TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Friday, October 28, 2011

Hukum Lembu Kambing Aqiqah Beri Pada Non Muslim

Daging Aqiqah Diberi Kepada Non-Muslim

Kemusykilan: hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan

Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه".
ُErtinya : "Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya" ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru...wallahu a'lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu.  Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..:)
Falsafah 'aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :- 
" Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu'ul masaa'il. "
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat'ie dan ia masih dalam kategori perkara furu'/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah "ia hal taqarrub"..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat...ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya??? Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat 'taqarrub' kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.
Justeru ia kekal isu yang sangat furu' dan bebas memilih dalam kedua-dua fatwa ulama. wallahu ''lam. 
sekian

UZAR
7 Dis 06
16 ZUlkaedah 1427 H

Link Asal Artikel 

Saturday, October 22, 2011

Bekalan daging, lembu untuk ibadat korban mencukupi

 Assalamu'alaikum Wrmbth, 

Saban tahun isu bekalan lembu dan kambing hangat diperkatakan. Bagaimana dengan tahun ini 2011?

Bekalan daging, lembu untuk ibadat korban mencukupi

Utusan Malaysia 29 Disember 2004
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) memberi jaminan bekalan daging dan lembu untuk ibadat korban sempena Hari Raya Haji yang akan disambut bulan depan mencukupi dan bebas daripada penyakit.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Hawari Hussein berkata, secara keseluruhannya kira-kira 5,600 lembu disediakan oleh 13 pengedar untuk keperluan tersebut.
``Anggaran yang diperolehi tidak termasuk bekalan lembu yang dibeli daripada pemilik lembu yang menjual lembu mereka kepada orang perseorangan.
``Cuma pada tahun ini kita tidak mengimport lembu dari Thailand atas sebab-sebab kesihatan,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Hawari, permintaan dan penawaran lembu untuk korban mencukupi.
``Tahun ini kita hanya mengimport lembu dari Australia selain lembu tempatan,'' katanya.
Beliau berkata, pihak jabatan akan sentiasa meningkatkan kawalan pergerakan ternakan di setiap negeri terutamanya di kawasan sempadan bagi memastikan ternakan yang digunakan untuk ibadat korban adalah selamat dan tidak berpenyakit.

BEKALAN DAGING LEMBU MASIH MENCUKUPI

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Hari ini dalam sejarah, berita 2 tahun lepas tentang bekalan lembu dan kambing korban (tahun 2009). Semoga bekalan tahun ini juga mencukupi

BEKALAN DAGING LEMBU MASIH MENCUKUPI

MELAKA 16 Sept. 2009 - Bekalan daging lembu dan kambing di negeri ini dijamin mencukupi untuk kegunaan sepanjang musim Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, harga jualan bagi daging lembu segar dijual tidak melebihi RM19 sekilogram.
Menurutnya, bagi memenuhi keperluan masyarakat sempena musim perayaan kali ini, sebanyak 251 ekor lembu dibekalkan bagi tujuan tersebut.
''Selain itu, sebanyak 1,132 ekor kerbau juga dibekalkan oleh penternak yang diberi permit bagi tujuan itu oleh pihak Jabatan Veterinar negeri," katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, katanya lagi, sebanyak 190 ekor lembu diimport khas dari negara jiran terutama dari Thailand bagi menampung permintaan bahan makanan berkenaan yang dilihat meningkat pada musim perayaan ini.
Ujarnya, permintaan bekalan daging tersebut didapati meningkat pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding musim perayaan tahun lalu.
Kata Mohamad Hidhir, masyarakat boleh mendapatkan bekalan daging lembu pada harga yang lebih murah di empat lokasi Pasar Tani Khas Syawal 2009 yang dibuka di seluruh negeri bermula esok.
Jelasnya, pasar tani khas yang pertama akan dilancarkan ialah pasar tani Merlimau, Jasin esok.
Beliau menasihati orang ramai agar datang lebih awal bagi memastikan semua barang keperluan dapat diperoleh sekali gus dapat mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.
Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelumnya, kewujudan pasar tani khas menjelang Aidilfitri itu adalah sebagai usaha untuk membantu para pengguna beroleh bekalan pelbagai jenis keperluan bahan mentah dan siap proses.
''Kita akan memastikan bekalan barang keperluan mencukupi dan selamat untuk dimakan. Kita juga tidak mahu penternak menjual daging yang telah rosak atau berpenyakit," katanya.

Monday, October 17, 2011

KENAIKAN HARGA KAMBING KORBAN

29 Sep 2011

SINGAPURA

KENAIKAN HARGA KAMBING KORBAN
Ramai terkejut, gesa JKMS kawal harga bekalan

Oleh
Hisham Hasim

MASYARAKAT Islam setempat rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan kenaikan harga yang agak besar bagi bekalan kambing untuk ibadah korban tahun ini.
Kebanyakan mereka berpendapat pendekatan lebih strategik perlu diambil oleh Jawatankuasa Korban Masjid- Masjid Singapura (JKMS) bagi mengawal harga bekalan kambing korban daripada terus meningkat. Salah seorang yang memberikan reaksi ialah Encik Hidir Aman, 28 tahun, seorang kakitangan awam, yang berkata: 'Kos perniagaan dan operasi semakin meningkat. Tidak hairanlah jika harga kambing itu pun naik sama. Namun mungkin Muis dapat menyerap kadar GST (Cukai Perkhidmatan dan Barangan).' Seorang lagi, Encik Said Daud, 21 tahun, yang bercadang melakukan ibadah korban buat pertama kali tahun ini, berkata kenaikan itu difahami namun beliau khuatir dengan perkembangan tersebut. 'Mungkin masih ada yang mampu membayarnya tetapi sampai bila ia akan terus melambung naik? Takkan hingga mencecah $1,000 pada suatu hari nanti?' kata lulusan politeknik itu. Harga kambing biri-biri bagi ibadah korban tahun ini naik setinggi 18 peratus kepada $443.50. Tahun lalu, harga kambing biri-biri sekitar $375, berbanding $293 pada 2007 dan $270 pada 2006. Menurut JKMS, selain nilai mata wang dolar Australia yang lebih kukuh berbanding dolar Singapura dan kos pengangkutan darat, logistik serta pentadbiran lebih tinggi, beberapa bencana alam seperti banjir dan kemarau di beberapa bahagian di Australia turut mempengaruhi harga kambing tahun ini. Namun bagi mengimbangi harga kambing biri-biri yang lebih tinggi itu, syarikat Mini Environment Services Pte Ltd (MES) - yang memenangi tender bagi membekalkan kambing korban yang diluluskan (AKV) bagi tiga tahun sehingga tahun depan - juga akan membawa masuk kambing gurun yang ditawarkan pada harga $395 seekor. Beberapa masjid yang dihubungi semalam berkata adalah terlalu awal untuk melihat sambutan orang ramai. Pendaftaran bagi ibadah korban baru dibuka sejak kelmarin hingga 28 Oktober ini, dan orang ramai yang ingin menempah boleh berbuat demikian di masjid-masjid dan pertubuhan yang terlibat. (http://www.meskorban.sg) Isu harga bekalan kambing korban turut dibincangkan di Facebook. Salah seorang daripada mereka yang menggunakan nama 'Al-Qudsi' menggesa pihak JKMS agar menyemak kemungkinan membawa bekalan kambing melalui jalan laut. 'Jika kita menggunakan logistik laut, kosnya akan turun dan langsung kita dapat jimat wang. Janganlah kerana satu kali kapal laut lambat dek cuaca, kita tidak mahu logistik laut digunakan lagi,' katanya, menukil insiden kambing korban yang lambat tiba melalui jalan laut pada 2007 ekoran cuaca buruk. Ada juga yang berpendapat kenaikan harga tersebut akan 'memaksa' mereka yang ingin membuat korban di sini beralih ke luar negara. 'Sekiranya masih mahu menunaikannya tetapi tidak mampu berbuat demikian di sini, maka hajat mulia itu masih boleh ditunaikan dengan melangsungkan korban di luar negara, dengan harga kambing yang lebih termampu,' kata seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai 'Zali Saini'.

LINK ASAL

Bekerja Sendiri Ternak Kambing Lembu

 
Azizuzanadi Zainuddin memangku dua ekor anak kambing biri-biri baka Australia. -Foto BERNAMA
KETIKA penulis tiba di kediamannya di Kampung Hayat, Simpang Pelangai, terletak kira-kira 46 km dari Bentong, beliau sedang bertukang di kandang kambingnya.
“Beginilah kalau kerja sendirian, semua kena buat sendiri,” kata Azizuzanadi Zainuddin, 39, sambil mengetuk papan untuk dijadikan bekas makanan kambing-kambing baka Feral dari Australia.
Berbanding kambing lain yang begitu riuh mengembek, kambing-kambing Australia ini berkumpul di satu sudut ketika Azizuzanadi atau lebih mesra dengan panggilan Among, membuat kerja tukangannya.
“Kambing-kambing Australia ini baru saya dapat beberapa hari lalu, mungkin mereka tak biasa lagi dengan kandang ini, itu sebab mereka diam sahaja,” kata Among berseloroh.
Kandang kambing dua tingkat itu siap dibina Mac 2008. Kos membina kandang mencecah RM90,000 dan sebahagian besar wang diperoleh daripada pinjaman Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan bantuan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan Pelangai).
Di bahagian bawah kandang terdapat stor menyimpan makanan, peralatan dan keperluan.
Di lantai bawah itu juga Hadi membakar rumput kering yang menghasilkan asap untuk menghalau agas dan nyamuk.
Tahi kambing turut dikumpul di lantai bawah dan dibakar untuk dijadikan baja.
Di bahagian atas terdapat beberapa petak kandang yang mengasingkan kambing ternakan mengikut jenis, saiz dan umur.
PENDIDIKAN TINGGI
Mendengar sketsa liku-liku kehidupan penternak muda ini, anak seorang pesara tentera, menunjukkan beliau bukan calang-calang orangnya dari segi pencapaian akademik.
Beliau bersekolah agama dari peringkat sekolah rendah hingga menengah. Tamat tingkatan lima, beliau memilih menyambung pelajaran di sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat Al-Nadhah, Kota Sarang Semut, Kedah selama dua tahun.
Meskipun mendapat peluang untuk ke Universiti Al Azhar, Hadi memilih untuk ke sekolah Pondok Sungai Jagung, Pendang, Kedah dan belajar selama tiga tahun lagi.
Tamat belajar di sekolah pondok, beliau pulang ke kampung halamannya dan membuat kerja kampung selama dua tahun termasuk menoreh getah di kebun datuk dan neneknya serta menanam pisang.
Meskipun bersekolah agama dan pondok, anak muda ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 1992 dalam bidang pengajian perniagaan.
SEMUA BOLEH
Azizuzanadi menunjukkan ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah di ladangnya.
Tamat belajar di UiTM, beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan di Northwood University, Midland, Michigan atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tamat pengajian peringkat ijazah, beliau tidak terus kembali ke tanah air. Anak perantau ini tidak mahu melepaskan peluang menggali pengalaman bekerja di negara asing.
Beliau bukan setakat melakukan dua kerja tetapi juga menyambung pengajian di peringkat sarjana, dengan belanja sendiri, bukan satu tetapi tiga, iaitu Masters in Information System, Masters in International Business dan Masters in Risk Management.
Beliau mengikuti pengajian ketigatiga ijazah sarjana itu di Universiti Concordia, Mequon, Wisconsin.
Tamat pengajian ijazah sarjana, Hadi tinggal beberapa tahun lagi di Amerika dan memulakan perniagaan pengedaran kebanyakannya produk Industri Kecil dan Sederhana (IKs) Malaysia serta produk etnik Asia da Mexico.
“Saya menyewa sebuah gudang di Greendale, Wisconsin untuk perniagaan saya ini. Sambutan untuk produk Malaysia dan Asia memang bagus tetapi yang mengecewakan saya ialah bila saya dapat tawaran membekal sos masam manis dalam kuantiti yang besar untuk Walmart, rangkaian pasaran yang hebat di Amerika, tak ada pihak di tanah air yang sanggup membekalkan saya produk berkenaan,” keluh Among.
USAHAWAN TANI
Setelah hampir 10 tahun di perantauan, Among kembali ke tanah air pada April 2007.
“Kalau makan gaji, kita yang lelah bekerja tetapi orang lain yang mengecap kejayaannya,” jelas beliau.
Among mahu menjadi usahawan dan memilih untuk meneroka bidang pertanian di sebalik tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dari sebuah institut pengajian tinggi awam tempatan.
“Semasa belajar di Amerika, saya berpeluang melawat banyak ladang lembu dan jagung. Saya juga pernah bekerja sambilan di ladang dan saya melihat sendiri betapa majunya peladang-peladang di negara itu. Saya diberitahu kerajaan mereka banyak membantu dan memasarkan produk yang dihasilkan.
“Sememangnya jika dibandingkan dengan industri pertanian di tanah air, kita masih jauh ketinggalan. Di situlah datang tekad untuk saya jadikan bidang pertanian sebagai karier saya,” jelas Among.
Sekembalinya ke tanah air, Among tidak membuang masa dan mengikuti pelbagai kursus termasuk anjuran Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (Medec), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Perikanan Malaysia.
Antara kursus yang disertainya ialah kursus ternakan ikan dalam sangkar, kursus membuat makanan ternakan, kursus pembenihan ikan, kursus penyakit ternakan kambing dan kursus ternakan kambing peringkat ladang.
“Habis sahaja kursus ternakan ikan, saya buat dulu ternakan kambing pada Disember 2007. Saya beli 20 ekor kambing dari sebuah ladang di Nilai, Negeri Sembilan yang terpaksa gulung tikar. Saya belanja lebih RM5,000 untuk beli kambingkambing ini,” kata Among dengan menambah beliau kemudian membeli 39 ekor lagi kambing dengan kos kira-kira RM15,000.
Pada peringkat awal, Among menempatkan kambingkambingnya di tanah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Lembah Jaya, kirakira 5 km dari rumahnya.
Rutin kerjanya bermula selepas subuh termasuk menyabit rumput untuk makanan kambing-kambingnya.
“Usaha awal saya berjaya, kambing membiak dan gemuk-gemuk. Saya mendapat bantuan emak dan pakcik saya serta adiknya. Cuma bila pindah ke kandang baru, tidak jauh dari kandang asal, kambing banyak mati. Kini saya memindahkan kesemua kambing yang ada di kandang yang baru berhampiran rumah emak saya. Makanan yang diberi sama, mungkin tapak kandang tak serasi,” katanya.
TAK SEMUDAH
Menurut Among, dia hampir berputus asa bila banyak kambing ternakannya mati dan bantuan yang diharapkan daripada jabatan yang berwajib tidak diterima secepat yang diharapkan.
Hasil penat lelahnya, Among kini mempunyai kira-kira 100 ekor kambing daripada pelbagai jenis termasuk kambing biribiri dan kambing Feral dari Australia, kambing Jamnapari dari Indonesia, kambing Katjang (baka kacukan tempatan dan Anglo Nubian) dan kambing Boer.
Beliau juga membuka sebuah ladang di Jelebu, Negeri Sembilan untuk ternakan kambing biri-biri yang kini berjumlah 37 ekor dan dijaga oleh pakciknya.
Menurut Among, hasil jualan kambing dan ikan keli tahun lalu membolehkan beliau membeli sebuah lori untuk kegunaan bisnesnya.
PELBAGAI AKTIVITI
Among kini mengorak langkah mempelbagaikan ternakannya dengan mengusahakan ternakan ikan keli di tanah berhampiran ladang kelapa sawit milik pakciknya.
Beliau bermula dengan 100,000 anak ikan keli yang dipeliharanya di tiga buah kolah batu termasuk sebuah kolam tanah untuk asuhan anak benih sehingga tahap matang.
“Saya ternak ikan keli ini untuk mendapatkan aliran tunai. Sekarang, tiap-tiap hari ikan boleh dijual. Purata dalam sebulan saya boleh dapat antara RM1,000 hingga RM2,000,” katanya sambil berkata, dia juga menjual ikan keli salai dengan harga RM18 sekilo.
Among mempunyai rancangan besar untuk perniagaan ternakannya, cuma kekangan utama ialah aliran wang tunai.
Jadual kerja Among sememangnya padat, bermula sebaik selepas subuh hinggalah tengah malam. Kambing-kambingnya bukan sahaja perlu diberi makan tiga kali sehari tetapi kandang juga perlu dibersihkan.
Di antara kesibukan di kandang kambing, beliau akan menjengah kolam-kolam ikan kelinya yang terletak kirakira 200 meter dari kandang kambingnya.
“Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Hujung minggu kerja, Hari Raya pun kerja. Kalau hendak berjaya, mesti belajar dan buat sendiri. Kena tahu apa nak buat kalau kambing sakit, kalau kambing nak beranak, kena ada pengetahuan.
“Saya biasa buat kerja dari peringkat bawah lagi. Semasa di Amerika, saya pernah bekerja dengan sebuah restoran pizza. Saya bermula daripada mencuci lantai dan pinggan sehinggalah saya diberi kepercayaan menjadi pengurus.
“Apa yang saya belajar ialah dalam apa juga pekerjaan, kita mesti handson, kita mesti tahu selokbelok semua kerja, baru kita boleh pergi jauh,” katanya sambil menjelaskan beliau mendapat bantuan ibu dan adiknya jika dia perlu meninggalkan ladang untuk urusan luar.
Isterinya, Zaibedah Zaharum, ialah pensyarah di UiTM, Segamat, Johor.
PELAN LIMA TAHUN
Among mempunyai rancangan besar iaitu mahu menjadikan Pelangai pusat ternakan dan pengeluar kambing utama di negeri Pahang.
Beliau meletakkan sasaran untuk memiliki kira-kira 5,000 ekor kambing dalam masa lima tahun di samping mengumpulkan penternak-penternak kecil di kawasan sekitar di bawah satu konsortium.
Di samping menambah baka kambing yang berkualiti, beliau juga mahu menubuhkan sebuah syarikat perdagangan.
“Saya sudah mengenal pasti seseorang untuk menjadi rakan kongsi bagi tujuan ini. Di bawah syarikat ini, saya rancang nak buat lelongan bukan sahaja ternakan termasuk kambing, lembu atau kerbau tetapi juga hasil pertanian yang lain.
“Syarikat saya akan mengendalikan rumah lelongan ini dan setakat ini, belum ada rumah lelongan di Malaysia. Mungkin lelongan ini kita boleh buat empat kali setahun.
“Kita juga boleh buat jualan secara online (internet),” katanya.

Resepi Daging Lembu Berlada

Resepi Daging Lembu Berlada


Bahan-bahanya
300 g daging lembu
300 g bawang besar merah
20 g bawang putih
6 g lada besar merah
30 g lada banggla besar
Minyak masak


Bahan-bahan perap
1 sudu kecil kicap soya
Secubit garam
Secubit serbuk perasa
Secubit gula
Secubit baking soda
1 sudu besar air
1 sudu besar telur

Bahan-bahan kuah

1 sudu kicap soya
1 sudu besar soso tiram
1 sudu soso tomato
¼ sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil gula
3 susu besar air
1 sudu kecil minyak bijan.

Bahan pemekat kuah
1 sudu besar campuran tepung jagung dan air

Cara mudah memasaknya
1.      Potong daging kepada kepingan-kepingan nipis
2.      Kupas bawang putih dan hiris halus
3.      Hiris lada besar merah kepada hirisan kasar bentuk serong
4.      Potong lada bangla hijau bentuk dadu
5.      Hiris bawang besar merah kepada hirisan senipis 0.1cm
6.      Masukakan bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau
7.      Tambahkan daging kedalam campuran bahan-bahan perap tadi dan gaul. Perap selama 20 minit
8.      Tuangkan 3 cawan minyak kedalam kuali. Panaskan sehingga suhu minyak mencapai 100˚  Celsius.
9.      Celur seketika daging yang telah di perap tadi. Toskan dan ketepikan.
10.  Tuang satu sudu minyak ke dalam kuali lain dan panaskan Masukan bawang putih dan lada besar dan kacau.
11.  Tambahkan bahan-bahan kuah
12.  Tambahkan daging yang di celur tadi
13.  Tambahkan bawang besar merah tadi dan lada bangla dan kacau
14.  Tambhakan bahan pemekat kuah dan kacau. Pindahkan kedalam pinggan dan hidangkan.

LINK ASAL

Resepi Asam Pedas Tulang Lembu

22nd

Asam Pedas Tulang Lembu LINK ASAL

Bahan-Bahan:
1 kg tulang lembu Serangka)
150 gm cili kisar
50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
50 gm lengkuas
3 gm halia
3 batang serai
Sedikit belacan
2 kuntum bunga kantan

1 tangkai daun kesum
5 keping asam keping
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap cair
Minyak masak untuk menumis
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa
2 biji buah tomato (dipotong empat)

Cara:
Potong udang serangka sebesar dua inci, bersihkan dan rebus sehingga ia empuk bersama sedikit garam, daun kesum, halia dan serai.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang merah, bawang putih dan lengkuas, halia, serai dan cili yang dikisar halus sehingga naik baunya.
Masukkan air rebusan tulang lembu tadi bersama sedikit serbuk perasa, daun kesum, bunga kantan, asam keping, kicap pekat, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa dan sedikit gula sekiranya mahu.
Masak sehingga ia mendidih, biarkan di atas api sederhana besar seketika atau sehingga kuahnya pekat.
Masukkan tulang serangka, tunggu sehingga kuahnya sebati, angkat dan hidangkan. Sesuai dihidangkan untuk makan tengahari ataupun sebagai lauk pengantin.

Resepi Daging Lembu Bakar Berlada Hitam

Daging Lembu Bakar Berlada Hitam LINK ASAL
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997


Bahan-Bahan:
800 g daging lembu, kepingan
2 camca besar serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk kari daging
1 camca teh serbuk cili
1 camca besar lada hitam, ditumbuk
Garam secukup rasa
4 tangkai cili kering, dipotong-potong 2 cm
2 tangkai daun kari
500 g ubi kentang baru, rebus bersama kulitnya
50 g Windmill Gheeblend
1 biji bawang besar, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
1 biji cili merah, dikisar
Cara:
Perap daging lembu bersama semua rempah kering termasuk cili kering dan daun kari, bahan kisar serta garam. Biarkan semalaman. Panaskan kuali bersama Windmill Gheeblend dan goreng daging supaya air daging diserap keluar. Pindahkan daging bersama airnya ke dalam bekas tahan panas untuk dibakar. Letakkan juga ubi kentang yang telah direbus dan bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan hingga 180'C, 25 minit. Hiris daging menjadi kepingan-kepingan nipis. Gunakan air daging tadi sebagai kuah atau tuangkan pada ubi kentang dan daging yang telah dipotong. Hidang bersama timun.

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP