TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Sunday, December 25, 2011

Perak terus rintis ternakan rusa

Perak terus rintis ternakan rusa
Utusan Malaysia, 15 Mei 2003

Oleh Nor Zainah Nordin

Negeri Perak boleh dikatakan sebagai perintis penternakan rusa secara besar-besaran di engara ini melalui dua ladang ternakan rusa secara intensif iaitu Ladang Infoternak, Sungai Siput dan Sumpitan Lenggong

Bagaimanapun tidakseperti ternakan haiwan pedaging lain iaitu lembu, kambing dan kerbau, ternakan rusa tidak begitu menyerlah walaupun dagingnya dijual dengan harga melebihi RM30 sekilogram

Walaupun begitu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak tidak mahu berdiam diri, sebaiknya terus berusaha mempertingkatkan jumlah pusat ternakan dan ladang rusa di beberapa kawasan yang dikenalpasti sesuai untuk ternakan itu.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), jabatan itu menysasarkan 8,000 ekor rusa diternak di ladang-ladang berkelompok di kawasan lingkaran rusa di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Ladang-ladang berkelompok tersebut dilaksanakan di kawasan padang ragut atau pastura yang terdapat di seluruh negeri ini yang sehingga Januari lalu berjumlah 98 buah kawasan.

Daripada 98 kawasan ragut tersebut, tujuh daripada menternak kira-kira 1,200 ekor ekor rusa, bergandingan dengan ternakan lain seperti lembu, kerbau dan kambing.

Tujuh kawasan ragut itu ialah Padang Ragut Guar, Kuala Kangsar sebanyak 58 ekor, Hulu Kati, Kuala Kangsar sebanyak 44 ekor, Chegar Galah, Kuala Kangsar sebanyak 79 ekor; Chuas Hulu Perak sebanyak 369 ekor; Temelong, Hulu Perak sebanyak 182 ekor dan Luat, Hulu Perak sebanyak 251 ekor.

Manakala, ladang Infoternak di Sungai Siput dan Ladang Sumpitan, Lenggong menjadi ladang intensif rusa yang diselia oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak.

Adalah tidak mustahil untuk meningkatkan taraf hidup melalui bidang penternakan berdasarkan kepada mempunyai potensi besar dalam menymbangkan kepada kelauran dalam negeri kasar (KDNK).

Pada tahun 2000, bidang penternakan yang bernilai RM949.45 juta menyumabngkan sebanyak 7.41 peratus kepada KDNK Negeri Perak dan 38.85 peratus kepada pendapatan sektor pertanian negeri.
Lebih-lebih lagi setelah Ladang Infoternak Sungai Siput bakal dijadikan pusat penternakan serta pusat jualan dan pameran produk berasaskan ternakan bertaraf antarabangsa bermula tahun depan.
Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan mengumumkan perkara itu dan berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan kemudahan asas yang sedia ada  di ladang itu.
Katanya, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2 juat bagi tujuan itu.
Diharapkan, dengan peningkatan taraf Ladang Infoternak Sungai Siput, ia akan memberi nafas baru kepada ternakan rusa di Negeri Perak agar seiring dengan perkembangan sektor pertanian.
Suatu hari nanti, biarlah kita melihat rusa-rusa diternak sebagaimana lembu, kerbau dan kambing diternak di kampung-kampung dan ladang-ladang ternak untuk pasaran temaptan dan eksport.

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP