Assalamu'alaikum Wrmbth, Umat islam dituntut untuk menepati janji dalam semua urusan kehidupan. Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk balasan syurga insyaallah. Kami di UMM BARAQAH RESOURCES sentiasa bertekad untuk memberikan khidmat terbaik dari pelbagai segi iaitu harga kambing , layanan dan penghantaran kambing serta lain-lain lagi. Manusia juga idak boleh lari daripada komunikasi 2 hala, dalam kes kami pembeli dan penjual dan perjanjian pembelian dan penetapan harga kambing aqiqah dan perkhidmatan adalah salah satu contoh yang baik.
|
Sudah berjanggut aku tunggu pelanggan ni, tak sampai-sampai |
Sudah lama juga kami berurusan dengan pelbagai manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira golongan atasan dan bawahan layanan kami tetap sama, harga kambing juga sama insyaallah. Itu dari pihak kami, untuk pihak pelanggan pula banyak kerenahnya dan kadang kala memeningkan kepala. Kes paling ketara harga kambing paling murah untuk kualiti paling bagus. Hehe, Kes lain yang paling ketara di kalangan pelanggan "MELAYU" ialah fenomena "JANJI MELAYU". Macam mana pula tu, semua sedia maklum umat islam di Malaysia ni majoritinya berbangsa melayu yang menurut perlembagaan beragama islam. Yang sedihnya bahagian menepati janji tu kurang diamalkan.
|
Seingat saya, Imam Ghazali ada berpesan Janji/amanah adalah perkara paling mudah di mungkiri |
Kerap kali selepas berjanji untuk sesi memilih kambing di kandang dan seterusnya menetapkan harga kambing, janji datang pukul 10 contohnya, apabila tiba jam tersebut tak kunjung tiba insan ditunggu-tunggu. Lepas tunggu 10 minit, telefon untuk bertanya khabar rupa-rupanya baru nak keluar rumah. Hehe, ada kes yang lebih menyedihkan sudah janji dengan saya jam 3 petang tetapi lepas ditunggu-tunggu tak tiba. Bila ditelefon katanya tak dapat sampai jam 3, jam 4 setengah atau lebih insyaallah sampai. Saya nampak kecenderungan untuk menggunakan kalimat "INSYAALLAH" untuk mungkir janji sangat tinggi sedangkan sepatutnya digunakan selepas berikhtiar sebaik mungkin untuk melaksanakan sesuatu perkara. Pelanggan tersebut menekankan prinsipnya untuk berurusan dengan saya sahaja dan tidak mahu dengan orang lain. Janji pukul tiga tapi sampai 2 jam kemudian, toleransi patut ada bukan kerana saya pun ada janji dengan pihak lain.
|
Oh anak isteriku, maafkan Bapak kambing ini kerana tak dapat meluangkan masa kerana Janji pelanggan yang tak sampai2 |
Pada pemerhatian saya, orang berjaya yang menjadi pelanggan saya mempmerkan sifat menepati janji dan masa berbanding dengan insan biasa-biasa macam kita ni. Ada sesuatu yang boleh dipelajari bersama ni, jika syarikat dan diri saya hendak berjaya maka belajarlah menepati janji dan masa. Hormati juga hak orang lain supaya mereka membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawab mereka kerana Hak seseorang itu datang dengan tanggungjawab. Sepertimana Nabi Muhammad SAW memberikan hak kepada orang bukan islam di Madinah semasa pembentukan piagam madinah dengan balasan tanggungjawab mempertahankan kota Madinah bersama-sama dariapada ancaman anasir luar. Apa yang pasti, dari pihak kami akan cuba memberikan khidmat harga kambing aqiqah terbaik insyaallah. Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan keupayaan untuk menulis.