Lokasi kampung sungai kandis di kawasan klang |
Masjid Kampung sungai kandis berdekatan lokasi penghantaran kambing aqiqah |
Semasa Mereka tiba di kandang kebetulan kami sedang sembelih kambing jadi mereka dapat saksikan sendiri bagaimanakah kami menguruskan ibadat korban.Bila kambing didepan mata dan mereka pun berpuas hati dengan saiz dan keadaan kambing tersebut maka tiba masanya berunding harga kambing. Soalan pertama yang terpacul keluar daripada pelanggan "Tak boleh kurang lagi ke harga kambing ni?" Saya memang sudah masak dengan soalan sedemikian, jadi senarai jawapan kenapa harga kambing diberikan oleh UMM BARAQAH RESOURCES dijelaskan dan akhirnya mereka akur. Saya tahu mereka telah membuat sedikit kaji selidik berkenaan harga kambing dipasaran dan harga kambing syarikat kami adlah lebih rendah dan paling tidak pun setara dengan pasaran.
Kambing sihat untuk aqiqah insyaallah |
Sebagai manusia, jika saya letakkan diri saya dikasut pelanggan saya juga akan buat perkara yang sama. Harga kambing terendah untuk kambing tergemuk dengan khidmat terbaik. Jadi sebagai pemudah cara urusniaga harga kambing yang kami tawarkan sudah pun mengambilkira urusan tawar menawar, saya rendahkan harga kambing sebelum anda menawarkannya. Sebaikbaik kita adalah mereka yang memudahkan urusan jual beli. Harga kambing sudah dipersetujui dan kami telahpun selesai menghantar kambing aqiqah siap sembelih ke rumah mereka di sungai kandis kampung jawa klang. Satu lagi pelanggan puas hati alhamdulillah.
Perundingan harga kambing lebih elok dipermudahkan, saya permudahkan urusan anda maka mudahkan juga urusan kita bersama kerana ianya lebih berkat insyaallah
dlm byk2 blog pntrnakan..blog nila yg update hmpr tiap2 hari.tahniah sdr..mnggabungkn bisnes trnakn n masakan skali adlh idea yg baik..smuge sukses slalu...
ReplyDeleteAssalamu"alaikum Wrmbth,, 2 2 kena jalan seiring. Lepas setahun 2 akanda akan perasan internet adalah salah satu sumber mencari pembeli. Lagipun kesungguhan kita untuk maju boleh dilihat daripada pelbagai cara. ini salah satunya. Insyaallah. Semoga kita semua terus maju kehadapan
ReplyDelete