Daging korban diperdagang
Dengan ribuan haiwan yang disembelih sepanjang ibadah tahunan itu, sejumlah besar daging korban diagihkan kepada golongan miskin di Makkah.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan peluang itu untuk menyimpan daging berkenaan dan menjual kepada penjual daging dan kedai makanan dengan harga murah.
Mereka yang melakukan perbuatan ini ialah pendatang Afrika yang tinggal di kawasan kediaman miskin di bandar suci ini.
Dengan tiada kemudahan untuk membekukannya, sebahagian besar daging itu busuk sebelum tiba di restoran.
Penyembelihan haiwan korban bermula pada pagi 10 Zulhijah sehingga petang 13 Zulihijah.
Penyembelihan juga dilakukan selepas haji apabila jemaah membayar dam.
Sebahagian besar melaksaksanakan korban itu dengan membeli kupon daripada Bank Pembangunan Islam (IDB).
Daging haiwan yang disembelih oleh IDB dibungkus dan dihantar ke seberang laut untuk diagihkan.
Ada sebahagian jemaah yang melakukan korban sendiri dengan membeli haiwan itu daripada peniaga.
Akibatnya, sejumlah besar daging korban itu jatuh ke tangan peniaga yang kemudian menjualnya kepada restoran pada harga yang rendah.
Pendatang biasanya menyimpan daging itu secara tidak bersih dan kemudian menjualnya kepada pendatang haram lain.
Kumpulan ini akan bersaing sesama sendiri untuk membeli daging itu dalam kuantiti yang banyak pada kadar yang rendah, iaitu kira-kira SR500 (RM410) untuk 1,000 kilogram dan kemudian menjualnya dengan harga kira-kira SR30 (RM24.6) sekilogram.
“Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Makkah tidak memakan daging di restoran selama beberapa minggu selepas musim haji,” kata seorang penduduk, Fahd Al-Husseini.
“Ini kerana kebimbangan kemungkinan restoran itu menyajikan lebihan daging korban yang disimpan secara tidak bersih,” katanya. – Agensi
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment