TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Wednesday, November 23, 2011

Hukum Sembelih Lembu Bunting

Hukum Sembelih Haiwan Bunting

Boleh makan haiwan bunting yang disembelih - Harussani

Link Asal Artikel 

IPOH 27 Julai - Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
"Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar.
"Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan.
Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Monday, November 21, 2011

Harga Lembu Aqiqah

Assalamu'alaikum Wrmbth, Harga lembu aqiqah bagi bulan November 2011 adalah bergantung pada baka saiz dan beratnya. Harga lembu aqiqah ini jauh lebih murah daripada harga kambing iaitu RM750~800 bagi pakej siap sembelih lapah dan hantar jika anda berjaya mencukupkan 7 bahagian lembu tersebut yang kebanyakan masanya tidak berjaya dibuat.
Lembu Aqiqah
Permintaan Lembu Dikalangan Umat Islam Menggalakkan
Permintaan Lembu Dikalangan Umat Islam Menggalakkan
Kenapa Harga lembu Aqiqah lebih murah daripada kambing? Bekalan kambing tempatan tidak mencukupi dan kos makanan dan lain-lain untuk menternak kambing di Malaysia sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga kambing import. Pada tahun 2008, harga kambing import yang tiba di Lapangan Terbang dan Pelabuhan berada disekitar RM400-500 minima. Pada tahun 2011 (kini) harga kambing yang tiba di Malaysia adalah RM600. Peningkatan yang sangat banyak. Tahukan anda Harga Kambing pada zaman nabi SAW adalah 1 dinar emas dan tetap bertahan sehingga kini. Terbukti emas memang kalis inflasi atau sesuatu yang tidak kena berlaku pada ekonomi Malaysia dan dunia. Kerana Harga Lembu Aqiqah dan Kambing Aqiqah bergantung kepada tukaran mata wang asing diseluruh dunia.
Bagaimana pula harga lembu aqiqah dan kambing akan naik? Harga lembu dan kambing untuk aqiqah dan korban akan naik seiring dengan kadar inflasi sesebuah negara yang terlibat dan kadar mata wang asing. Contohnya dalam kes ini lembu dan kambing diimport dari ke Malaysia dariapada Australia. Jika matawang Australia naik maka harga lembu dann kambing akan naik, sebaliknya jika Matawang Ringgit Malaysia (RM) turun maka harga lembu dan kambing jua akan naik. Jadi kita buat sendiri penilaian samada ekonomi australia yang berubah ataupun Malaysia? Harga kambing lembu aqiqah akan berterusan naik seiring dengan pertambahan tahun kerana populasi umat islam di Malaysia semakin naik maka permintaan juga bertambah. Permintaan yang melebihi barangan dipasaran akan merendahkan kuasa beli pengguna dan menyebabkan kadar inflasi meningkat.
harga lembu aqiqah
Lembu yang cukup syarat umtuk aqiqah dan korban
Bila pula harga kambing dan lembu aqiqah akan turun? Seperti diterangkan diatas, supaya harga kambing dan lembu turun keadaan sebaliknya perlu timbul iaitu permintaan perlu kurang dari barangan ataupun matawang Malaysia meningkat dan Australia menurun. Dasar kerajaan Malaysia juga memainkan peranan dalam merancakkan perkembangan sektor penternakan. Gejala rasuah dan birokrasi hendaklah dihapuskan kerana ia hanya menganiaya penternak dari berkembang. Lihat sahaja korea selatan yang memberikan sokongan padu kepada rakyatnya untuk berkembang. Sektor pertanian disana amatlah maju dibandingkan dengankeadaan di Malaysia. Akhir tahun2011 ini kita digemparkan dengan penyelewangan wang dana kerajaan untuk projek penternakan untuk membeli banglo dan siasatan masih dijalankan. Mentaliti ini akan merosakkan perkembangan negara kita. Tidak hairanlah harga lembu aqiqah dan kambing aqiqah semakin meningkat.
harga lembu aqiqah
Harga Lembu Aqiqah biasanya RM2600-3500 bergantung kepada berat dan saiz
Mengapa pula Harga Lembu Aqiqah lebih kompetetif daripada harga kambing dipasaran? Sedia maklum masyarakat kita lebih gemar menggunakan kambing untuk melaksanakan aqiqah. Ini kerana menggunakan kambing untuk aqiqah adalah lebih afdhal dan disebut didalam hadis nabi SAW. Permintaan yang tinggi ini juga menyebabkan inflasi. Majoriti pasaran kambing di Malaysia adalah untuk aqiqah dan permintaan daging kambing tidak menggalakkan kerana stigma masyarakat di Malaysia yang mengaitkan kambing dengan darah tinggi. Daging kambing adalah daging terbaik (lebih baik daripada ayam dan lembu) tetapi cara masakan rakyat Malaysia yang berminyak dan bersantanlah yang memburukkan kesihatan. Permintaan daging lembu di Malaysia pula adalah tinggi lebih lebih lagi semasa musim perayaan Hari Raya Korban untuk ibadat korban. Import lembu yang mencukupi daripada Thailand dan Australia membuatkan harga lembu aqiqah lebih rendah secara relatif kepada kambing aqiqah.

Persoalannya, jika harga lembu aqiqah lebih rendah daripada kambing, kenapa ramai rakyat kit tidak memilih lembu? Walaupun wujudnya pandangan negatif pada daging kambing sebagai penyebab penyakit tekanan darah tinggi, tetapi tidak dapat disangkal lagi daging kambing memang lebih lazat daripada lembu. Lihat sahaja hidangan kambing golek, kari kambing dan sup kambing tetap mendapat empat di hidangan kegemaran rakyat Malaysia.Dari segi hukum islam pula, lembu mempunyai 7 bahagian aqiqah dan kambing 1 bahagian sahaja. aqiqah untuk anak lelaki adalah 2 bahagian manakala anak perempuan satu bahagian. Kesukaran mencukupkan 7 bahagian lembu inilah yang telah merencatkan permintaan lembu aqiqah di Malaysia.
lembu aqiqah
Lembu Baka Brahman

BerapakahJenis dan Harga Lembu Aqiqah yang terdapat dipasaran? Walaupun terdapat pelbagai jenis baka lembu dan harganya sudah tentu berbeza bergantung kepada berat dan saiznya, disini saya sediakan sedikit maklumat lanjut sebagai rujukan anda. Harga Lembu aqiqah dibawah ini dibuat pada November 2011 selepas Hari Raya Aidil Adha dan mungkin berubah semasa tuan-puan membaca artikel ini. Baka dan maklumat adalah seperti berikut:
harga lembu aqiqah
Baka lembu jenis ini adalah dari jenis BRAHMAN dan berasal dari India. Teringat pada penggusti WWF “The Rock” Yang menggunakan Tagline The Brahman Bull. Inilah lembunya, dengan saiz yang besar dan tidak kalah anak gajah baka ini memang banyak dagingnya. Warna lembu ini biasanya putih, kelabu dan merah. Ciri-ciri ketara pada baka lembu ini adalah bonggolnya yang besar dan telinga yang panjang. Lembu Brahman cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan digemari penternak tempatan. Harga lembu aqiqah dan korban dari baka ini sudah tentu mahal harganya kerana beratnya boleh melebihi 300kg. Jumlah dagingnya yang banyak dan menjadi pilihan bagi peniaga daging. Harga Bagi lembu jenis ini pada berat 250kg adalh RM3000 (Bergantung pada lokasi anda, harga ini di Klang Selangor).

harga lembu aqiqah
Lembu Baka Kedah Kelantan atau KK
Baka Lembu jenis KK atau Kedah Kelantan ini adalah baka tempatan dan banyak terdapat disekitar Malaysia. Warnanya Coklat kekuningan ataupun Hitam. Berat lembu ini yang biasa digunakan untuk korban akikah dan aqiqah adalah 200-250kg. Harga lembu aqiqah hidup sahaja adalah diantara RM2600-2800. Baka ini menjadi pilihan tempatan kerana ia tahan dengan cuaca Malaysia dan saiznya yang sesuai dengan kemampuan.

harga lembu aqiqah
Baka lembu Brahman Cross atau Kacuk
Baka lembu dalam gambar diatas ialah BRAHMAN CROSS atau pun Brahman Kacuk. Dinamakan Brahman kacuk kerana ia sudah dikacukkan dengan baka tempatan untuk menyesuaikannya dengan cuaca Malaysia. Ini adalah antara faktor penting yang diambil kira oleh penternak supaya ternakan lembu tidak terkejut dengan perubahan cuaca.

harga lembu aqiqah

Gambar diatas menunjukkan lembu baka Hereford. Baka ini biasanya dikacukkan bersama baka Kedah Kelantan (KK). Bulunya berpintal dan mempunyai tanduk yang pendek. Lembu baka ini jinak dagingnya berkualiti tinggi dan cepat membesar. Lembu ini juga cepat membiak. Saya secara peribadinya belum pernah berkesempatan melihat baka ini secara langsung dan harga lembu aqiqah dan korban baka ini juga tidak diketahui. Insyaallah kelak selepas berjumpa akan saya tambah disini.

Bilakah musim harga lembu aqiqah dan korban meningkat tinggi? Sudah tentu semasa musim perayaan terutama semasa musim haji. Bagi mengelakkan harga yang terlalu tinggi, carilah lebih awal sebulan dua daripada musim puncak.


Bagaimana proses pembelian dan harga lembu aqiqahditetapkan? Disarankan supaya tuan-puan semua melawat kandang lembu dan kambing dan lihat sendiri lembu-lembu ini disana. Buat sedikit bacaan diinternet untuk mendapat sedikit pencerahan. Setelah anda bersetuju dengan lembu dan harga ditawarkan, buat pembayaran deposit sekurang-kurangnya 50% daripada harga lembu dan pastikan mendapat resit bayaran. 
Jadi, apa penyelesaiannya kepada harga lembu aqiqah dan kambing aqiqah ini? Hubungi Kami di UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga lembu dan kambing terbaik. Insyaallah kami akan uruskan. Bagi tempahan lembu perlu seawal yang boleh insyaallah. HUBUNGI 0192653791 ataupun 0173047278

Sunday, November 20, 2011

Hati-Hati Daging Lembu Murah

Lapah bangkai lembu tepi jalan Link Asal
Oleh Ikhwan Muhammad
bhjb@bharian.com.my
2011/05/14

BANGKAI lembu  yang  dilapah ditinggalkan di tepi jalan  Kampung Air Tawar, Endau, semalam.
BANGKAI lembu yang dilapah ditinggalkan di tepi jalan Kampung Air Tawar, Endau, semalam.
Lelaki sempat ambil ekor, tulang rusuk haiwan mati kena langgar kereta

MERSING: Bangkai lembu yang terbiar akibat kemalangan jalan raya tidak terkecuali menjadi sasaran pencuri.
Itulah yang berlaku di Kampung Air Tawar, Sungai Bukit Tekedai, Endau, dekat sini apabila seorang lelaki bertindak melapah bangkai seekor lembu yang sebelum itu mati dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Lelaki terbabit yang memandu sebuah kenderaan pikap lalu di tempat kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam dan terus melapah bangkai haiwan berkenaan yang sudah dialih ke tepi jalan sejurus dirempuh kereta dipandu Pang Choon Hoong, 21.

Perbuatannya bagaimanapun disedari penduduk kampung yang kemudian menghampiri lelaki berkenaan, tetapi dia pantas melarikan diri sambil membawa ekor dan tulang rusuk lembu yang sempat dipotong.

Kejadian itu mencetuskan tanda tanya di kalangan penduduk yang curiga dengan perbuatannya, sama ada organ lembu diambil itu mahu dimakan sendiri atau dijual.

“Penduduk yang keluar melihat kemalangan itu mendapati lembu berkenaan sudah mati sejurus dilanggar. Mungkin kerana terkejut dihampiri penduduk, lelaki itu hanya sempat melarikan ekor dan tulang rusuk haiwan berkenaan... mungkin mahu dibuat sup atau dijual,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan.
Sebelum itu, Pang yang berasal dari Tanjung Gemok dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di pekan ini dihantar ke Klinik Kesihatan Endau oleh orang ramai untuk rawatan.

Monday, November 14, 2011

Kejayaan Tauke Lembu

Empayar tauke lembu
Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my

Pernah ambil upah RM220 sebulan, sekarang jadi idola peneroka

RAUT wajahnya yang tegas dan tampak sombong membuatkan kami berfikir dua kali untuk menemuramah individu digelar 'Jutawan Felda' oleh majoriti masyarakat Felda Umas di Tawau, Sabah, ini. Namun, sebaik beliau mula berbicara, hilang segala prasangka awal yang bermain di fikiran.
Personaliti pilihan sisipan Inspirasi minggu ini, Amarullah Sudin, 53, penuh sifat dedikasi serta merendah diri yang amat disenangi oleh masyarakat Felda Umas. Biarpun mendiami banglo yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta serta dilimpahi nikmat hasil perahan keringat, Amarullah tidak pernah bersikap ‘hidung tinggi’.
Menyimpul kejayaan diraihnya selama ini sebagai petani moden, ternyata isteri tercinta, Muniati Asnawir, 45, menjadi tulang belakang kepada kejayaannya dalam bidang pertanian, penternakan dan pembinaan.

Berkongsi cerita, Amarullah, Muniati bagi dirinya adalah perancang kewangan dan ekonomi terbaik untuk keluarga hingga membolehkan beliau berjaya sejak mula menjadi peneroka pada 1990. Isterinya menguruskan segala hal kewangan serta menggalakkan mereka berjimat-cermat dengan membeli mengikut keperluan bukan keinginan.

Besar pengaruh isterinya hingga Amarullah terkenang insiden kehilangan lima ekor lembu ketika mula berjinak-jinak menjadi penternak pada 2000. Kejadian itu menimbulkan kemarahan Muniati lalu mendorong Amarullah berusaha mengganti semula lembu yang hilang.

“Jika diingatkan memang ia satu peristiwa sedih. Namun, menjadi lucu kerana saya terpaksa berbohong dengan isteri dan memberitahu lembu yang hilang sudah ditemui semula.
“Sedangkan, saya terpaksa membeli lima ekor lembu baru untuk menggantikan yang hilang itu. Namun, saya tidak pernah menyalahkan isteri atas kemarahannya itu kerana isteri risau saya tidak ada pengetahuan dalam bidang penternakan.

“Selepas peristiwa itu, saya terus mengikuti kursus penternakan lembu di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Saya mula bertatih dan sekarang, bilangan lembu yang diternak mencapai 500 ekor. Saya juga ada 170 ekor kerbau yang dipasarkan di Sarawak termasuk Indonesia,” katanya ketika ditemui di kediamannya sempena Karnival Iktiraf Media anjuran Felda, baru-baru ini.

Amarullah berkata, keikhlasan ketika melaksanakan tanggungjawab serta disiplin yang tinggi amat penting untuk mencapai kejayaan malah menjadi pegangannya selama ini.

“Rutin harian saya bermula awal pagi untuk memastikan lembu saya berada di kawasan ladang bagi meragut rumput. Ini kerana saya sudah mengikat kontrak dengan pihak Felda untuk menjalankan kerja pembersihan kawasan menggunakan haiwan ternakan saya mengikut blok yang ditetapkan.

“Saya tidak menetapkan tempoh masa bekerja kerana ada kalanya masalah datang secara mengejut seperti lembu hilang pada waktu tengah malam. Ketegasan memang ada, bahkan anak kedua saya, Mohamad Iswan yang membantu saya turut dilayan seperti pekerja lain untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada beliau,” katanya.

Menjengah kediaman mewah bernilai lebih RM1 juta milik Amarullah, hati kagum memikirkan betapa gigihnya bapa kepada sembilan anak ini mengubah taraf hidup. Kesusahan yang pernah dirasai sebelum ini tidak pernah menjadi halangan untuk dirinya mencipta kejayaan. Usaha dan semangat juang yang kental dalam diri Amarullah dan anggota keluarga yang tidak pernah berputus asa memajukan diri, menjadi kunci kepada kejayaan seisi keluarga.

Tambah menarik, kediaman keluarga Amarullah dibina sendiri melalui rekaan yang diilhamkan anak sulungnya, Abdul Ghafar, 26, yang kini bertugas sebagai jurutera di Lembaga Letrik Sabah.

Jika berkunjung ke Felda Umas, kisah kejayaan hidup Amarullah tidak pernah lekang meniti di bibir penduduk kampung. Kediamannya yang tersergam menjadi lambang kebanggaan dan bukti bahawa peneroka dan petani juga mampu hidup mewah.

“Saya berpegang kepada prinsip mengekalkan apa yang ada serta tidak meninggikan diri. Ini kerana di tanah rancangan ini, semuanya umpama satu keluarga. Saya bermula dengan susah apabila menerima gaji sebanyak RM220 sebulan, namun bersyukur apabila pendapatan kian meningkat.

“Semua ini atas dorongan kuat serta semangat isteri yang tidak pernah berbelah-bahagi menyokong apa yang saya lakukan. Setiap perolehan hasil yang saya dapat akan saya serahkan 100 peratus kepada isteri saya untuk diurus dan diagihkan mengikut kepentingan,” jelasnya.

Muniati pula menegaskan, kelebihan dan kesenangan yang dimiliki mereka berpunca sikap saling mempercayai serta memekakkan telinga atas tohmahan orang lain. Beliau yakin suaminya itu selalu melakukan yang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup.

“Saya tidak pernah peduli dengan apa orang kata termasuk digelar ‘queen control’. Ini kerana apa yang lebih penting ialah masa depan kami terutama anak yang makin membesar. Saya juga hanya membeli barangan perlu saja kerana tidak mahu membazir dengan benda yang tidak sepatutnya dimiliki.

“Mungkin bagi sesetengah orang menganggap saya kolot dan kedekut hanya tidak memiliki barangan jenama. Tetapi, saya tahu apa yang saya inginkan dalam kehidupan. Titik peluh suami yang bersusah payah mencari rezeki harus difikirkan bukannya berbelanja secara melulu kerana saya fikir mengenai masalah mendatang jika wang tidak diurus dengan baik,” katanya.

Atas usaha dan kegigihan dirinya, Amarullah dinobat sebagai penerima Anugerah Usahawan Tani Felda 2010 Peringkat Kebangsaan yang melayakkan beliau menggondol wang tunai RM16,000 serta menjadi idola masyarakat.

“Saya yakin generasi kedua Felda juga mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka yakin pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa. Semua orang mampu memiliki apa yang mereka impikan jika berusaha mencapainya dengan bersungguh-sungguh serta jujur dalam pekerjaan yang dilakukan.

“Bagi saya, kejayaan ini adalah dorongan keluarga, masyarakat Felda Umas serta pengurusan Felda yang tidak jemu membantu peneroka untuk menaikkan taraf kehidupan kami melalui pelbagai intensif,” katanya.

Sambung legasi ayah

RIAK tenang anak muda berusia 24 tahun ini menggamit hati penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Ini kerana sikap gigih membantu bapa tersayang di ladang ternakan dan tapak projek pembinaan tanpa rasa jemu atau berputus asa.

Mohd Iswan Amarullah pernah menolak tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) demi menyambung kelangsungan usaha bapa tersayang memajukan lagi Felda Umas selain perusahaan penternakan dan projek pembinaan mereka.

Anak kedua daripada sembilan beradik ini berkata, pada awalnya memang sukar untuk membuat keputusan memilih antara kerjaya di Felda atau meneruskan pengajian. Namun, akhirnya beliau membuat keputusan untuk terus memberi sokongan dan membantu bapanya.

“Ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat buat diri saya. Ini kerana sebagai generasi kedua Felda, saya rasa terpanggil untuk meneruskan apa yang diusahakan ayah hingga berjaya membesarkan kami sembilan beradik. Bagi saya, tidak semestinya setiap anak Felda perlu bekerja di bandar untuk beroleh kejayaan kerana di tanah rancangan ini juga menjanjikan banyak peluang kerja.

“Saya juga tidak pernah peduli dengan pandangan orang terhadap apa yang saya lakukan. Ini kerana apa yang lebih penting ialah untuk memajukan lagi usaha yang dilakukan ayah selama ini. Ayah bermula dari bawah hingga kami mampu mengecapi apa yang ada sekarang,” katanya.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu ini juga mengakui kegigihan bapanya menjadi inspirasi untuk beliau terus bertahan dan sentiasa terdorong untuk lebih bersemangat serta meningkatkan keyakinan untuk menjadi generasi kedua Felda yang berjaya.

“Ayah adalah idola dan pendorong utama kejayaan saya untuk terus kekal di Felda. Sikap rendah diri dan tidak mengenal erti putus asa yang ada dalam diri ayah menguatkan lagi azam saya untuk berjaya selain membuktikan bahawa kehidupan di Felda menjanjikan ketenangan dan hasil yang lumayan.

“Saya tidak pernah ralat dengan keputusan yang diambil kerana di sini peluang untuk membina kejayaan terbentang luas dan berharap generasi kedua Felda juga akan kembali ke Felda demi meneruskan usaha yang dilakukan generasi pertama. Apa yang lebih penting ialah bekerja dengan jujur dan mengetepikan pandangan serta tohmahan orang lain terhadap kita ,” katanya.

Monday, November 7, 2011

Selesai Isu Sembelih Lembu Bunting

MB Perak mahu isu sembelih lembu bunting diselesai Link Asal

27/07/2011 4:51pm
IPOH 27 Julai – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini mengarahkan satu pendekatan dicari bagi menyelesaikan isu penyembelihan lembu bunting supaya satu keputusan terbaik dapat dicapai oleh pihak yang berkenaan.
Beliau berkata, perkara itu perlu dilihat dengan lebih terperinci dengan mendengar penjelasan kedua-dua pihak iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, penternak dan peniaga daging supaya mereka berpuas hati dengan keputusan yang akan diambil.
“Di peringkat Jabatan Veterinar sudah wujud satu pekeliling yang menyebut tentang larangan menyembelih lembu bunting.
“Larangan ini bukan sahaja atas nama etika malah atas nama perikemanusiaan namun ada pihak penternak dan penyembelih pula mengatakan mereka tidak tahu mengenai keadaan lembu yang disembelih sama ada bunting atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas bantahan penternak, pengedar dan penjual daging segar terhadap notis larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu serta menjejaskan populasi serta bekalan daging segar pada masa depan. – Bernama

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP