TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Tuesday, December 27, 2011

Damai berteman haiwan ternakan

Damai berteman haiwan ternakan

RUTINNYA setiap pagi ialah mengutip telur itik, memastikan air minuman haiwan ternakan mencukupi, memberi makan dan membuang sisa makanan ternakan.
Berteman bunyi lembu, kambing, ayam, itik dan angsa, Siti Fatonah melalui kehidupan mendamaikan yang diidam selama ini. Biarpun jauh daripada glamor, Siti Fatonah puas dengan kehidupan dilalui sekarang.

“Keseronokan dan kepuasan diperoleh tidak boleh di nilaikan dengan duit. Hasrat saya ialah memperbesarkan lagi ladang dengan mencari kawasan sesuai bagi tujuan pembiakan. Saya mahu memulakan ternakan lembu tenusu dan lembu biak.
“Pada masa ini, saya cuma membiakkan lembu daging. Setakat ini, baru ada 15 ekor dan saya bercadang memperbesarkan projek menjadikan ia sehingga 300 hingga 500 ekor dalam satu masa. Projek ini memerlukan kawasan luas seperti ladang sawit (integrasi) atau padang ragut,” katanya.

Haiwan ternakan diberi makan sisa tanaman seperti pelepah kelapa sawit yang mudah diperoleh kerana Fatonah berada dalam lautan kelapa sawit.

Mengamalkan sistem fidlot, mudah baginya memantau haiwan ternakan, seperti memberi makan dan mengum pulkan tinja untuk dijadikan sebagai baja.

Menariknya, makanan haiwan ternakan diperkaya pro biotik yang menyebabkan tinja tidak berbau, sekali gus tiada masalah pencemaran bau kepada persekitaran.

“Kos memelihara lembu dibiayai sepenuhnya oleh lembu itu sendiri. Sebanyak RM2 dibelanjakan untuk makannya sehari manakala tinjanya dijual sebagai baja dengan harga RM3.50 (RM0.35/kg),” katanya.
Baja kompos iaitu siap dipek, dibekalkan kepada nurseri manakala baja daripada tinja lembu dan kambing yang dihancurkan, dihantar kepada penternak cacing. Sementara itu, telur itik dijadikan telur masin manakala ayam dan itik yang siap diproses dijual pembeli runcit.

Sepanjang enam tahun bergiat dalam industri ternakan, MJ Fatonah mendapat beberapa pengiktirafan, antaranya Usa hawan Cemerlang Mara 2008 Peringkat Negeri Selangor, Usahawan Cemerlang Mara 2009 Peringkat Kebangsaan (Sektor Pertanian), Usahawan Ternak Cemerlang 2009 oleh JPV Negeri Selangor dan Penternak Jaya (Ruminan) Negeri Selangor 2009.

Ramai penuntut menjalani latihan praktikal di MJ Fatonah, antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Pertanian dan Institut Veterinar Malaysia (IVM). Ini antara tanggungjawab sosial yang mampu di berikan oleh MJ Fatonah kepada pelapis usahawan ternak.

Sistem biosekuriti mengawal kenderaan keluar masuk ladang bagi mengelak jangkitan penyakit. Setiap kenderaan yang masuk atau keluar ladang perlu melalui laluan yang membasmi kuman bagi mencegah penyebaran penyakit melalui kenderaan. Takungan air di pintu masuk kandang pula disediakan untuk mencegah penyebaran penyakit melalui pelawat atau pelanggan.

Pemvaksinan sendiri dilakukan oleh Fatonah bagi pen cegahan penyakit sama ada untuk haiwan yang baru dibawa masuk atau haiwan ternakan miliknya secara berkala.

“Ini sebagai ikhtiar atau langkah pencegahan kerana kosnya tidak tinggi berbanding jika haiwan diserang penyakit,” katanya.

Menurutnya, pengalaman atau disiplin kerja sebelum ini boleh dipraktikkan dalam dunia penternakan.

“Perniagaan ini boleh diwarisi oleh anak. Jika saya dan suami tidak memulakannya sekarang, rasanya payah untuk mereka mulakan pada masa akan datang,” katanya.

http://www.bh.com.my/myMetro/articles/Damaibertemanhaiwanternakan/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP