Harga Kambing Boer lebih tinggi daripada kambing lain |
Bergantung pada permintaan anda, harga kambing golek bergantung kepada pakej di bawah:
Bahagian A (Bahagian wajib untuk hidangan kambing panggang / bakar / golek)
- Kambing sejuk beku - Import daripada luar negara (seperti australia - tidak boleh digunakan untuk aqiqah kerana kambing telah siap disembelih tanpa niat aqiqah) - Saiz lebih besar dan murah daripada kambing aqiqah dan tidak adil dibandingkan secara langsung dengan aqiqah
- Kambing Aqiqah - Kambing tempatan (kampung) dan kambing import (boer dan feral. Kambing tempatan sukar diperolehi kerana dasar penternakan negara yang tidak menggalakkan untuk penternak. Harga kambing tempatan menjadi mahal kerana ini. Harga kambing aqiqah - RM750~800 (bergantung pada saiz dan berat - harga ini untuk pakej sembelih lapah dan hantar)
- Upah masakan - bergantung pada katerer dan tukang masak - RM400~600. Chef profesional mengenakan harga yang lebih mahal atas kepakaran mereka. Harga ini termasuk dengan
- Side Dish - Coleslaw, kentang putar, sos lada hitam (Roti bawang putih dan sup cendawan disediakan mengikut permintaan dan menentukan harga berubah. Contohnya jika harga hidangan kambing golek adalah RM400, jika anda meminta menu sup cendawan dan roti bawang putih kemungkinan harga meningkat kepada RM500)
- Pinggan untuk hidangan - Ini keperluan minima untuk sajian
- Pelayan - Minimum 1 orang (pertambahan pelayan menyumbang peningkatan harga)- Penampilan pelayan juga menyumbang perbezaan harga, berpakaian dan topi chef bergantung kepada jenis majlis
No comments:
Post a Comment