TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Tuesday, December 27, 2011

Pasaran susu lembu masih luas

Pasaran susu lembu masih luas
Oleh : M.FEISAL NORAWI
Tarikh : November 20, 2011
Pasaran susu lembu masih luas
TEMERLOH – Golongan petani dan peladang digesa menceburkan diri dalam bidang ternakan lembu tenusu bagi menampung permintaan produk itu yang semakin meningkat.
Sehingga kini, jumlah pengeluaran susu lembu segar di seluruh negara belum mencapai paras lima peratus sekali gus memaksa kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah itu.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Ibrahim Che Embong dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, penternak tempatan masih lemah dalam aspek membiak baka haiwan itu hingga menyebabkan kekurangan baka.
Ditambah pula negara pengeksport baka susu lembu terbaik dari Australia dan New Zealand kini telah menghentikan eksport mereka ke Indonesia dan tidak mustahil negara terbabit bakal menghentikan eksport baka lembu tenusu ke Malaysia.
Perkara itu disokong oleh pengusaha susu lembu, Abu Bakar Bawa, 61, yang menternak baka lembu tenusu import dan tempatan di Kampung Tanjung Besar di sini.
Pesara tentera berpengalaman lebih 20 tahun dalam penternakan kerbau ini mengambil keputusan menjual semua haiwannya bagi mengusahakan produk lembu tenusu selepas mengenal pasti pasaran yang masih terbuka luas.
Dengan bantuan modal permulaan daripada anak-anak dan menantu, beliau memulakan penternakan baka lembu susu tempatan sebelum mendapat pinjaman JPV bagi mengimport baka Australia dan Thailand.
Menurutnya, selepas hampir lima tahun dalam bidang itu, kini dia mempunyai 98 lembu susu baka tempatan dan import namun jumlah itu masih terlalu kecil.
“Pengeluaran susu lembu segar di negara ini hanya lima peratus, susu dihasilkan dari ladang saya tidak sampai satu peratus, namun permintaan sangat tinggi,” katanya.
Abu Bakar berkata, kepada petani dan peladang tempatan masih mengusahakan ternakan lembu dan kerbau secara tradisional perlu berfikiran terbuka.
Menurutnya, kaedah lama perlu ditukar kepada pertanian moden bagi memperoleh hasil untuk dikomersialkan.
“Saya cadangkan mereka gunakan kaedah fidlot atau ternakan yang dikurung kerana hasilnya terbukti lebih bernilai tinggi.
“Mereka berminat menternak pula digalakkan menternak lembu tenusu yang bukan sahaja mampu menghasilkan susu, malah boleh menghasilkan baja dan daging untuk dijual,” katanya.
Penjagaan Rapi
Abu Bakar berkata, ternakan lembu susu menggunakan kaedah fidlot lebih terjamin kesihatan dan kebersihannya kerana lembu akan dimandikan setiap kali perahan dilakukan dan dibersihkan sebelum masuk semula ke kandang. Menurutnya, dia dibantu lima pekerja termasuk anak lelakinya Zulfakri selaku pengurus ladang akan mengumpul bekalan susu lembu dua kali sehari.
“Susu lembu ini kemudian disimpan di dalam peti sejuk khas yang kemudian akan dihantar ke pusat pengumpulan susu di Jerantut dua kali sehari.
“Pada masa sekarang, saya mempunyai 25 lembu susu yang produktif menghasilkan susu dengan purata 300 liter sehari, pengeluaran setiap bulan dianggarkan 7,000 liter,” katanya.
Abu Bakar berkata, biasanya dia akan menerima baka lembu tenusu dari Australia yang berumur setahun dan akan dibesarkan hingga matang selepas beratnya melebihi 250 kilogram seekor.
Menurutnya, lembu yang mencapai berat itu akan ‘dikahwinkan’ dengan baka berkualiti untuk dibuntingkan bagi memperoleh susu lembu segar.
Makanan ternakan
Abu Bakar yang menerima anugerah Penternak Jaya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh baru-baru ini berkata, setiap lembunya akan diberi makan rumput, pallet, batang jagung dan batang padi yang kesemuanya dengan anggaran 10 peratus daripada berat badan seekor lembu.
Menurutnya, bagi menjimatkan kos membeli pallet, beliau perlu menanam lebih banyak rumput ‘napier’ untuk menampung jumlah makanan .
Beliau berkata, keluasan keseluruhan ladangnya ialah 2.4 hektar dan daripada jumlah itu lebih separuh digunakan untuk ditanam rumput napier bagi keperluan makanan, namun masih tidak mencukupi.
“Sebab itu saya mohon kerajaan meluluskan permohonan Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi kegunaan tanah kerajaan untuk ditanam rumput jenis ini.
Produk sampingan
Abu Bakar berkata, selain mengeluarkan susu lembu segar, ladang ternakannya juga mampu menghasilkan produk sampingan antaranya susu awal lembu, daging dan baja.
Menurutnya, beliau turut membela 80 kambing pelbagai baka antaranya boer dan saanen yang turut menghasilkan susu kambing segar.
Katanya, bagi perniagaan runcit, dia dan anak-anak menubuhkan syarikat Tanjung RNZ Enterprise yang menghasilkan produk susu segar, dadih dan susu kambing proses.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pasaran-susu-lembu-masih-luas-1.6759

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP