Assalamu'alaikum Wrmbth, pada tanggal 27 januari 2012, kami di UMM BARAQAH RESOURCES menerima tempahan daripada En Zaiman di rumahnya yang terletak di Taman Saga Ampang. Jika datang daripada Klang, paling bagus menggunakan lebuhraya KESAS terus sampai kesana cuma kena bayar tol lebih sikit. En Zaiman telah menghubungi saya pada minggu pertama bulan januari 2012 bertanyakan harga kambing aqiqah untuk anak perempuan sulungnya, yang lahir pada bulan Oktober 2011 lepas. Selepas sesi soal jawab di telefon akhirnya En Zaiman setuju dengan harga kambing iaitu RM780 siap sembelih lapah dan hantar. Kambing perlu tiba di Taman Saga pada jam 9pagi 27 Januari 2012.
|
Peta KESAS dah macam lipan, menghubungkan Pelabuhan Klang dan KL |
Kebetulan seminggu selepas panggilan telefon tersebut, En Zaiman berada di Klang untuk Walimatul Urus kawannya dan tidak melepaskan peluang melawat kandang kami di Klang. Datang sekeluarga tu, bersama dengan bayinya sekali. Mereka memang ramah dan saya pun menunjukkan kambing aqiqah yang telah ditempahnya pada harga kambing RM780, memang besar dan berbaloi. Daging mesti banyak sebab saiznya pun besar, 2 orang dewasa baru larat mengangkatnya.
|
Daripada Walimatul urus terus ke kandang kambing UMM BARAQAH RESOURCES |
Jadi pada tanggal 27 januari nanti saya akan menghantar kambing ke destinasi, cuma ada sesuatu yang menggusarkan saya.. Lebuhraya KESAS sibuk pada waktu pagi kan? Dapatkah saya sampai pada waktunya..Hmmmm. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik, kena keluar awal nampaknya ni. Bagi ibubapa yag tinggal di Taman Saga boleh hubungi saya untuk berbincang Harga Kambing Semasa istimewa untuk anda daripada
UMM BARAQAH RESOURCES. Insyaallah
|
Lebih kurang gemuk macam nilah. Rezeki En Zaiman dan anaknya |
No comments:
Post a Comment