TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Wednesday, January 4, 2012

TAHUN BARU 2012

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kami tak sambut tahun baru masihi ini dengan bunga api, keluar malam dan balik lewat malam. Duduk rumah dan kandang sudah. Banyak perkara perlu direnungi dengan mengimbau kembali pelajaran berharga sepanjang tahun 2011.
Kami  utamakan kalender hijrah. Bukan masihi

Sorotan-demi sorotan peristiwa suka dan duka dialami. Insyaallah, akan diteruskan jua.

Daging Import India Daging kerbau bukan lembu

Daging kerbau bukan lembu

ALOR SETAR: “Orang ramai diingatkan tidak keliru mengenai status daging import dari India kerana ia daging kerbau yang dijual pada harga murah, bukan daging lembu,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, ramai pengguna tidak tahu daging import India yang dikenali sebagai daging kotak dan dipasarkan secara meluas di negara ini adalah daging kerbau.
Katanya, daging kerbau yang dijual di pasaran ketika ini juga dari gred biasa membolehkannya dijual pada harga lebih rendah menyebabkan ramai pengguna membandingkannya dengan harga daging tempatan.
“Kita tidak mahu rakyat keliru dan menganggap daging kotak sebagai daging lembu sedangkan tidak ada langsung daging lembu dibawa masuk dari India.
“Setiap tahun 80,000 tan metrik daging kerbau import dari India dibawa masuk ke negara ini dan ia popular di kalangan rakyat t berpendapatan rendah.
“Di pasaran ketika ini, daging kotak jauh lebih murah iaitu antara RM8 dan RM10 sekilogram,” katanya.
Sumber : Harian Metro

Daging Kambing dan Lembu korban diperdagang

Daging korban diperdagang

MAKKAH: Satu daripada tuntutan dalam ibadah haji ialah mengorbankan haiwan.
Dengan ribuan haiwan yang disembelih sepanjang ibadah tahunan itu, sejumlah besar daging korban diagihkan kepada golongan miskin di Makkah.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan peluang itu untuk menyimpan daging berkenaan dan menjual kepada penjual daging dan kedai makanan dengan harga murah.
Mereka yang melakukan perbuatan ini ialah pendatang Afrika yang tinggal di kawasan kediaman miskin di bandar suci ini.
Dengan tiada kemudahan untuk membekukannya, sebahagian besar daging itu busuk sebelum tiba di restoran.
Penyembelihan haiwan korban bermula pada pagi 10 Zulhijah sehingga petang 13 Zulihijah.
Penyembelihan juga dilakukan selepas haji apabila jemaah membayar dam.
Sebahagian besar melaksaksanakan korban itu dengan membeli kupon daripada Bank Pembangunan Islam (IDB).
Daging haiwan yang disembelih oleh IDB dibungkus dan dihantar ke seberang laut untuk diagihkan.
Ada sebahagian jemaah yang melakukan korban sendiri dengan membeli haiwan itu daripada peniaga.
Akibatnya, sejumlah besar daging korban itu jatuh ke tangan peniaga yang kemudian menjualnya kepada restoran pada harga yang rendah.
Pendatang biasanya menyimpan daging itu secara tidak bersih dan kemudian menjualnya kepada pendatang haram lain.
Kumpulan ini akan bersaing sesama sendiri untuk membeli daging itu dalam kuantiti yang banyak pada kadar yang rendah, iaitu kira-kira SR500 (RM410) untuk 1,000 kilogram dan kemudian menjualnya dengan harga kira-kira SR30 (RM24.6) sekilogram.
“Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Makkah tidak memakan daging di restoran selama beberapa minggu selepas musim haji,” kata seorang penduduk, Fahd Al-Husseini.
“Ini kerana kebimbangan kemungkinan restoran itu menyajikan lebihan daging korban yang disimpan secara tidak bersih,” katanya. – Agensi
Sumber : Harian Metro

Kedai Jual Daging Kambing dan Lembu Campur

Hanya sebuah kedai jual daging campur

BERA - Pemeriksaan yang dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke atas 800 buah pasar raya dan kedai di seluruh negara bagi tempoh tiga hari lepas mendapati hanya sebuah kedai di Kuala Lumpur sahaja disyaki mencampurkan daging kambing dan lembu.
"Daging yang dijual di kedai terbabit sudah dihantar sampelnya untuk diperiksa dan jika terbukti daging itu bercampur, tindakan tegas akan diambil ke atas pekedai terbabit," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencampurkan daging berkenaan bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti kaum India.
Masyarakat India tidak perlu terlalu bimbang kerana pihak penguat kuasa kementerian akan terus meningkatkan pemeriksaan dari semasa ke semasa, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Deepavali kepada 500 masyarakat India di kawasan Parlimen Bera di Triang di sini semalam.
Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera turut memberikan jaminan bahawa bekalan daging kambing dan barangan keperluan lain adalah mencukupi untuk masyarakat India menjelang sambutan Deepavali.
"Setakat ini juga tidak ada sebarang laporan berhubung perlanggaran peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya.
RM1 juta biayai program tambah daging lembu, kambing
Berita Harian, 1 Ogos 2007
JOHOR BAHRU: Dalam usaha meningkatkan jumlah pengeluaran daging lembu dan kambing di Johor, kerajaan negeri akan meningkatkan usahawan ternakan haiwan itu yang mempunyai ilmu pengetahuan serta menambah bantuan kepada mereka yang berpotensi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Ahmad Zahri Jamil, berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk menyediakan pelbagai program dan seminar berkaitan industri asas tani bagi membantu usahawan meningkatkan pengeluaran mereka.

Katanya, Johor pengeluar utama di Malaysia bagi ayam daging iaitu 337,900 tan metrik setahun dengan nilai RM1.4 bilion dan pengeluar kedua terbesar selepas Melaka bagi telur ayam iaitu 1.8 bilion biji bernilai RM313 juta setahun.

"Bagi pengeluaran daging lembu dan kambing, Johor masih mempunyai banyak ruang yang perlu diusahakan untuk menyaingi jumlah pengeluaran daging ayam," katanya pada majlis penutup Seminar Industri Asas Tani dan Promosi Hasilan Ternakan Johor 2007 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Haiwan Johor, Datin Paduka Dr Fauziah Embong.

Ahmad Zahri berkata, setakat ini, Johor mengeluarkan hanya 5,600 tan daging lembu dengan nilai RM27 juta setahun dan 67 tan bernilai RM4 juta setahun bagi daging kambing manakala susu lembu segar hanya 3.4 juta liter bernilai RM4.5 juta setahun.
 
"Sejak beberapa minggu lalu, kita ada mendengar aduan kekurangan bekalan daging lembu di Johor kerana jumlah daging lembu beku yang diimport berkurangan.

"Saya percaya jika pengeluaran daging lembu dan kambing tempatan dipertingkat dan harga boleh menjadi lebih stabil, pasti lebih ramai pengguna mampu untuk membelinya," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri percaya berdasarkan kepada statistik pengeluaran itu, usahawan dan penternak lembu dan kambing mampu meningkatkan produk mereka jika ada usaha, bimbingan serta bantuan daripada agensi kerajaan berkenaan.

Katanya, perkara asas yang penting dalam industri berkenaan, usahawan dan penternak perlu ada ilmu bagi membolehkan ia mengaplikasikan pengetahuan itu dalam perniagaan mereka selaras dengan bantuan teknikal, geran dan pinjaman mudah yang diberikan agensi kerajaan.

Sementara itu, seminar yang dihadiri hampir 100 peserta daripada usahawan industri asas tani itu dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Johor bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha dan bakal pengusaha yang sudah atau akan menceburi bidang itu.

Tiga kertas kerja dibentangkan oleh wakil dari Pusat Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi); Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Wilayah Selatan berkaitan aplikasi teknologi dalam produk industri asas tani, prospek dan peluang pasaran produk itu.

Sumber http://jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/berita/Ogos07%201b.htm

Harga Lembu Mahal Angkara Dedak

Harga dedak melambung punca daging mahal

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga dedak hampir tiga kali ganda dipercayai menjadi faktor utama kenaikan harga daging di pasaran ketika ini.
Penternak lembu, Arifin Mustafa, 40, berkata, harga makanan haiwan itu melambung daripada RM300 satu tan kepada RM800 satu tan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga borong daging.
Harga lembu dan Kambing
Harga Dedak yang Mahal Menyebabkan peningkatan harga lembu

“Memang harga daging naik, tapi semuanya ada sebab,” katanya.
Dia mengakui daging lembu terutama daging batang pinang meningkat daripada RM20 kepada RM24.50 sekilogram.

“Lagipun sebelum ini kami dapat subsidi makanan lembu dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, tapi sekarang sudah setahun lebih tak ada subsidi,” kata Arifin.

Menurutnya, selain itu kos operasi penyembelihan lembu dan kos penghantaran daging ke pasar di sekitar ibu negara turut meningkat.

“Saya terpaksa menaikkan harga daging untuk menampung kos yang meningkat, bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata,” katanya turut menyatakan syarikatnya beroperasi di sekitar Shah Alam.

Harian Metro melaporkan semalam, harga beberapa bahan makanan utama meningkat dengan mendadak terutamnya harga daging lembu sehingga menimbulkan keluhan kalangan peniaga.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargadedakmelambungpuncadagingmahal/Article/index_html

Monday, January 2, 2012

Berapa Harga Kambing 2012

Assalamu'alaikum Warmbth, Harga kambing istimewa untuk Januari 2012 khusus untuk anda sementara stok masih ada, Khusus bagi ibadah aqiqah dan sembelihan untuk kenduri dan majlis keramaian. Stok kambing baru telah tiba cukup syarat untuk ibadat aqiqah dengan kambing, berikut adalah harga kambing 2012 dari UMM BARAQAH RESOURCES pembekal kambing dan lembu pilihan anda. Harga Kambing berpatutan dengan beratnya


 harga kambing
Rujuk gambar diatas, Harga Kambing bagi januari 2012 Seberat lebih 45kg adalah RM790 sahaja
Jarang-rang kami dapat saiz kambing aqiqah sebesar ini. cukup syarat untuk anda pada saiz yang sangat besar (hampir anak lembu) dan harga RM790 sahaja. Berat minima insyaallah 45kg dan dijangka boleh mencecah 48 kg. Pada kebiasaannya saya seorang mampu mengangkat sendiri kambing ini tetapi kali ini, 2 orang diperlukan untuk mengangkatnya. Berat tu.  Daging memang banyak dan lembut, tak percaya? Boleh lawat sendiri dikandang untuk kepastian. Harga kambing untuk januari 2012 yang sangat istimewa, boleh bandingkan harga kerana anda memang pengguna berhemat dan bijaksana. Harga kambing ini sementara stok masih ada.

harga kambing
Ini pula kambing pada berat lebih 40kg (maksud lebih tu minima 40kg.. Under promise over deliver? )
Gambar diatas ini untuk baka kambing yang sama pada berat berbeza, RM770 siap sembelih lapah dan hantar kepada anda. Saiz masih besar dan mempunyai berat lebih 40kg dan daging pun banyak. Hanya kambing untuk januari 2012 terbaik untuk anda. Bayangkan kambing dengan saiz ini dihidangkan sebagai kambing golek.. fuhh ramai yang dapat merasa dengan dagingnya yang banyak.

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP