TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Sunday, February 5, 2012

Harga Kambing Kursus Sembelihan Halal

Assalamu'alaikum Wrmbth, saya dan beberapa ahli keluarga UMM BARAQAH RESOURCES telah menghadiri kursus sembelihan Halal anjuran JAIS. Kursus 2 hari ini bertempat di Menara MAIS Shah Alam. Seramai lebih kurang 30 orang peserta hadir daripada seluruh selangor untuk mendapat ilmu dan pendedahan tentang sembelihan halal. Hadiah utama kursus ini adalah tauliah menyembelih khusus daripada JAIS untuk mengesahkan anda layak daripada segi ilmu dan kemahiran menyembelih bagi penggunaan umat islam. Lari topik sikit daripada harga kambing yang biasa kita sembang di Blog ini. Cuti sikit ya untuk harga kambing dan lembu ni.

Kursus Sembelihan Halal
Ini tajuk Buku Tentatif Program Kursus Sembelihan Halal saya, penting ni sebab esok nak periksa lisan dan bertulis

Kursus Sembelihan Halal
Muala mula sekali sesi hari pertama dibuka oleh ucapan urusetia JAIS


Kursus Sembelihan Halal
Selepas itu Ceramah pertama yang diberikan oleh pihak JAIS tentang akhlak dalam sembeliha. Gambar angkap pakai Telefon bimbit je

Kursus Sembelihan Halal
Kuliah seterusnya saintifik sedikit dan Ceramah kedua ini disampaikan oleh Doktor Awisbertajuk Sains dalam Sembelihan dan Islam, Profesor daripada Universiti Putra Malaysia dan pakar sains daging

Kursus Sembelihan Halal
Habis maraton 2 ceramah, kami rehat sebentar dan makan disediakan oleh penganjur, lepasmakan duduk depan masjid negeri Shah Alam. Cantik permandangan disini

Kursus Sembelihan Halal
Selepas menunaikan ibadat solat, sesi kuliah disambung dengan oleh ustaz muda JAIS tentang isu-isu sembelihan halal. Banyak pembongkaran mengejutkan dan menarik mengenai keadaan semasa industri halal. Paling teruk nak muntah pun ada bila dapat tahu banyak bangkai ayam daripada rumah sembelihan kerana urat marih dan halkum putus tak sempurna Lepas ni saya akan fikr 2 3 4 5 kali sebelum makan ayam di luar

Kursus Sembelihan Halal
Jangan ingat kursus ini didewan kuliah saja, ada sesipraktikal hands on untuk sembelihan ayam dan lembu. Biasa sembelih kambing saja. Sesi ditunggu tunggu, praktikal sembelihan ayam. Lepas ini semua ayam sembelih sendiri, Hehe

Kursus Sembelihan Halal
Ustaz muda JAIS ni tunjukkan cara yang betul untuk pegang ayam semasa sembelihan supaya kepala ayam tidak putus. Makruh tetapi halal dimakan daging ayam jika berlaku

Kursus Sembelihan Halal
Pegang kepak ayam seperti ini dan letakkan jari telunjuk di leher. Orang kedua pula pengang kepala ayam di posisi yang betul dan letakkan pisau di leher

Kursus Sembelihan Halal
Pisau digunakan mesti tajam supaya binatang sembelihan tidak terseksa. letakkan tangan kiri dibawah leher ayam dan lurutkan ke posisi diatas supaya semua urat disusun sempurna. Daripada maklumbalas peserta lain, kaedah ini meminimakan risiko kepala ayam putus. Lebih sukar sembelih ayam sebab kepala lembu dan kambing sukar putus

Kursus Sembelihan Halal
Perlu selesaikan dengan sekali sembelihan supaya tidak menyeksa haiwan. Orang putih gunakan kaedah stunning. Ini cara tradisional. Habis sembelih ayam kami dibenarkan pulang awal. Esok datang lapor diri untuk sembelih lembu pula

Kami berpeluang naik bas JAIS ke rumah sembelihan pagi hari ke dua. Ini untuk elakkan peserta sesat jika pergi berasingan


Serius je muka pakcik pakcik ni, hehe entah apa bermain di benak fikiran mereka

Ustaz muda datang buat head count sebelum berlepas. Alhamdulillah orang dah cukup jadi boleh berlepas

Makan masa 15 minit juga untuk sampai ke lokasi. Berdebar juga nak sembelih lembu ni ya.

Kalau diperhatikan, ramai yang sempat tidur dalam bas ni. Mesti sebab malam tadi belajar untuk periksa ni.


Ini permandangan di perkarangan rumah sembelihan. Lokasi rahsia sebab permintaan pihak tersebut. Ada patung lembu bawah pokok tu. Nampak tak ? Kami tak dibenarkan menagkap gambar jadi biarlah rahsia ya. Hehe. Lepas sejam semua dibearkan pulang ke pejabat JAIS


Semua peserta sudah duduk ditempat masing masing untuk kuliah terakhir. Biasa lepas reaht, perut dah kenyang. Masa semua kuyu je.

Permandangan daripada tingkap kaca dewan kuliah, dapat dilihat kompleks Masjid Sultan Sallehudin jelas dari sini

Ada kawan kita ni kerja malam tadi, nak belajar pun tak sempat. Stadi last minute la gamaknya

Semua orang perlu sedar, tujuan lulus periksa ini untuk memenuhi tuntutan umat islam dan bukan nak cari makan sahaja. Kes penjualan tauliah sembelihan kepada bukan islam dah berlaku. Kes Ali Baba banyak, mana pergi amanah

Buat yang terbaik tuan puan sekalian. Kalau tidak kena ulang semula periksa

Calon yanng lulus akan dihubungi kelak daripada pihak kami. Tahniah kerana menamatkan kursus sembelihan halal JAIS ini

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP