Pada asalnya En Mazlan nak tinjau harga lembu aqiqah semasa menghubungi saya 2 minggu lepas, seepas berpuas hati dengan harga lembu ditawarkan maka mereka datang sekeluarga melawat kandang kambing dan lembu di Klang. Siap datang tangkap gambar sekeluarga lagi tu dengan kamera DSLR dia. Hehe. Saya tak minat tangkap gambar jadi tak masuk sekali bergambar dengan mereka.
Berat daging lembu aqiqah dapat dalam 70kg juga. Alhamdulillah |
Masa saya hantar lembu aqiqah semalam tu, saya cuba jalan lain iaitu melalui lebuhraya elite terus ke bangi daripada Batu 3 Shah Alam, jarak pergi balik adalah dalam 120km. Boleh tahan jauh juga ya. Balik pula boleh tersesat masuk lebuhraya kl seremban. Alhamdulillah berjaya cari semula jalan ke Klang melalui lebuhraya KESAS melalui pintu masuk awan besar. Berbaloi la harga lembu aqiqah tu untuk hantar sekali, jika tidak campur sesat dan jarak yang jauh memang penat badan. Hehe
Alhamdulillah semuanya selesai, lembu aqiqah pun dah sampai ke surau seri tanjung jalan 7/1e bandar baru bangi untuk sambutan mauidur rasul. Ramai tak balik kampung walaupun cuti panjang. Bagi mereka yang berhajat melaksanakan aqiqah berkeluarga sila hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga lembu aqiqah istimewa insyaallah
No comments:
Post a Comment