mengharamkan import daging lembu dari AS pada Disember 2003 ekoran pengesanan kes penyakit lembu gila di Washington.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP