TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Friday, January 20, 2012

Harga Kambing Damansara Encik Ghani

Assalamu'alaikum Wrmbth, Macam-macam manusia sudah sampai kandang saya ni. Tak besar pun kandang ni tapi bagi saya gelagat manusia yang masuk kandang kambing untuk berunding harga kambing lebih menhiburkan daripada menonton rancangan komedi slapstik. Berbalik pada topik harga kambing, saya mendapat panggilantelefon daripada seorang CEO syarikat pengedar makanan kesihatan buatan Jerman untuk aqiqah kambing cucu sulungnya. Alhamdulillah anaknya selamat melahirkan cahaya mata di Hospital Pakar Subang beberapa hari sebelum tu. Dari panggilan telefon tersebut saya sangka orang biasa saja tapi setelah En Ghani ni tiba di kandang hujung minggu tersebut saya dah boleh agak pelanggan kali ni orang berada.

En Ghani tak pening harga kambing tapi kambing mana hendak dipilih. Hehe. Lain padang lain belalang
Jika seorang pelanggan berkereta kancil dan seorang lagi menaiki mercedes datang serentak, mana anda akan layan dahulu? Saya akan berikan keutamaan pada yang tiba dahulu insyaallah tanpa prejudis insyaallah. Pangkat dan jawatan ni duniawi saja kerana kita lahir sehelai sepinggang tanpa seurat benang pun dan begitu jugalah semasa kita mati. Terputuslah kita dengan dunia hidup dan masuk ke alam kubur. Semua terputus kecuali 3 perkara, ANAK YANG SOLEH, SEDEKAH JARIAH, dan ILMU BERMANFAAT. Harta yang ada semua ditinggalkan kepada waris. Jadi mana pula harta kita? Harta kita adalah apa yang telah kita belanjakan dengan niat ikhlas kejalan Allah. Ini semua ada disebut didalam hadis Nabi Muhammad SAW. Balik pada topik harga kambing untuk En Ghani ni, sampai ke kandang kambing semasa ramai yang dah ditumbangkan untuk aqiqah jadi pilihan tak banyak. Kambing biri biri damara, jamnapari dan boer. Pening dia nak pilih, bagi pihak saya pula saya berikan harga yang sama RM750. Orang kaya atau biasa saya beri harga sama saja tanpa prejudis.
Damansara Specialist hotel 300m sahaja daripada rumah pelanggan
Setelah berfikir lama atas kandang tersebut, En Ghani bersetuju membeli kambing pada harga kambing tersebut kerana katanya harga kambing bukan masalahnya. Masalah En Ghani nak pilih kambing yang jenis satu. Banyak juga perkara ditanyakan, apa beza kambing ni? Daging berbau tak? Daging berapa kg? Dan macam2 lagi. Akhirnya dia pulang dahulu untuk berfikir kambing mana untuk ditumbangkan. Hehe. Selepas 7 hari berfikir akhirnya dia ambil kambing boer dengan harga kambing yang sama RM750. Sebabnya Wallahu'alam sebab tak nak tanya panjang-panjang.
Pilihan bijak untuk harga kambing hebat

Jadi pada masa dijanjikan saya pun hantar kambing boer yang telah siap disembelih lapah dan hantar pada harga kambing RM750 ke rumahnya di Damansara. Saya ambil laluan menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong dan kemudian keluar pada simpang lebuhraya SILK. Dekat betul dengan Hospital Damansara Puchong dan Pasar Besar TTDI (Yang kini dalam rundingan untuk dirobohkan untuk projek pembangunan). Alhamdulillah selesai lagi satu tempahan. Kambing tak bau dan saya pun sampai pada masanya. Cuma selepas seminggu urusniaga ni, ada satu pelanggan lain datang ke kandang saya dengan soalan MENAKJUBKAN. Soalannya berbunyi "Saya ingatkan syarikat awak ni ada opis 3 tingkat" . .Hehe, terkejut sebab tauke besar yang pernah saya jumpa pun jenis yang ramah dan rendah diri je.. Jawatan besar tapi rendah diri mungkin sebab tersebut kerjayanya meningkat naik dan hidupnya serba cukup berbanding insan kerdil bermulut besar. Hehe. "That's a day's story of o goat breeder & seller." Mbeekkk Terbaeekk

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP