Assalamu'alaikum wrmbth, bagi sesiapa yang membaca posting blog saya sebelum ini, ada saya sebut tentang kejujuran dalam perniagaan dan bagaimana ayat "JUJUR" ini digunakan oleh penipu dengan sewenang-wenangnya. Hari ini saya hendak kongsi sedikit tanpa mendedahkan identiti penyamun tersebut sebagai peringatan buat penternak baru supaya tidak tertipu dan penternak lama supaya hentikan menipu. Semasa pertengahan tahun 2009 saya telah pergi ke kandang kambing di kampung jalan kebun Shah Alam atas nasihat ayah saya untuk membeli kambing. Penternak ni sudah lama menternak dan kambingnya memang banyak pada hemat saya, ada 300 ekor lebih atas kandang tu. Dia ni pun kawan ayah saya jadi atas dasar menghormati orang tua dan senior penternakan memang percaya jugalah pada penyamun ni. Semasa saya pergi ke kandang kambingnya di Jalan Kebun, betapa terujanya perasaan kerana kambing2nya jinak dan gemuk-gemuk seperti tuannya. Selepas berunding harga kambing akhirnya beliau setuju mencarikan bekalan kambing sebagai stok pemula.
|
Lebih kurang macam ni lah rupanya kambing pertama kami |
Selepas seminggu, penyamun ni pun menghubungi kami kerana katanya ada penternak yang mahu menjual kambing 1 kandang untuk beralih pada bidang cili fertigrasi. Kami dibawa ke kampung perepat (dengan kawan baik saya Faizal & Si Panjang) dan memang betul tuan punya kambing nak jual semua kambingnya, Alhamdulillah dapat juga stok kambing yang ok, ada kambing katjang, jamnapari cross dan kambing kampung lain cuma harga kambing tu msalah sikit. Dalam 30 ekor kambing tu tiada jantan yang matang, majoriti kambing betina + anak kambing. Lepas kira2, harga kambing seekor tak munasabah tapi abang penyamun ni janji nak carikan pejantan bagus. Kambing sampai ke kandang, dan selang 2-3 hari sampailah pejantan dijanjikan, seekor kambing boer f4, datang lagi perasaan hairan. Kambing boer mana boleh kacukkan dengan kambing katjang, anaknya besar dan susah nak keluar daripada rahim ibunya. Kata penternak berpengalaman tapi benda macam ni pun terlepas pandang memang saya dah pelik juga.
|
Pejantan Boer pertama kami hendak dikahwinkan denga kambing katjang? |
|
Saiz kambing katjang dengan boer antara gajah dengan harimau, jauh beza |
Sebagai penternak, ubat-ubatan juga penting untuk menghadapi saat kecemasan (kambing cirit atau kembung). Duit sudah dibayar pada abang penyamun, tapi sampai sekarang ada lagi ubat yang belum sampai pada kami. Ini ke cara nak meniaga? Menipu orang sana sini. Masa permulaan bolehlah nak tipu, selepas 4 tahun perkara tersebut berlaku, bila direnung kembali banyak lagi penipuan tapi takpelah itu antara penyamun terbut dengan Allah swt. Duit tak berkat hasil menipu orang takkan membawa manfaat.
|
Hutang ubat saya tuntut depan Allah nanti ya Bang? Hehe |
Dengan kuasa Allah swt dan doa daripada orang teraniaya, tak lama pun untuk kami melihat kesan duit tak berkat ni. Pada tahun lepas, gempar kawasan klang dan Shah Alam ada penternak kena curi kambing 100 ekor. Daripada sumber lain 200 ekor. Kandang penyamun ni tepi jalan, waktu malam tiada orang jaga, penyamun kepada penyamun tadi datang bawa lori dan angkut kambing-kambingnya kedalam kandang. Kalau dibuat anggaran kasar, harga kambing seekor RM400 (Sebenarnya lebih..) kali 100 = RM400 000. kalau 200 ekor dah berapa. Khabarnya dia pun dah tak menternak kambing lagi sekarang ni. Wallahu'alam.
|
Penyamun kepada penyamun menyapu kambing dari kandang dalam operasi terjah kambing |
Jadi, itulah dia kisah pengajaran untuk penternak baru dan lama, tak berkat menipu ni. Kalau tak terima balasan didunia, akhirat sana lagi besar balasannya. Bawa bertaubat ya. Alhamdulillah, kami masih bertahan kerana pengalaman sedemikian mengajar kami menjadi lebih tabah dan sabar (walaupun ada masanya marah juga dengan pengalaman sedemikian).Doa orang teraniaya tiada hijab dengan Allah swt
|
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga |
Pnglmn yg brmnfaat utk dkongsi brsama..hrap sume yg trlibat dlm bisnes ni jujurla..sbb rezki yg halal tu byk kberkatannye..
ReplyDeleteSaya baru terdengar di radio, ada riwayat mengatakan Rasulullah saw berpesan kepada saidina ali, tanda jujur itu ada 3
ReplyDelete1) Menyembunyikan sedekahnya
2) Menyembunyikan ibadahnya
3) Menyembunyikan cubaan hidupnya
Jujur dinilai dari perlakuan, bukan dicanang2. Hehe. Pelajaran yang mahal tu