TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Friday, September 30, 2011

Petani Semangat Waja Ternak Kambing

Bekas lombong jadi ladang pertanian


Abu Bakar Awang berjaya menukar wajah kawasan lombong di pendang, Kedah kepada ladang penternakan.


DARI luar, kawasan tanah berpagar yang nampak subur dengan persekitarannya yang 'hidup' memang akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki kawasan Kampung Banggol Besi, Pendang, Kedah.
Mana tidaknya, di kelilingi kawasan sawah bendang yang luas mata memandang, di selang-seli dengan rumah kampung, muncul satu kawasan berpagar yang nampak berbeza berbanding persekitarannya.
Tarikan utama tentunya kepada dua buah kolam memancing yang tertera namanya Iron Lake Fishing Centre Agro Farm.
Ladang agro seluas 1.2 hektar itu menjadi lebih istimewa.
Lebih-lebih lagi setelah mengetahui kesungguhan pemiliknya Abu Bakar Awang, 54, mengusahakan tanah yang asalnya terbiar.
Menurut beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Abu, selain usaha gigih, bantuan kerajaan negeri termasuk penganugerahan tanah banyak membantu menjayakan perancangan ladang berkenaan.
''Tanah ini dulu tempat lombong bijih besi. Lepas bijih besi habis, terbiar macam tu saja. Jadi saya dapatkan kerjasama daripada kerajaan negeri untuk usahakan tempat ini. Masih baru, tapi perlahan-lahan saya cuba usahakan hingga menjadi seperti sekarang," cerita Pak Abu.
Di atas tanah bekas lombong itu, selain kolam memancing, Pak Abu mengusahakan ternakan kambing Boer dan Jamnapari. Beliau turut mengusahakan tanaman mempelam madu bersebelahan dengan kolam memancing.
Sebelum memulakan projek ladang agro itu, Pak Abu juga pernah menternak lembu dan mengusahakan tanah bendang.
Bagaimanapun kerana minat ingin mencuba yang tinggi, fokusnya dialihkan kepada projek berkenaan.
Pengalaman berpuluh tahun sebagai petani digunakan sepenuhnya membangunkan kawasan itu.
Mendapat nasihat daripada Jabatan Haiwan, kambing-kambing ternakannya membiak dengan cepat daripada 20 ekor menjadi 200 ekor.
Daripada menjadi pembekal daging kambing, usaha gigihnya dikembangkan kepada membekal susu segar untuk kawasan di sekitar Pendang.
Malah beliau juga sudah mampu menyuntik sendiri ternakannya itu. Selain membuka pintu ladangnya untuk penuntut kolej dan universiti membuat latihan amali di situ.
Namun, ketika usahanya mula berhasil, Pak Abu dilanda musibah. Oktober lepas, dia dikejutkan dengan berita ladang ternakannya diceroboh pencuri sehingga kira-kira 60 ekor kambing peliharaannya dicuri hanya dalam satu malam.
Kesan tayar lori di atas tanah merah menjawab persoalan bagaimana kambing-kambingnya dilarikan.Kecurian hampir separuh daripada kambing-kambing yang sedang membiak itu menyebabkan beliau kerugian hampir RM40,000.
''Masa itu, terduduk juga saya. Hilang sekejap semangat bila tengok kandang yang penuh sebelumnya, nampak kosong. Nak bagi naik balik semangat, saya letak kambing-kambing ni sekali dalam satu kandang, biar nampak penuh. Secara psikologinya, nampak macam banyak, terubatlah sikit kesedihan tu. Alhamdulillah, sekarang dah mula membiak kembali,'' katanya.
Masalah utama Pak Abu ialah sukar mencari pekerja tetap dari kalangan anak muda tempatan untuk bekerja terutama menjaga kawasan tersebut pada malam hari.
Ramai yang lebih tertumpu mencari pekerjaan di kilang-kilang atau pun bandar.
Memikirkan masalah sukar mendapat pekerja, Pak Abu mencari jalan bagaimana mahu menghidupkan kawasan yang terpencil itu.
Akhirnya, lahirlah idea mengusahakan kolam pancing 24 jam yang semakin dikunjungi pelbagai pihak baik individu mahupun syarikat korporat.
Bagaimanapun, menurutnya, walaupun ladang itu tidak sebesar mana, beliau masih cuba membuka ruang rezeki kepada anak muda di kampungnya.
Mereka diambil membantu beliau secara sambilan terutama jika ladang tersebut menganjurkan pertandingan memancing.
Tanaman mempelamnya daripada 200 batang pokok mempelam madu juga sudah mula membuahkan hasil.
Menariknya, baja yang digunakan adalah daripada najis kambing. Bimbingan yang diperoleh banyak membantu beliau menggunakan sumber yang ada semaksimumnya.
Sikap berani mencubanya memang boleh dicontohi. Selain mempelam, Pak Abu pernah menanam pokok naga, sayangnya pokok tersebut mati akibat tidak sesuai dengan baja dari sawah yang diusahakan di sekitar ladang berkenaan.
Tidak menyalahkan sesiapa kerana berpendapat, sawah bendang tersebut sudah lama diusahakan berbanding tanaman pokok naga.
Racun yang digunakan untuk sawah padi itu meresap ke dalam tanah dan tidak sesuai dengan tanaman yang baru diusahakannya.
Dia tidak berputus asa dan kini berusaha memikirkan tanaman lain yang bersesuaian ditanam di kawasan itu.
Mengenai perancangan masa depan, Pak Abu bercadang membina inap desa atau homestay di atas tanah itu. Tujuannya supaya pengunjung yang jauh dapat bermalam.
"Kalau difikirkan, memanglah banyak yang boleh dibuat. Tapi perlahan-lahanlah. Modal pun kena ada juga.Umur pun dah tua, nak buat pinjaman mungkin sukar. Buat masa ini tumpu kepada kolam pancing dululah," kata Pak Abu.
Kebetulan pada hari kunjungan itu, Pak Abu sedang membuat persiapan terakhir untuk satu pertandingan memancing.
Khabarnya pertandingan itu mendapat sambutan bukan sahaja dari penduduk sekitar malahan dari luar daerah Pendang.
Melihat kepada kegigihan dan usahanya, pemilik ladang agro ini ternyata berani menghadapi risiko. Keyakinan dan keberaniannya menyahut seruan kerajaan agar memajukan bidang pertanian dan berbudi kepada tanah bukanlah sia-sia.
Bagi Pak Abu, ladangnya tidaklah setanding ladang agro besar yang lain. Namun beliau tetap berbangga dengan usaha gigih dan kerja kuatnya itu walaupun diuji berkali-kali.
Pihaknya sentiasa menyambut baik mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya atau kepada kaki pancing yang mahu melakukan aktiviti di pusat memancing miliknya itu.
Bagi yang berminat, Pak Abu boleh dihubungi di talian 013-2968627 atau datang sahaja ke Iron Lake Fishing Centre Agro Farm, Kampung Banggol Besi.

Lembu Bunting Boleh Disembelih

Boleh makan haiwan bunting yang disembelih - Harussani

Link Asal Artikel 

IPOH 27 Julai - Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih.
"Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar.
"Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan.
Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Model Contoh Industri Halal Thailand

Contohi industri halal Thailand

THANA Duangratana (empat dari kiri) dan Dr. Abd. Latiff Awang (tiga dari kanan) bersama delegasi Malaysia yang menyertai Persidangan Antarabangsa Perniagaan, Industri dan Sains Halal Sedunia (Whasib) 2011 di Hat Yai, Thailand, baru-baru ini.


INDUSTRI halal dunia kini dianggarkan bernilai lebih AS$2 trilion setahun. Dengan jumlah yang sebegitu besar, ia sudah tentu dapat menghasilkan pulangan lumayan kepada mana-mana negara atau syarikat yang berkecimpung secara serius bagi menghasilkan produk berstatus sedemikian.
Menyedari hakikat itu, Thailand turut mengambil langkah agresif untuk memastikan produk yang dikeluarkan syarikat negara berkenaan adalah halal selaras dengan kedudukannya sebagai pengeksport produk makanan halal yang keenam terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$5 bilion setahun.
Daripada 30,000 kilang mengeluarkan makanan halal yang terdapat di negara itu sekarang, sebanyak 8,000 telah mendapat sijil pengesahan halal.
Negara itu kini sedang meningkatkan bilangan syarikat yang mendapat sijil halal bagi memastikan ia mencapai sasaran menjadi negara pengeksport produk makanan halal ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Selain bagi membolehkan produk berkenaan dijual kepada 1.5 bilion umat Islam, kerajaan Thailand berharap barangan berstatus halal yang sentiasa diyakini sebagai produk yang bersih, berzat dan baik untuk kegunaan manusia akan menarik minat seluruh penduduk dunia yang berjumlah kira-kira tujuh bilion orang untuk menggunakannya.
Produk dan perkhidmatan halal yang sedang dipromosikan oleh negara itu bukan hanya terhad kepada makanan dan minuman sahaja, malah ia turut melibatkan kosmetik, ubat-ubatan, bahan kimia, barangan kulit, rawatan spa, perhotelan, hospital, perbankan dan takaful Islam.
Kesungguhan negara jiran itu terbukti apabila ia menubuhkan Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn (HSC-CU), Bangkok pada 1995 dan Institut Halal di Universiti Prince of Songkhla, beberapa tahun selepas itu.
Menurut Pengarah HSC-CU, Dr. Winai Dahlan, penubuhan pusat dan institut halal berkenaan telah membolehkan Thailand melakukan pelbagai inovasi baru termasuk menghasilkan sabun dan cecair pencuci daripada tanah liat untuk memudahkan proses menyamak.
Beliau berkata, pihaknya turut mencipta dapur khusus yang mempunyai zon penampan bagi mengasingkan antara produk halal dan haram yang telah digunakan secara meluas termasuk ketika Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand.
"Pakar-pakar daripada kedua-dua universiti turut terlibat memberikan latihan kepada petugas Thai Airways dan kakitangan sektor perkilangan di negara ini mengenai kaedah betul bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal," katanya.
Terbaru, jelas beliau, ia melibatkan penciptaan sistem logistik dan pengesahan halal menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dikenali dengan nama Shariah-Compliant ICT Logistics Control (SILK).
''SILK yang boleh diakses secara percuma menggunakan kemudahan Internet berkelajuan tinggi membolehkan syarikat di seluruh dunia membuat permohonan sijil halal. Bakal pembeli juga boleh menyemak status halal sesuatu barangan dengan pantas," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antarabangsa Perniagaan, Industri dan Sains Halal Sedunia (Whasib) 2011 di Universiti Prince of Songkhla, Hat Yai pada 27 Julai lalu.
Persidangan sehari berkenaan telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.
Bekas Menteri Luar Thailand yang beragama Islam itu dalam ucapan perasmiannya menyeru negara-negara Asia Tenggara supaya bekerjasama bagi memastikan sasaran menjadikan rantau itu pengeksport produk halal terbesar dunia tercapai.
Mengulas mengenai kesungguhan pihak Thailand itu, Naib Presiden 1, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Datuk Dr. Abd. Latiff Awang yang berkesempatan menjadi peserta Whasib 2011 berkata, selain peranan yang dimainkan oleh pihak universiti, kerajaan Thailand juga terlibat aktif dalam mempromosi industri halal.
Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila ramai usahawan Malaysia termasuk 10 delegasi DPIM telah ditaja kerajaan negara itu untuk menyertai persidangan halal berkenaan dengan harapan akan terjalin kerjasama erat antara peniaga kedua-dua negara.
''Kita kagum kerana Duta Besar Thailand ke Malaysia, Thana Duangratana dan dua pegawai kanan daripada kedutaan berkenaan iaitu Makawadee Sumitmor dan Montri Nathananan turut meluangkan masa untuk mengiringi delegasi Malaysia," katanya.
Kekaguman yang diluahkan oleh Abd. Latiff memang berasas jika dilihat kesungguhan Duangratana, 60, yang sanggup turun padang untuk menjelajah wilayah yang mempunyai ramai penduduk Islam iaitu Songkhla dan Satun yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis selama empat hari.
Selain menyertai Whasib 2011, delegasi yang turut disertai Setiausaha Agung DPIM, Mohammad Sahar Mat Din dan Penasihat Syariah KFC Holdings (Malaysia) Bhd., Mohd. Roslan Mohd. Saludin turut dibawa melawat Kawasan Perindustrian Wilayah Selatan di Wilayah Songkhla.
Duangratana yang bertindak sebagai penterjemah turut membawa rombongan berkenaan bertemu dengan Gabenor Satun, Dr. Sumeth Chailertvanitkul dan melawat ladang kambing yang diusahakan usahawan Muslim di wilayah berkenaan.
''Saya berharap diplomat Malaysia mencontohi rakan sejawatan mereka yang bukan beragama Islam yang sanggup turun ke bawah bagi membawa pelabur berpotensi untuk melabur dalam industri halal di negara berkenaan.
''Jika kita terus leka, tidak mustahil Malaysia akan ketinggalan dalam industri ini terutama jika pegawai atasan yang dilantik oleh kerajaan tidak bekerja bersungguh-sungguh," ujarnya.
Nasihat yang diberikan Abd. Latiff yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu memang kena pada masanya berikutan tidak ramai peneraju agensi yang berkecimpung dalam industri halal di Malaysia menghadiri Whasib 2011, sedangkan banyak inovasi baru yang dihasilkan Thailand yang boleh dicontohi mereka.

T'Cafe di setiap negeri 2012

T'Cafe di setiap negeri 2012


PENGUNJUNG berpeluang menjamu selera masakan berasaskan daging kambing pada majlis berbuka puasa sempena pelancaran T’Cafe Pantai Peranginan Kelulut di Marang, kelmarin.



MARANG 16 Ogos – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) merancang mengembang operasi rangkaian restoran francais jenama T’Cafe dengan membuka cawangannya di setiap negeri bermula awal tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, T’Cafe yang membawa imej masakan tradisional Terengganu menunjukkan peningkatan hasil jualan yang memberangsangkan.
Menurutnya, berdasarkan hasil jualan setengah tahun pertama di empat cawangan cafe itu, T’Cafe D’Muara, Losong mencatatkan jualan bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM112,000 dan Medan Selera Pasar Raya Giant, Kuala Terengganu mencatatkan RM85,000.
“Cawangan T’Cafe di Gong Kemuntung, Besut dan Geliga, Kemaman masing-masing mencatatkan hasil jualan bulanan tertinggi sebanyak RM28,000 dan RM24,000.
“Untuk memperluaskan rangkaiannya, YPU komited untuk melatih dan menjalinkan kerjasama dengan usahawan tempatan yang berwibawa serta berpengalaman bagi membawa ikon baru bagi Terengganu dalam pelancongan berasaskan makanan,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi YPU berkata demikian pada majlis berbuka puasa sempena pelancaran penjenamaan semula T’Cafe Pantai Peranginan Kelulut, dekat sini, petang semalam.
Cawangan kelima cafe itu dibuka hasil kerjasama YPU dengan syarikat penternak dan pembekal ternakan kambing tempatan, Cosmopal Sdn. Bhd. bagi menyediakan masakan berasaskan daging dan susu kambing.

Bekalan daging mencukupi untuk hari raya - KP Veterinar

Bekalan daging mencukupi untuk hari raya - KP Veterinar

22/08/2011 5:54pm

PUTRAJAYA 22 Ogos — Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin memberi jaminan bekalan daging untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah mencukupi. Jaminan diberi meskipun kerajaan menghentikan sementara import kambing, lembu dan biri-biri hidup dari Australia sejak Julai lepas akibat wabak Hendra.

Abd Aziz berkata, sehubungan itu kerajaan membenarkan daging segar diimport dari Pakistan, Sudan dan Brazil, selain masih membenarkan pengimportan daging segar dari Australia.

"Kita tiada masalah daripada segi bekalan. (Cuma) Kita menghadapi masalah dari segi harga. Harga ni walaupun ada harga siling, tetapi kita risau ada pihak tertentu akan memanipulasi dengan cara menyimpan stok,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abd. Aziz berkata, larangan mengimport ternakan hidup itu merupakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan wabak yang berlaku sejak Jun lepas di negara itu tidak merebak ke Malaysia. — Bernama

Program Ala Pasar Tani

Mantai dipromosi seluruh negara


Mohamad Hasan melapah daging lembu ketika melawat gerai menjual daging segar pada Mantai Perdana 2011 di Seremban, semalam.


SEREMBAN 28 Ogos – Program Mantai Perdana Aidilfitri 2011 bukan sahaja akan dijadikan acara tahunan yang hanya diketahui masyarakat di negeri ini semata-mata, tetapi bakal dipromosikan ke seluruh negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, melihat pada keberkesanan dan maklum balas orang ramai yang begitu memberangsangkan, program itu akan dijadikan pusat sehenti bagi menemukan pembeli, penternak, peladang dan petani dalam urusan jual beli produk.
Malah katanya, langkah itu sebagai cara memudahkan pembeli untuk mendapatkan bekalan daging dan tani di satu tempat tanpa perlu ke bandar atau pasar menjelang musim perayaan pada kadar harga yang lebih murah.
‘‘Kita melihat program itu semakin berjaya setelah beberapa kali diadakan sebelum ini. Kita belajar daripada apa yang telah berlaku dan mahu menjadikan ia sebagai acara tahunan setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas melawat jualan daging dan tani di tapak bekas kem Paroi di sini, hari ini.
Turut sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.
Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Lembaga Pelancongan negeri dan Jabatan Pertanian negeri melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Mohamad berkata, beliau dimaklumkan harga jualan yang lebih rendah di pasar berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali seperti harga sekilo daging lembu dijual RM18 dan ayam pula RM7 sekilogram.
Menurutnya, pada Mantai Perdana itu, kerajaan menyediakan sebanyak 100 ekor lembu, 20 ekor kerbau, 50 ekor kambing, 2,000 ekor ayam daging, 2,000 ekor ayam telur daging, 2,000 ekor puyuh dan beberapa ekor itik dan rusa untuk dijual kepada orang ramai.

Bersara Awal Bela Kambing

Bersara awal jana pendapatan


Lamjari Sharif Tawang akan 'melayan' kambing ternakannya pada waktu pagi dan petang.



KOTA BELUD 28 Sept. - Pernah dikatakan oleh orang tua-tua bahawa di kawasan Pantai Emas di sini yang kini menjadi perkampungan nelayan, mendapat nama kerana kononnya pada suatu masa dahulu ketulan-ketulan emas sering ditemui di pesisiran pantainya yang putih melepak.
Kini ketulan-ketulan emas tidak lagi ditemui, atau mungkin ia sekadar mitos sahaja, namun bentuk emas lain pula muncul apabila beberapa industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan produk laut telah mendatangkan hasil lumayan kepada penduduknya.
Selain produk laut, terdapat juga industri lain yang turut menyinari kehidupan masyarakat di sana iaitu industri penternakan Kausar Farm diusahakan oleh seorang belia, Lamjari Sharif Tawang.
Bermula pada 2005 bermodalkan RM8,000, Lamjari, 34, mengusahakan tanah seluas 3 hektar untuk penternakan kambing.
Daripada hanya tiga ekor kambing dan dua buah kandang kecil, saban tahun hasil dan pendapatannya semakin meningkat, kambing pula semakin membiak, kandang juga terpaksa dibesarkan bagi menampung permintaan.
"Selain minat dalam perniagaan, saya ingin membuktikan kepada para belia bahawa hidup di kampung pun boleh mendapat hasil lumayan asalkan dapat memanfaatkan sumber sedia ada dengan baik," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ladangnya di sini, baru-baru ini.
Sebelum menjadi penternak, Lamjari adalah fasilitator di Biro Tata Negara (BTN) tetapi dalam masa yang sama turut aktif dalam dalam perniagaan jualan langsung (MLM) secara sambilan sehingga membawanya melawat ke Brunei, Sarawak dan beberapa buah negeri di Semenanjung.
Pengalamannya dalam perniagaan MLM telah membuka matanya untuk menerokai peluang perniagaan lebih luas, terutama penternakan dengan mengadaptasikan konsep MLM itu.
"Konsepnya hampir sama, cuma yang berbeza ialah di dalam MLM kita mencari orang bawahan dan berurusan dengan kerenah manusia, sedangkan dalam penternakan kambing, hasil datang sendiri setiap lapan bulan," katanya sambil tersenyum.
Bermula dengan hanya tiga ekor kambing, bilangan ternakannya terus bertambah sehingga 300 ekor pada 2008 tetapi terpaksa dikurangkan secara berperingkat kepada 150 ekor bagi menjaga kualiti dan kemudahan penyeliaan.
"Saya realisasikan apa yang bermain dalam fikiran saya dan ternyata keputusan saya bersara awal dari jabatan kerajaan untuk menceburkan diri dalam bidang ini sungguh berbaloi," tambahnya.
Di Kausar Farm, seekor kambing berusia sembilan bulan ke atas sudah boleh dijual kepada pelanggan. Untuk tujuan akikah dan korban, seekor kambing dijual dengan harga RM530 ke RM650 manakala untuk tujuan baka, ia dijual dengan harga RM800 ke RM1,500.
Sepanjang tahun lalu sahaja, Kausar Farm menjana pendapatan bersih lebih kurang RM30,000 hasil daripada aktiviti penjualan ternakan itu.
"Perniagaan ini tidak mempunyai saingan langsung, malah saya kadang-kadang tidak sempat mempromosikan ternakan apabila kebanyakan pembeli terus datang ke sini untuk menempahnya," ujarnya.
Jika dibandingkan dengan baka lain, kambing Boer dan Feral yang diternak di Kausar Farm mempunyai kelebihan tersendiri. Baka ini membesar dengan cepat dan mampu mencecah sehingga 30 kilogram dalam masa lapan bulan.
Setiap hari, pekerja-pekerja Kausar Farm akan memotong rumput jenis Napier dan Satria di kawasan ladang untuk diproses sebagai makanan asas ternakan sementara isirung kelapa sawit dan habuk padi menjadi makanan tambahan yang baik kepada ternakan itu.
"Saya menggaji dua orang pekerja di sini, khusus untuk menyelenggara dan membersihkan kandang serta memberi makan kambing setiap hari, selain menanam rumput untuk kegunaan sendiri," jelas Lamjari yang menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, Unit Pantai Emas.
Lamjar menerima anugerah High Achievers yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) di Kota Kinabalu pada 2008 atas daya usaha dan ketekunannya dalam bidang diceburi.
Kini Kausar Farm mempunyai tiga buah kandang dan sebuah stor peralatan ladang terus mengorak langkah dengan membuka ladang lembu tenusu di atas tapak seluas lima hektar, di sebuah kawasan di Pantai Emas dengan 20 ekor lembu tenusu sebagai permulaan.
"Para belia seharusnya tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, hanya dengan fikiran kreatif dan aset yang ada di kampung, kita boleh mencipta pekerjaan yang lebih menguntungkan, lebih terjamin dan lebih efisien," katanya.

MRCB, UPM bangunkan taman tani di Perak

MRCB, UPM bangunkan taman tani di Perak

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) melalui syarikat usaha samanya, Seri Iskandar Development Corporation Sdn. Bhd. (Seri Iskandar) akan membangunkan, Taman Seri Iskandar Agro-Technology di Perak.
Projek pembangunan taman pertanian seluas 305.2 hektar akan dilaksanakan dengan Andal Sempurna, syarikat milik Pusat Pembangunan Usahawantani (AgroPac), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Selain MRCB, Seri Iskandar juga dimiliki kepentingan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Timbalan Pengarah AgroPac, Profesor Madya Dr. Mahmud Tengku Muda Mohamad berkata, proses pembangunannya akan dimulakan pada bulan depan sebaik sahaja Mara menyelesaikan proses pengagihan wang pinjaman kepada para peserta projek berkenaan.
Mara merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembiayaan projek pertanian dan penternakan tersebut.
Beliau berkata, lebih 60 peserta yang terdiri daripada lepasan graduan universiti tempatan akan terlibat dalam projek berkenaan yang mana 35 daripada peserta itu akan terbabit dalam projek penanaman buah naga dan penternakan kambing.
Bakinya pula, jelas beliau akan terlibat dalam projek penanaman cendawan yang dijangka permintaannya di pasaran tempatan meningkat menjelang tahun depan.
Menurutnya, setiap peserta akan diperuntukkan sebanyak 0.8 hektar dan mereka layak menerima tambahan kawasan tanah pada masa depan bergantung kepada kejayaan projek masing-masing.
‘‘Kita hanya mengutamakan lepasan graduan universiti bukan sahaja daripada UPM tetapi juga universiti tempatan lain malah lepasan graduan lain yang telah berhenti daripada pekerjaan masing-masing juga boleh memohon,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Seri Iskandar dan Andal Sempurna di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Shahril Ridza Ridzuan.
Ditanya mengenai kos projek pembangunan tersebut, Shahril enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sementara itu, Dr. Mahmud memberitahu, daripada 305.2 hektar itu, 255.2 hektar akan dibangunkan sebagai projek pertanian, 44 hektar untuk kawasan penternakan dan baki empat hektar lagi untuk dimajukan bagi projek penternakan ikan serta penyelidikan dan pembangunan.
‘‘Projek pertanian itu akan kita khususkan kepada projek tanaman buah naga kerana permintaannya terhadap buah naga semakin bertambah terutamanya dari luar negara.
‘‘Kita jangkakan ia hasil buah itu akan dieksport ke Singapura, Brunei, Timur Tengah dan Eropah,’’ ujarnya lagi.
Tambah Dr. Mahmud, setiap peserta mampu meraih pendapatan lebih daripada RM4,000 hingga RM5,000 sebulan setiap hektar selepas tiga tahun ia dimajukan.

Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara dibuka 2007

Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara dibuka 2007

BRISBANE 22 Ogos – Malaysia akan membangunkan Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara di kawasan seluas 405 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak, tahun depan bagi meningkatkan bekalan ternakan tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pusat berkenaan yang dibangunkan oleh kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri masih dalam proses pembangunan infrastruktur melalui bantuan pihak swasta.
‘‘Pusat berkenaan dibangunkan bagi memastikan bekalan daging dan juga baka kambing jenis Boer sentiasa mencukupi untuk keperluan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang pengeluar baka Boer - Terraweena di sini, semalam.
Muhyiddin kini dalam rangka lawatan lima hari ke Australia bersama agensi-agen-
si di bawah kementeriannya yang turut disertai wartawan Utusan Malaysia dan TV3.
Muhyiddin berkata, bagi membangunkan pusat berkenaan, Persatuan Kambing Boer Queensland telah menawarkan kursus penternakan kambing, selain Institut Bioteknologi Kebangsaan juga akan memainkan peranan menghasilkan baka kambing terbaik.
Kambing Boer yang diternak di Malaysia akan diberikan makanan berkhasiat seperti kek kernel kelapa sawit (PCK), pelepah kelapa sawit (OPF) dan ‘silaj’ yang dapat membantu dalam tumbesaran.
‘‘Untuk projek itu, kerajaan pusat dan negeri mempunyai satu golden share atau pegangan saham masing-masing sebagai salah satu cara pemantauan serta mengurangkan risiko kegagalan,” tambah beliau.
Beliau menyarankan pihak swasta menjalankan pembiakbakaan secara kontrak dengan Australia dalam jangka panjang bagi menjamin bekalan sentiasa mencukupi memandangkan negara masih kekurangan bekalannya.

Teknologi pembiakan lembu

PEMBIAKAN dan Reproduksi Berbantu (Advanced Reproductive Biotechnology – ARB)meningkatkan kejayaan lembu bunting dan melahirkan anak kepada 90 peratus, berbanding 50 peratus jika dibiakkan secara semula jadi.
LADANG ternakan lembu milik Risda di Ulu Keratong, Rompin bukanlah tempat yang menyeronokkan untuk dikunjungi. Jalan masuk ke kawasan ternakan lembu itu yang diintegrasikan dengan ladang kelapa sawit dipenuhi batu-batu kerikil kecil, tidak diturap, banyak lubang dan berdebu.
Jika anda memandu ke ladang itu yang terletak di selatan Pahang dan berada kira-kira 50 kilometer dari bandar Segamat, Johor, kereta anda akan kotor, dan dalam keadaan cuaca panas sekarang, kalau anda membuka tingkap, muka anda akan menjadi kemerahan kerana debu.
Di ladang itu sedang berlaku satu aktiviti istimewa yang sedang diusahakan oleh Risda, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang ditubuhkan 25 tahun lalu bagi menyelaraskan penanaman semula getah oleh para pekebun kecil.
Risda memelihara kira-kira 2,808 ekor lembu di ladang-ladang kelapa sawit di Ulu Keratong daripada keseluruhan 8,922 ekor lembu yang sedang diternak oleh agensi itu di seluruh negara.
Konsep ternakan lembu di Ulu Keratong kini menggunakan kaedah pembiakan moden dikenali sebagai Pembiakan dan Reproduksi Berbantu (Advanced Reproductive Biotechnology – ARB) yang dijangka akan merevolusikan bidang ternakan lembu di negara ini.
Kira-kira sepuluh tahun lalu, Risda mengenal pasti ternakan lembu sebagai kaedah terbaik untuk mengawal rumpai secara biologi di ladang-ladang kelapa sawit. Lembu-lembu yang diternak di ladang didapati telah mengurangkan kos merumput sehingga 20 peratus.
Lembu-lembu membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di ladang-ladang dan pada masa yang sama menambah pendapatan kepada ladang melalui penjualan daging atau lembu hidup.
Bagaimanapun bermula pada Mei lalu, Risda dengan bantuan saintis-saintis dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah memperkenalkan konsep ARB di ladang-ladang kelapa sawitnya.
Dr. Tengku Azmi Tengku Ibrahim, bekas profesor veterinari di Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi konsultan kepada projek itu. Projek tersebut beroperasi di bawah anak syarikat Risda, Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd. (Espek).
Dalam taklimatnya sempena lawatan Pengerusi Risda, Datuk Abu Zahar Nika Ujang ke ladang ternakan di Ulu Keratong pada 3 Mei lalu, Dr. Tengku Azmi berkata, masalah semasa pengeluaran lembu di Malaysia ialah populasi lembu yang kecil, prestasi pembiakan rendah, pengurusan dan pemakanan tidak ekonomik dan harga lembu yang meningkat.
Tahun lalu penduduk Malaysia memakan kira-kira 90,000 tan metrik daging lembu bernilai RM500 juta. ”Para penternak kita hanya berupaya memenuhi 20 peratus daripada keperluan tersebut,” kata Dr. Tengku Azmi.
Nilai jualan daging lembu di negara ini memperlihatkan betapa cerahnya prospek bidang ternakan.
Dr. Tengku Azmi, para pegawai Espek dan saintis-saintis MARDI mencadangkan Risda menggunakan pendekatan alternatif kepada pengeluaran lembu di negara ini dengan menggabungkan ternakan ranching di ladang kelapa sawit dengan konsep pembiakan ARB.
Melalui kaedah ini, lembu-lembu di ladang Risda akan diternak secara integrasi dan dibiakkan menggunakan semua kaedah pembiakan meliputi persamaan galak, permanian beradas, pemindahan embrio dan pengawanan semula jadi.
Dr. Abas Mazni Othman, penyelidik MARDI yang mengetuai kerja-kerja pembiakan lembu dalam projek itu, berkata: ”Jika lembu-lembu dibiarkan membiak secara semula jadi, peluang untuk lembu-lembu bunting hanya 50 peratus.”
Beliau memberitahu pemberita: ”Dengan menggunakan kaedah ARB, kemungkinan untuk lembu-lembu betina bunting dan melahirkan anak boleh mencapai 90 peratus.”
Ujian dan kajian ke atas lembu-lembu di makmal menunjukkan kaedah tersebut adalah efisien. Menurut Dr. Abas, projek Risda itu merupakan program bioteknologi ternakan ARB komersial yang pertama di Malaysia.
Di Ulu Keratong minggu lalu, sebanyak 136 ekor lembu betina di ladang kelapa sawit Risda dikumpulkan untuk menjalani pemeriksaan galak dan melalui apa yang dipanggil penyelarasan estrus.
Ini merupakan program ARB kedua di ladang ternak agensi itu selepas percubaan pertama di ladang Terengganu Tengah Mei lalu.
Pada bahagian sulit lembu-lembu betina terlebih dahulu dimasukkan sejenis kapsul yang dapat menyediakan lembu-lembu keadaan galak untuk dilakukan permanian beradas, pemindahan embrio dan mengawan.
Seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Haiwan menimbulkan gelak ketawa semasa taklimat dengan menyamakan kapsul estrus itu dengan keupayaan pil Viagra yang dapat mengubati penyakit mati pucuk di kalangan lelaki.
Apabila Abu Zahar dan para pegawai Risda kemudian menyaksikan demonstrasi penyuntikan CIDR yang dilakukan oleh Dr. Abas ke atas lembu-lembu di ladang itu, mereka jelas tertarik dengan potensi program pembiakan ARB.
CIDR itu akan dibiarkan selama dua hari. Dua belas hari kemudian, Dr. Abas akan melakukan permanian beradas dengan menyuntik semen baka lembu jantan ke dalam uterus lembu-lembu betina.
Di Ulu Keratong minggu lalu, Dr. Abas dan pasukannya mengambil masa selama enam jam dari pukul 7 malam hingga 1 pagi untuk melakukan kerja-kerja penyelarasan estrus ke atas lembu-lembu betina.
Katanya, kira-kira 90 peratus lembu yang disuntik dengan air mani lembu jantan akan bunting.
Baki 10 peratus lembu betina yang tidak bunting akan dibiarkan bebas dalam kandang lembu-lembu jantan supaya pengawanan semula jadi berlaku.
Katanya: ”Langkah pembiakan bersepadu ini dilakukan supaya semua kaedah pembiakan dioptimumkan.”
Menurut Dr. Abas, waktu yang paling kritikal selepas permanian beradas ialah bulan pertama lembu-lembu itu bunting.
Pengguguran mudah berlaku. ”Jika tiada masalah dalam bulan pertama lembu-lembu itu bunting, biasanya sembilan bulan kemudian, lembu itu akan beranak,” katanya.
Lembu betina jarang melahirkan anak kembar. ”Seperti juga manusia, kebanyakan lembu hanya berupaya melahirkan seekor anak,” kata beliau lagi.
Pada peringkat permulaan projek dengan Risda, beliau hanya melakukan permanian beradas baka lembu jenis Charolis tetapi pada masa depan, saintis-saintis MARDI akan memperluaskan kaedah pembiakan di ladang-ladang Risda kepada pemindahan embrio.
Kata Dr. Abas: ”Teknologi yang kita gunakan sekarang juga berupaya menentukan jantina lembu-lembu yang akan dilahirkan. Ini akan kita lakukan pada masa depan.”
Pembiakan dengan teknologi itu akan memaksimumkan potensi reproduksi lembu, mempercepatkan pertambahan bilangan lembu dan membaiki kualiti gerompok lembu.
Dalam fasa kedua projek, para saintis MARDI dan Risda akan menghasilkan lembu-lembu kacukan dan baka tulen tenusu bagi membentuk gerompok lembu susu di ladang-ladang Risda.
Menurut Pengerusi Risda, Abu Zahar, pembiakan merupakan halangan utama industri ternakan lembu di Malaysia. Katanya, mengimport baka-baka lembu yang baik tidak lagi realistik memandangkan penurunan nilai ringgit sekarang.
Abu Zahar melalui anak syarikat Risda, Espek, menawarkan 4,000 ekor lembu betina untuk dibiakkan oleh Dr. Tengku Azmi dan Dr. Abas menggunakan pendekatan ARB.
Beliau percaya aktiviti Risda perlu dipelbagaikan menjelang pengkorporatan agensi tersebut.
Oleh kerana kawalan ternakan di ladang-ladang kelapa sawit menggunakan pagar letrik, tenaga kerja minimum digunakan iaitu tiga pekerja diperlukan untuk mengawal 1,000 ekor lembu.
Penternakan lembu-lembu di ladang-ladang kelapa sawit mempunyai kelebihan tersendiri.
Makanan lembu murah iaitu rumput asytasia, pengawalan lembu yang berkesan, bebas daripada penyakit, tahi-tahi lembu dapat digunakan untuk pembajaan tanaman dan persekitaran yang selesa.
Pelepah-pelepah kelapa sawit dan isirong kelapa sawit yang telah diproses juga boleh dijadikan makanan lembu.
”Pokok-pokok kelapa sawit meneduhkan ladang ternakan dan melindungi lembu-lembu daripada pancaran cahaya matahari. Lembu-lembu lebih produktif dalam keadaan teduh,” kata Dr. Tengku Azmi.
Atas faktor cuaca inilah, kesemua program permanian beradas di ladang-ladang Risda dilakukan pada waktu malam. Dr. Abas berkata, pensenyawaan benih lembu akan lebih mudah terjadi dalam keadaan suhu sejuk.
Projek pembiakan lembu menggunakan kaedah ini belum pernah dilakukan oleh para penternak komersial tempatan. Di Malaysia, para penternak hanya membiakkan lembu melalui proses pengawanan semula jadi.
Kebaikan pembiakan lembu melalui kaedah bantuan manusia ARB ialah anak-anak lembu akan dilahirkan serentak, kata Pengurus Jabatan Ternak Espek, Gopinathan Nambiar.
Jika 4,000 lembu betina menjalani program permainan beradas pada malam yang sama, hampir 4,000 ekor anak lembu akan dilahirkan serentak sembilan bulan kemudian.
Anak-anak lembu itu akan membesar dalam tempoh yang sama dan ini bagus untuk pemasaran.
Kamisran Ahmad, penolong pegawai ternakan Espek yang ditugaskan menguruskan lembu-lembu di Ulu Keratong pula berkata, lembu-lembu yang lahir serentak sudah pasti memudahkan pengurusan ladang.
Menurut beliau, menternak lembu di ladang kelapa sawit ada kelebihan dan kelemahan. ”Kelebihan ialah ia murah, tetapi lembu-lembu di ladang kelapa sawit selalu berada dalam keadaan stress.
”Setiap dua hari sekali kami perlu memberi lembu-lembu itu ubat antitekanan. Jika tidak diberi, lembu-lembu tidak bermaya, tiada selera untuk makan dan ini boleh membawa kepada kematian,” katanya.
Kata Kamisran, sungguhpun lembu-lembu itu boleh memakan pelepah dan daun kelapa sawit yang diproses, tetapi haiwan itu sebenarnya lebih sukakan rumput.
Kos bagi memelihara lembu yang dilahirkan menerusi proses semula jadi amat murah iaitu kira-kira RM60 seekor. Ini ialah kos keseluruhan sehingga lembu itu boleh dijual pada umur dua tahun. Kos ini termasuk ubat-ubatan lembu, makanan dan gaji para pekerja.
Purata harga jualan seekor lembu dewasa ialah RM1,000 seekor. Bagaimanapun, di bawah program permanian beradas, kos membiakkan seekor anak lembu adalah lebih mahal, dianggarkan sekitar RM260 seekor – iaitu termasuk RM200 untuk kos permanian beradas dan tambahan RM60 untuk membesarkan lembu itu.
”Memang lebih mahal tetapi oleh kerana lembu-lembu yang dibiakkan melalui program ARB terdiri daripada baka berkualiti, lembu itu lebih bernilai apabila dijual kelak,” kata Kamisran.
Saintis-saintis MARDI seperti Dr. Abas dan konsultan veterinari seperti Dr. Tengku Azmi telah membuktikan dalam kajian mereka di makmal-makmal bahawa pembiakan melalui cara bantuan manusia menyediakan prospek yang lebih baik bagi bidang ternakan lembu di negara ini.
Melalui kerjasama dengan Risda yang baru bermula, kepakaran mereka kini menghadapi ujian sebenar.
Abu Zahar percaya prospek keuntungan projek pembiakan lembu ARB amat menggalakkan. Pada sidang akhbar di Ulu Keratong minggu lalu, beliau berkata, Risda akan mengintegrasikan lebih banyak mini estet, kebun tanam semula serentak dan tanam semula berkelompok dengan ternakan lembu.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, beliau membayangkan Risda akan menceburkan diri dalam aktiviti hiliran ternakan lembu bermula daripada penyembelihan, pemerosesan makanan, daging hinggalah kepada pemasaran.
Dalam konteks kegawatan ekonomi sekarang, rancangan-rancangan ke arah mengurangkan import menjadi trend semua orang. Adakah kesungguhan Risda untuk menternak lembu bagi mengurangkan pergantungan import juga bersifat sementara?
Tidak, kata Abu Zahar. ”Kami komited dengan usaha ini.”

Thursday, September 29, 2011

Manfaatkan pertanian

Manfaatkan pertanian


NEGARA terpaksa mengimport 103,000 tan daging untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. - Gambar hiasan


WALAUPUN pernah gagal, dia akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah satu perniagaan.
Ahmat Termizi mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi.
"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika terpaksa menjadi pemandu lori," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilangnya di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.
Nasib mula berubah apabila dia menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996. Ahmat Termizi yang merupakan pengarah urusan syarikat itu memberitahu, dia turut memiliki beberapa anak syarikat termasuklah Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn. Bhd. dan Gemba Marketing Sdn. Bhd.
MAKANAN ringan seperti kerepek ubi mempunyai pasaran yang besar untuk dieksport - Gambar hiasan


Pengalaman 20 tahun
Pada tahun 2004, syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang dari Jabatan Pertanian. Sekali gus ia membuka lembaran baru untuk terus berkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.
"Selepas 20 tahun bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusi pasaran luar. Kini, hampir 20 peratus daripada keluaran kilang seperti karepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Dubai dan Vietnam," katanya.
Kilangnya yang menggaji kira-kira 20 pekerja tetap mampu menghasilkan tiga tan kerepek ubi kayu sehari. Buat masa ini, jualan kerepek ubi kayu dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun. Sebanyak 80 peratus pengeluaran untuk pasaran tempatan, manakala selebihnya bagi pasaran luar negara.
Menternak kambing
Seorang lagi usahawan, Mahathir Talib, 35, pula terlibat dalam bidang ternakan kambing secara komersial di Kampung Ulu Melaka, Alor Gajah, Melaka. Dia yakin bahawa sektor pertanian boleh menjadi sumber pendapatan lumayan jika bijak menggunakan peluang yang disediakan kerajaan.
Potensi sektor penternakan sememangnya amat luas. Malah, masih banyak lagi ruang yang boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan lagi sektor tersebut.
"Melihat kepada potensi ini, saya nekad menubuhkan syarikat MP Livestock di Kampung Ulu Melaka Pindah yang mengusahakan penternakan kambing, biri-biri, lembu dan kerbau," katanya ketika ditemui di ladangnya.
Mahathir memberitahu, pada permulaan operasi dia mempunyai 60 ekor kambing betina dan lima ekor kambing jantan daripada pelbagai baka seperti Jamnapari, Boer, Rubian, kampung (katjang), Sanean selain biri-biri Barbados, Lonte dan Malin.
Syarikatnya kini menjalin usaha sama dengan beberapa syarikat pembekal baka kambing di Malaysia selain membekalkan daging kambing segar. Kambing yang diternak Mahathir sekarang berjumlah 400 ekor dan syarikatnya mampu membekalkan 800 kilogram (kg) daging kambing segar setiap minggu.
"Harga kambing ketika ini memang bagus. Saya mampu menjual pada harga sekitar RM450 hingga RM1,800 seekor bergantung kepada berat dan bakanya," katanya yang kini mempunyai kandang bersaiz kira-kira 93 meter panjang dan 10 meter lebar di Kampung Ulu Melaka Pindah.
Tidak putus asa
Bagi Othman Abu Hassan, 50, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal Melaka walaupun bidang penternakan merupakan satu kerja yang mencabar, dia tidak pernah berputus asa kerana yakin ia mampu menjadi sumber rezeki utama jika diusahakan dengan cara yang betul.
Bermula awal tahun 2004 dengan modal RM1,000 Othman membeli empat ekor kambing kampung. Pada pertengahan tahun, dia membeli lagi 15 ekor kambing kampung berharga RM3,000. Setahun kemudian, Othman mula membeli lembu pula.
Jelas Othman, cabaran utama dalam penternakan ialah masalah penyakit. Jika ia berlaku pastinya kerugian besar terpaksa ditanggung apabila ternakan mati dalam jumlah yang banyak.
"Setakat ini saya mempunyai 140 ekor lembu dan 170 ekor kambing," katanya.
JIKA diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh perusahaan membuat kerepek mampu memberi pulangan yang lumayan.


Kebanyakan binatang ternakannya diberi makanan dedak yang dicampur dengan daun kelapa sawit, rumput, gula merah dan sagu rumbia.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Karim berkata, pada 2008 Malaysia terpaksa mengimport daging lembu sebanyak 103,000 tan bernilai RM883.9 juta dan 18,000 tan daging kambing bernilai RM188 juta.
Menurutnya, Sarawak dan Sabah berpotensi untuk dijadikan pusat ternakan lembu serta kambing secara komersial kerana Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia mengiktiraf Pulau Borneo sebagai pulau bebas penyakit kuku dan mulut haiwan.
"Setakat ini, Malaysia hanya mampu mengeluarkan 25 peratus bekalan daging walaupun kita mempunyai kemampuan untuk mengeluar lebih banyak daging bagi keperluan tempatan," katanya.
Sementara itu, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan secara serius pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasan Batang Lupar, Sarawak.
Jelasnya, industri asas tani memang berpotensi besar untuk meningkatkan ekonomi masyarakat desa. Diharapkan penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian dapat merangsang sektor tersebut di negara ini. - Bernama

Usia Muda Bukan Penghalang Menternak Lembu

KONTRAKTOR MUDA TERNAK LEMBU Sumber: Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

Telah ditakdirkan bahawa dia akan muncul sebagai usahawan berjaya dalam usia yang muda. Namun, laluan yang ditempuh ke arah pencapaian ini tidaklah semudah yang disangka.


Memasuki dunia pekerjaan pada usia 18 tahun, Muhammad Rohaimi Amiruddin tidak pernah menyesal. Biasanya, kebanyakan anak muda seusia itu memilih untuk meneruskan persekolahan di tingkatan enam atau ke kolej dan universiti.

Bagi mereka, hanya kecemerlangan akademik dapat menjanjikan masa depan yang lebih cerah. Namun begitu, melihat senario semasa, telahan itu nampaknya tidak tepat kerana kebanyakan siswazah sekarang masih ada yang menganggur walaupun telah tamat pengajian sejak dua atau tiga tahun yang lalu. Justeru, segelintir siswazah mula memandang ke hadapan dengan menceburi sektor pertanian atau penternakan.

Bagi Muhammad Rohaimi, 29, yang lebih mesra disapa Awang, pendidikan memang penting dalam kehidupan seseorang tetapi tidak semua orang berpeluang menjejak kaki ke menara gading.

Jika itu berlaku pada seseorang, janganlah berputus asa kerana seperti yang dijelaskan di dalam hadis, sebanyak 9/10 punca rezeki datangnya daripada sektor perniagaan.

Namun sebelum menceburi bidang perniagaan, Awang terlebih dahulu bekerja makan gaji di sebuah syarikat penyelenggaraan, Ready Care di Hospital Jerantut, Pahang selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sungguhpun berusia belasan tahun, Awang tidak seperti kebanyakan remaja yang lain. Dia sebaliknya memandang jauh ke hadapan sambil memikirkan apakah yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Mungkin telah ditakdirkan dia akan muncul sebagai usahawan muda yang berjaya, maka langkah pertama mula diatur bagi meniti satu demi satu anak tangga kejayaan.

"Pada tahun 2000, saya memohon lesen kontraktor dan berjaya memperolehnya. Saya tak berani nak berhenti kerja dan terus bekerja di Ready Care. Dalam masa yang sama, saya berusaha memohon projek-projek kecil di sekitar Jerantut.

Tiga tahun tiada projek

"Tiga tahun saya berusaha barulah saya dapat projek pertama dari Pejabat Daerah Jerantut iaitu membaik pulih Masjid Taman Negara. Nilai kerja yang diperoleh daripada projek itu adalah RM50,000. Saya masih belum mahu berhenti kerja dan dengan keuntungan yang diperoleh daripada projek tersebut, saya beli 10 ekor lembu untuk dipelihara," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Jerantut, Pahang.
AWANG menggunakan bahasa khas bagi memanggil lembu-lembunya untuk diberi air gula merah yang diletak di dalam bekas air mineral 1.5 liter.

Menurutnya, dia memilih kaedah integrasi iaitu lembu-lembu dilepaskan secara terkawal di kebun kelapa sawit miliknya ayah seluas 10 ekar. Kebun ayahnya terletak bersempadan dengan ladang sawit milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pahang (LKPP).

Tambahnya, tidak lama kemudian, dia menerima projek kedua. Dengan keuntungan yang diraihnya, Awang menambah bilangan lembu peliharaan.

Melihat potensi besar dalam kerja-kerja sebagai kontraktor dan ternakan lembu, Awang nekad berhenti kerja pada tahun 2005. Dia memilih berhenti kerja secara Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) dan menerima wang pampasan sebanyak RM15,000. Wang itu juga digunakannya untuk menambah bilangan lembu.

"Dalam tempoh satu tahun iaitu sejak pembelian pertama, jumlah lembu bertambah kepada 50 ekor dan dalam masa yang sama, saya turut menerima banyak projek menerusi syarikat Temin Maju Enterprise,'' ujarnya.

SAMBUTAN Aidiladha menjadi musim meraih rezeki yang berganda bagi golongan penternak. -

Gambar hiasan

Melihat potensi besar dalam ternakan lembu secara integrasi, Awang cuba memohon daripada LKPP untuk menyewa ladang sawitnya bagi meluaskan kawasan ternakannya. Kawasan yang disewa itu meliputi keluasan 4,000 ekar. Selain itu, Awang turut menerima projek membaja, meracun, memotong dan mengangkut buah sawit di ladang LKPP tersebut.

Usahawan muda yang merupakan suami kepada Norzaliani Mohd. Nordin, 29, dan ayah kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu jumlah lembu yang diternaknya kini mencecah kira-kira 450 ekor dan bilangan itu dikongsi dengan dua rakannya iaitu Shafie Sadi dan Fadli Hamat. "Jumlah lembu yang saya sendiri miliki melebihi 200 ekor dan bakinya dikongsi oleh Shafie dan Fadli,'' katanya sambil memberitahu jenis-jenis lembu ternakannya adalah Brahman, LID, Charolais, Droughtmaster dan KK.

Pasang pagar elektrik

Kata Awang, selain membekalkan lembu ternakannya ke pasar-pasar, dia juga menjualnya kepada orang ramai pada setiap kali musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Selain menjual lembu untuk tujuan aqiqah, korban, majlis kenduri dan sebagainya, Awang juga menjual baka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan ternakan lembu.
"Usia paling sesuai untuk menjual lembu-lembu ini adalah tiga tahun dan harganya sekitar RM2,000 hingga RM3,000 seekor mengikut saiz dan jenis lembu yang terbaik. Manakala harga untuk tujuan korban pula adalah antara RM1,700 hingga RM2,000 seekor," katanya.
Awang juga memberitahu, pihaknya turut menjual kulit lembu untuk pasaran di negara jiran, Thailand pada harga RM2.50 sekilogram (kg).
"Seekor lembu boleh menghasilkan antara 20 hingga 30 kg kulit, bergantung pada saiz lembu yang kami sembelih untuk tujuan korban, kenduri atau aqiqah. Misalnya, seekor lembu jenis Brahman boleh mencecah berat 60 kg,'' jelasnya sambil memberi lembu-lembunya minum air gula merah.
Mengenai pemberian air gula merah kepada haiwan ternakannya, Awang berkata, dia akan membeli pati air gula merah di kedai runcit sekitar Jerantut. Sedikit pati akan dibancuh di dalam air sebelum dimasukkan ke dalam botol-botol mineral 1.5 liter.
Menurutnya, air gula merah itu adalah sebahagian daripada diet mingguan lembu ternakannya, selain bertujuan menjinakkan haiwan tersebut.
"Apabila dipanggil dengan bahasa 'khas', lembu-lembu ini akan datang mengerumuni saya untuk mendapatkan air gula tersebut. Apabila sudah dikumpul, saya boleh memeriksa keadaan lembu sama ada sakit, cedera dan sebagainya.
Selain air gula merah, saya juga menyediakan ketulan garam untuk dijilat oleh lembu-lembut tadi. Garam ini juga merupakan sebahagian daripada diet mingguan lembu," ujarnya.

Tentang keselamatan pula, bagi memastikan lembu-lembunya tidak keluar dari kawasan ladang dan merayau di kebun sayur berhampiran, Awang memasang pagar elektrik di beberapa lokasi tertentu di sepanjang sempadan ladang sawit berkenaan.

"Saya hanya memasang pagar elektrik di beberapa lokasi tertentu bagi mengelakkan lembu-lembu peliharaan ini menceroboh kawasan orang lain. Misalnya di kawasan yang bersempadan dengan kebun sayur orang atau landasan kereta api," ujarnya.

Jelasnya, satu set pagar elektrik untuk memagar jarak 500 meter berharga RM1,700 dan bekalan elektrik yang dialirkan itu diperoleh daripada bateri kereta yang akan dicas semula apabila kehabisan kuasa.

"Setakat ini, saya pakai tiga set bateri kereta dan setiap satu berharga kira-kira RM300. Tentang lembu yang terkena renjatan elektrik di pagar ini, ia tidaklah menyakitkan kerana kuasa watt yang digunakan terlalu rendah. Ia sekadar untuk membuatkan lembu-lembu itu terkejut dan terus berlalu meninggalkan kawasan sempadan,'' katanya.

Menurutnya, sejak pagar-pagar elektrik itu dipasang, banyak lembu-lembunya dapat diselamatkan daripada dilanggar kereta api atau dicederakan oleh pengusaha kebun.

Mengenai perancangan masa depan, Awang berkata, dia mahu menambah jumlah lembu ternakan dan membina kandang mudah alih.

Kaedah penternakan lembu

Cara pengurusan lembu daging adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lembu tenusu. Ada empat cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging iaitu:

MELALUI kaedah fidlot, lembu-lembu pembiak berada di dalam kandang sehingga menjadi cukup gemuk untuk dipasarkan.

1. Meragut Lepas BebasLembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Cara ini amat sesuai bagi penternak/ pengusaha yang mempunyai keluasan padang ragut sendiri yang mencukupi. Ini memudahkan lembu-lembu membiak kerana lembu betina bebas bergaul dengan lembu-lembu jantan.

2. Berkurung atau Fidlot
Memelihara lembu secara intensif dalam kandang atau kurungan untuk pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan atau menggemukkan lembu dengan memberi makanan bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh tertentu. Dengan cara ini, lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 - 5% daripada berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada waktu pagi dan dedak diberikan pada waktu petang. Ruang lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

3. Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

4. Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita, kawasan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini, biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racun rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk meracun, di samping mengurangkan kos pembajaan ladang.


Ternak Lembu Teknologi Tinggi

Timur: Fidaf labur RM17j ternak lembu berteknologi tinggi

Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani - Berita Harian Online 29/4/08TPERUSAHAAN: 300 ekor lembu baka Jersey diternak oleh First Diary farm di Jlan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah.
PROSES PEMINDAHAN: Lembu baka Jersey berupaya
menghasilkan susu berkualiti tinggi.


Projek fasa pertama di kawasan seluas 200 hektar ternak 300 baka Jersey dalam tiga kandang berhawa dingin
ROMPIN: Pahang bakal muncul sebagai pengeluar susu lembu terbesar di negara ini, menerusi projek ternakan lembu berteknologi tinggi bernilai RM50 juta yang diusahakan syarikat Bumiputera, First Dairy Farm (M) Sdn Bhd (Fidaf).

Sebagai permulaan, Fidaf melabur RM17 juta dalam fasa pertama projek itu termasuk membeli 300 lembu baka Jersey berharga RM4 juta, membina infrastruktur asas dan prasarana lengkap seperti rumah pekerja, pejabat, stor menyimpan makanan ternakan, seliaan jentera dan mesin berteknologi tinggi.
Projek itu kini beroperasi di kawasan seluas 200 hektar di Kilometer 81, Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah.

Pengarah Urusannya, Muhammad Alwi Abdullah, berkata projek tenusu Fidaf dirancang mengikut empat fasa pembangunan dengan setiap fasa mengandungi 300 lembu, tiga kandang berhawa dingin berkonsepkan `free stall barn', dua kandang penjagaan dan dua kandang dikhususkan untuk anak lembu, selain sebuah bangunan pemerahan susu.

Beliau berkata, mengikut konsep ternakan itu, pihaknya mensasarkan mengeluarkan susu segar berjumlah antara 19,000 hingga 22,000 liter sehari.

Katanya, paling menarik, Fidaf turut melakukan pembaharuan dalam dunia penternakan yang dijangka menjadi contoh usahawan industri penternakan dan pertanian di Malaysia, apabila memperdengarkan alunan bacaan al-Quran dalam setiap kandang sebagai persediaan menghasilkan susu terbaik.

"Susu sangat penting untuk bayi dan kanak-kanak bagi pertumbuhan fizikal dan mental mereka supaya lebih sihat dan kita harap, kaedah ini menyumbang ke arah kesihatan yang lebih sempurna.

"Di sudut psikologi, bacaan al-Quran menenangkan jiwa dan haiwan juga sensitif dengan bunyi-bunyian.

"Setakat ini, kami sudah memperdengarkan alunan bacaan al-Quran sehingga 30 juzuk setiap hari di kandang berkenaan," katanya di sini semalam.
Mengulas pembabitannya dalam industri ternakan tenusu, Muhammad Alwi, 36, berkata minat dalam bidang itu mula wujud apabila melihat ibu bapanya menternak lembu ketika bekerja di ladang getah di Labis, Johor selama hampir 50 tahun lalu.

Malah, katanya, atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru, beliau pernah mengutus surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada usia 13 tahun menyatakan hasratnya membuka ladang tenusu.

"Selama 10 tahun, saya membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri tenusu negara dan pengurusan perladangan tenusu berorientasikan teknologi, sebelum merealisasikannya pada 1 September tahun lalu.

"Kebanyakan ladang penternakan di negara ini tidak mempunyai sistem pemakanan yang betul dan seimbang, program pembiakan dan pembakaan yang teratur selain kebersihan dan kawalan penyakit yang lebih sistematik dan tidak mengamalkan polisi `Good Animal Husbandary Practices'.

"Sebab itu, Fidaf sedia menggalas cabaran negara dalam penyediaan sistem pemasaran dan penghantaran lebih bersistematik sebagai jaminan produk tenusu sampai kepada pengguna dalam keadaan selamat dan berkualiti," katanya.

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Vancouver, Kanada, Muhammad Alwi, berkata pelaksanaan projek itu mendapat kerjasama Agro Bank yang menyalur pinjaman berjumlah RM10 juta sebagai modal permulaan dan dijangka menambah nilai pinjaman sehingga RM15 juta bagi fasa seterusnya sebaik saja pelaburan fasa pertama berjaya menepati sasaran.

"Semua lembu berusia antara 22 hingga 28 bulan itu kini sedang bunting sulung selepas melalui proses permanian berhadas di ladang asalnya di Australia dan dijangka beranak sekitar Jun dan Julai depan.

"Penternakan di sini menggunakan konsep berbeza kerana kami menyesuaikan keadaan cuaca dan persekitaran dengan haiwan dan bukan sebaliknya.

"Ini bermakna, ternakan dibiar menetap dalam kandang dan hanya keluar untuk menjalani proses pemerahan susu dalam bangunan disediakan," katanya.

Katanya, setiap kandang mempunyai suhu antara 20 hingga 24 darjah Celsius yang akan dipantau takat suhunya dari semasa ke semasa.

"Kandang ini mempunyai ciri keselamatan canggih kerana dilengkapi pintu kecemasan automatik yang terbuka jika berlaku gangguan bekalan elektrik.

"Untuk pemakanan, Fidaf memperuntukkan kawasan seluas 160 hektar sebagai kawasan penanaman rumput jenis bracharia daripada spesies 'rozizensis' untuk dibuat silaj yang menjadi makanan terbaik lembu tenusu.

"Rumput kering dan makanan tambahan juga turut diberi kepada lembu bagi memastikan penghasilan susu berkualiti tinggi," katanya.

Muhammad Alwi berkata, lembu ternakannya menjalani proses pemerahan susu dua kali sehari menggunakan mesin diimport dari Waikato Milking System, New Zealand.

Beliau berkata, masa sejam diambil untuk memerah 300 ekor lembu menerusi sistem pemerahan susu dikenali sebagai `Rotary Milking System'.

"Lembu baka Jersey menghasilkan susu berkualiti tinggi kerana kadar proteinnya 20 peratus lebih tinggi berbanding lembu lain dan lembu ini juga adalah spesies yang jinak," katanya.

FAKTA: Lembu berteknologi tinggi
· Sistem Glycol digunakan untuk menyejukkan susu yang mengambil masa tiga saat pada suhu serendah empat darjah Celsius bagi mengurangkan kadar pertumbuhan bakteria dalam susu bagi menjamin kualitinya.
· Projek ini diiktiraf Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sekali gus Fidaf mendapat kemudahan kerajaan negeri dan Pusat untuk meningkatkan pengeluarannya.
· Formulasi pemakanan tambahan untuk lembu dijalankan dengan kerjasama Cargill Feeds (M) Sdn Bhd, syarikat antarabangsa terulung dalam pemakanan ternakan.
· Fidaf yang mengamalkan taraf sistem biosekuriti, sedia memberi latihan kepada usahawan yang berminat dengan industri ini kerana permintaan terhadap produk tenusu semakin meningkat.
· Projek ini satu-satunya yang beroperasi di bawah pelan pembangunan industri tenusu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Muadzam Shah

Ternak Lembu Membawa Keuntungan


Memang berbaloi ternak lembu

lebih 400 ekor lembu dipelihara secara integrasi oleh tiga individu berbeza
di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.


Melihat sendiri bagaimana seorang penternak memanggil ternakan lembunya dengan 'bahasa' tersendiri, memang sesuatu yang mengasyikkan bagi mereka yang belum pernah berpengalaman menyaksikannya.
Tapi itulah yang boleh disaksikan semasa menemubual seorang penternak yang mempunyai hampir 200 ekor lembu di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.
Baginya, lembu pertama yang dibelinya dan diberikan nama Atan amat istimewa dan terus dipelihara sehingga ke hari ini.
Bagi penternak terbabit , bekerja keras dan bersemangat untuk memajukan diri adalah kunci baginya mencapai kejayaan.
Bermula dengan bekerja di bahagian penyelenggaraan di Hospital Jerantut, Pahang, lebih kurang 10 tahun lalu, Muhammad Rohaimi Amiruddin, 29, kini mempelbagaikan usahanya termasuk dalam industri ternakan.
'Karier' awalnya bermula sebagai kontraktor Kelas F semasa berkhidmat di Hospital Jerantut, yang mula membuka pintu rezekinya meskipun tiga tahun dilalui tanpa sebarang projek.
Tanpa mengenal putus asa, dalam tempoh tiga tahun itu, Muhammad Rohaimi tetap dengan tugasnya di Hospital Jerantut sehinggalah dia memperoleh projeknya yang pertama.
Hasil pendapatan daripada projek berkenaan dilaburkan dengan membeli 10 ekor lembu atas nasihat rakan-rakannya.
"Pada mulanya saya membeli baka lembu dan dilepaskan di kebun ayah saya," katanya semasa ditemui di ladang sawit Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) di Kampung Pisang, Jerantut, Pahang.
Apabila mendapat kontrak demi kontrak dan syarikat tempatnya bekerja menawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS), Rohaimi menerimanya. Setelah itu, bermulanya kehidupannya sebagai seorang penternak lembu dan kontraktor Kelas F.
Melabur
Hasil daripada pelbagai jenis projek yang diterima, Muhammad Rohaimi laburkan dengan membeli lembu bagi menambah bilangan ternakannya.
Selepas mendapat kontrak membersihkan ladang sawit LKPP seluas 4,000 ekar bersama-sama dengan dua rakan lain, Rohaimi mula membeli lebih banyak lembu untuk diletakkan di ladang berkenaan.
"Sebelum itu, dengan hanya beberapa ekor lembu saya letakkannya di sana, tetapi apabila saya mula menambah bilangan lembu kepada lebih 50 ekor, saya meminta kebenaran untuk menyewa tanah ladang bagi melepaskan semua ternakan tersebut," katanya.
Menternak lembu di kawasan ladang sawit, kata Rohaimi, amat menjimatkan kerana lembu yang dipelihara mudah mendapat makanan dan ladang juga bersih.
Najis lembu
Pada masa sama, najis lembu juga boleh digunakan untuk menyuburkan tanah di ladang kelapa sawit berkenaan.
Usahanya tidak diteruskan dengan menambah bilangan lembu dengan membeli pelbagai jenis lembu seperti Brahman, LID, Charolais, Kedah-Kelantan (KK) dan Draughtmaster daripada rakan-rakan dan penduduk sekitar daerah Jerantut.
Menyentuh mengenai kos menternak lembu secara integrasi, Rohaimi berkata, kosnya amat rendah kerana hanya perlu membeli air gula, ubat-ubatan dan garam.
Bagaimanapun, dia u perlu membeli tiga set pagar elektrik bagi mengelakkan ternakan tersebut merayau keluar ke kebun penduduk kampung.
"Satu set pagar elektrik bagi kawasan 10 ekar lengkap dengan bateri berharga sekitar RM2,000," katanya.
Sehingga kini ladang berkenaan menjadi tempat tinggal lebih 400 ekor lembu daripada tiga individu yang berlainan.
"Di sini kami sama-sama menjaga ternakan secara gotong-royong kerana kami mengenali lembu masing-masing.
"Setiap hari pekerja akan meninjau keadaan lembu dan mengenalpasti masalah seperti penyakit dan masalah lain," katanya yang mempunyai enam orang pekerja untuk tugas-tugas membersihkan ladang.
Setiap petang beliau yang mempunyai hampir 200 ekor lembu akan pergi meninjau keadaan lembunya sambil membawa bancuhan air gula merah.
Menyentuh mengenai pasaran, Rohaimi berkata setakat ini pasaran lembu amat menggalakkan terutama menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
Bagaimanapun Rohaimi biasanya akan membeli lembu-lembu lagi bagi menggantikan lembu yang telah dijual.
Bercerita mengenai perancangan masa depan, anak muda yang penuh wawasan ini merancang untuk menambahkan lagi bilangan lembu-lembunya.
"Apabila saya menjual lembu, saya akan membeli lagi untuk menambah bilangan ternakan saya," katanya dengan penuh semangat.
Petikan dari Utusan Online..

Petani, Penternak Lembu Kambing Diminta Daftar

BH Sentral Jun 16, 2010 p.006                                     
Petani, penternak diminta daftar                                      

KUALA LUMPUR: Petani dan penternak diminta mendaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang di kawasan
masing-masing bagi memudahkan kerajaan menjalankan pemantauan serta menyalurkan bantuan untuk
meningkatkan pendapatan golongan sasaran.
  Pengerusi  Lembaga  Pertubuhan  Peladang  (LPP),  Datuk  Zainal  Dahalan,  berkata  hingga  kini  hanya
780,000 mendaftar  sebagai  ahli  sedangkan mengikut  anggaran,  jumlah  berkenaan  hanya mewakili  85
peratus daripada keseluruhan peladang.
  "Kita  akan meminta  Pejabat  Pertubuhan  Peladang  Kawasan  (PPK)  di  seluruh  negara mengemas  kini
data ahli dalam usaha membolehkan kerajaan mendapat maklumat  lengkap berhubung  jumlah petani
yang berjaya serta bilangan yang masih memerlukan bantuan.
  "Data  lengkap  ini  dapat membantu  kerajaan merangka  bantuan  bersesuaian  yang  perlu  disalurkan
sejajar  hasrat menambahkan  pendapatan  peladang,  selain meningkatkan  hasil  pengeluaran  pertanian
negara," katanya selepas memberikan taklimat kepada Pengarah LPP Negeri, di sini.
  Beliau  berkata,  pengemaskinian  data menjadi  antara  pemangkin  ke  arah meningkatkan  pengeluaran
produk pertanian  lain bukan  sekadar besar  seperti hasil  ternakan  ikan,  lembu dan  kambing,  tanaman
pelbagai sayuran dan buah-buahan untuk mengurangkan kadar import.
  "Kita memerlukan  kerjasama  dan  usaha  keras  semua  ahli  di  seluruh  Negara  untuk menggembleng
tenaga meningkatkan produktiviti, sekali gus pengeluaran produk pertanian bagi memenuhi keperluan
dalam negara.
  "Pada masa sama pelbagai usaha juga giat dijalankan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda
menyertai  bidang  pertanian  dengan  membuka  peluang  kepada  graduan  berminat  menyertai  kursus
lanjutan dalam bidang ini," katanya.
  Zainal  berkata, matlamat memperkasakan  Bumiputera  dengan mengaplikasikan modul  insan  antara
teras  yang  digunakan  LPP  termasuk melaksanakan  Program  Peluang  Kedua  iaitu  memberi  tumpuan
kepada peladang yang sebelum ini pernah gagal.
  "Jika perlu kita akan bimbing peladang  itu dari segi pengurusan atau memberi suntikan modal kerana
banyak sebab yang mengakibatkan usaha mereka terbengkalai seperti kekurangan saluran pasaran dan
sebagainya," katanya.

Usah Ghairah Eksport Produk Tani

Jan 19, 2011

Usah ghairah eksport produk tani

 KUALA  PILAH:  Kerajaan  negeri  mahu  agensi  pertanian  membuat  pemantauan
terhadap  aktiviti  pemasaran  produk  pertanian  yang  diusahakan  usahawan  bagi 
memastikan  sekurang-kurangnya  30  peratus  hasil  pertanian  di  pasarkan  di  dalam
negeri bagi mengelak kekurangan bekalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat, berkata ketika  ini usahawan  tani  lebih ghairah
memasarkan produk masing masing di  luar negeri  terutama ke Pasar Besar Selayang,
Kuala Lumpur atau Johor Bahru, Johor.

  Beliau  berkata,  tindakan  itu menyebabkan  keperluan  bahan makanan  seperti  sayur,
buah  dan  produk  akuakultur  penduduk  tempatan  terjejas  dan  terpaksa  pula
mendapatkan bekalan daripada luar negeri.

  "Usahawan  tani  yang  menjalankan  aktiviti  pertanian  sepatutnya  mengutamakan
keperluan  dan  kepentingan  penduduk  tempatan  sebelum  dipasarkan  di  luar  negeri
tetapi apa yang berlaku, kita dapati mereka lebih mengutamakan pasaran di luar negeri
ini.

  "Sehubungan  itu,  agensi  pertanian  perlu membuat  pemantauan  terhadap  usahawan
jagaan masing masing supaya produk atau hasil pengeluaran yang mereka keluarkan
mengutamakan kepentingan pasaran tempatan," katanya.

  Beliau  berkata  demikian  ketika  berucap  pada  Majlis  Penyerahan  Sembilan  Jentera
Lembaga Pertubuhan Peladang  (LPP)  kepada Pertubuhan Peladang Negeri  (PPN) di
Bengkel Kejenteraan PPN di sini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN)
Pilah, Adnan Abu Hassan; Ketua Pengarah LPP, Arpan Shah Satu dan Pengerusi PPN
negeri, Datuk Ibrahim Jahaya.

  Yunus yang  juga ADUN Kuala Klawang berkata, kerajaan negeri sudah menetapkan
tahun  ini  sebagai  tahun  memperhebatkan  usaha  menjana  aktiviti  pertanian  dalam
usaha  meningkatkan  pengeluaran  makanan  dalam  negeri,  selain  membantu
meningkatkan pendapatan pengusaha.

  Sehubungan  itu,  beliau menggesa  Pertubuhan  Peladang  Kawasan  (PPK)  dan  LPP
negeri,  bergerak  aktif  dalam  mempelbagaikan  aktiviti  pertanian  dan  mengenal  pasti
setiap kekangan yang boleh menjejaskan usaha untuk merealisasikan matlamat itu.

  "Sebagai pertubuhan yang berada di peringkat akar umbi, PPK perlu berusaha gigih
membantu  ahli  menggerakkan  aktiviti  dan  meningkatkan  keupayaan  mereka  bagi
memastikan setiap projek yang dijalankan berdaya saing serta menghasilkan kejayaan,"
katanya.
 
(Sumber :: Berita Harian)

Penternak Tenusu Dapat Wang ihsan

Penternak tenusu dapat wang ihsan

 Noh Omar (tengah) dan Abdul Aziz Jamaludin (dua dari kanan) memegang replika cek bersama
sebahagian daripada 66 penternak yang menerima sumbangan wang ihsan pada Majlis Penyerahan
Sumbangan Wang ihsan Kepada Penternak Lembu di Dewan Serbaguna di Bangunan Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mac - Prihatin dengan nasib penternak lembu tenusu yang mengalami kerugian akibat
serangan penyakit kuku dan mulut sejak Disember lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
bersetuju menyumbangkan wang ihsan RM1.5 juta kepada 66 penternak terlibat dari seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, sumbangan itu merupakan sagu hati kerajaan ekoran
kerugian dialami penternak memandangkan lembu ternakan mereka tidak menghasilkan susu yang banyak disebabkan serangan penyakit berkenaan.

Jelasnya, meskipun jumlah sumbangan itu dilihat agak besar, namun ia sebenarnya hanya mampu menampung kira-kira 70 peratus daripada kerugian yang dialami para penternak itu.

"Kita tidak bayar penuh kerana ini bukan ganti rugi tetapi merupakan tanda simpati kerajaan kerana
pendapatan mereka berkurangan disebabkan serangan penyakit itu.

"Pembayaran akan dibuat dalam tiga peringkat dan hari ini merupakan peringkat pertama berjumlah
RM314,783.25. Selain pemberian wang ihsan, kementerian turut menggantikan lembu-lembu yang mati
dengan lembu baru yang kesemuanya berjumlah 56 ekor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan wang ihsan tersebut kepada 66
penternak terlibat di Dewan Serbaguna, Parlimen di sini hari ini.
 Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin dan timbalannya,
Datuk Dr. Ahmad Suhaimi Omar.

Terdahulu, Noh dalam ucapannya menasihatkan para penternak terlibat agar tidak berputus asa ekoran
serangan penyakit itu dan sentiasa berusaha meningkatkan hasil tenusu dengan pelbagai cara terutama
menerusi penggunaan teknologi terkini.

"Jangan kecewa kerana sektor tenusu berada di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang
mana kerajaan menyasarkan untuk memperoleh 70 juta liter hasil tenusu menjelang 2020 berbanding
cuma 20 juta liter kini.

"Disebabkan itu, kita mempunyai peruntukan berjumlah RM32 juta yang akan kita belanjakan untuk
tujuan tersebut. Jadi, kementerian akan terus memberi bantuan dan anda usah berputus asa," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyarankan agar ditubuhkan persatuan penternak yang mempunyai
hubungan dengan Jabatan Veterinar agar suara mereka dapat dibawa ke peringkat atasan.

"Kita ada persatuan nelayan, persatuan peladang tetapi tiada persatuan penternak yang tersusun dan
benar-benar berhubung rapat dengan Jabatan Veterinar. Jadi, saya minta Jabatan Veterinar usahakan
perkara ini dengan kerjasama para penternak.

"Kalau boleh adakan persatuan itu di setiap kawasan Parlimen. Kalau itu pun sukar, buat di peringkat
daerah sudah memadai," katanya.

Sektor Pertanian Penyumbang Transformasi Negara

Sektor pertanian penyumbang transformasi negara

KUALA LUMPUR 22 April 2011 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah amat penting untuk melihat
perkembangan  sektor  pertanian  dalam  konteks  sumbangan  kepada  transformasi  negara  yang  sedang
giat diperjuangkan kerajaan ketika ini.

Sektor  pertanian  juga,  kata  Perdana Menteri, merupakan  sebahagian  daripada  agenda  transformasi
negara yang berdasarkan kepada perancangan tersusun dan sistematik serta bersifat menyeluruh.

''Jangan  hendaknya  ada  di  kalangan  kita  yang  salah  tanggapan  bahawa  kerajaan  hanya  memberi
tumpuan kepada sektor korporat atau pembangunan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja.

''Tetapi perubahan dan transformasi besar ini mesti juga meliputi kawasan luar bandar di seluruh  tanah
air," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan
2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Pada  majlis  sama  Najib  turut  melancarkan  pasukan  Kor  Tani  iaitu  kumpulan  yang  terlibat  secara
langsung dalam pelbagai aktiviti pertanian dan portal AgriBazaar bertujuan mempromosikan perniagaan
dan perdagangan antara pengeluar serta pembekal produk dan hasil pertanian secara atas talian.

Najib  menambah,  selaras  dengan  penekanan  kerajaan  terhadap  sektor  pertanian  itu  juga,  adalah
penting untuk kerajaan melihat tiga ancaman jangka panjang dalam sektor itu yang tidak hanya dihadapi
oleh Malaysia malah oleh seluruh negara.

Tiga  ancaman  itu  kata  Najib,  adalah  jaminan  bekalan  makanan  dan  peningkatan  harga  barangan
makanan, jaminan bahan tenaga serta cabaran kepanasan global dan perubahan iklim.

''Justeru, adalah penting untuk memastikan sejauh mana kita sebagai sebuah negara mampu membuat
persediaan dan perancangan untuk mengurangkan kesan daripada ancaman utama global itu terhadap
sektor pertanian negara," jelas beliau.

SUMBER::
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Pengimportan Daging Kerbau dari India

Kenyataan Media : Pengimportan Daging Kerbau dari India Link Asal

  • Tahap sara diri bagi daging lembu di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 27%. Pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri 40% menjelang 2015. Bagi menampung keperluan negara, Malaysia perlu mengimport daging dari luar negara seperti India (80,000 tan metrik atau 80% daging kerbau) dan selebihnya diperolehi daripada Australia, New Zealand, Uruguay, Argentina dan Brazil. Sebahagian kecil daging import ini diproses menjadi produk tambah nilai dan dieksport semula.
  • Pengimportan daging kerbau dari India telah lama dijalankan semenjak awal 80-an lagi. Sehingga kini, semua proses pengimportan termasuk pengeluaran dokumen seperti Sijil Kesihatan Veterinar, Sijil Halal dan label pembungkus daging yang dikeluarkan oleh pihak di India jelas menyatakan daging yang diimport adalah daging kerbau. Perkataan Buffalo Meat digunakan dan bukannya Indian Beef memandangkan ia merupakan isu sensitif di India. Di samping itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang mengeluarkan permit import jelas mencatitkan perkataan daging kerbau dalam permit yang dikeluarkannya. Lanjutan daripada itu, pemeriksaan bagi tujuan verifikasi juga dijalankan dipintu-pintu masuk negara yang kini dipertanggungjawabkan kepada MAQIS. Isu yang sama ini juga pernah banyak kali dibangkit dan dijelaskan oleh Menteri Pertanian di dalam Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan dari beberapa Ahli Parlimen.
  • Malaysia membenarkan pengimportan daging dari Indua dengan mengambil kira beberapa kaedah-kaedah pencegahan penyakit tersebut dari merebak ke dalam negara. Malaysia kini masih tidak bebas daripada Penyakit Kuku dan Mulut (PKM) / Foot and Mouth disease (FMD) dan berusaha untuk mencapai status bebas penyakit PKM / FMD menjelang 2015. Indonesia tidak membenarkan pengimportan daging kerbau dari India untuk mengekalkan status bebas PKM / FMD iaitu sejenis penyakit ternakan yang mudah menular di kalangan ternakan yang berkuku seperti lembu, kambing, unta dan sebagainya.
  • Sebelum pengimportan dibenarkan, pegawai-pegawai dari JPV, JAKIM dan Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas loji-loji yang memohon untuk eksport ke Malaysia. Hanya loji yang mematuhi syarat-syarat Sanitari dan Pitosanitari (SPS) dan Halal sahaja yang diluluskan. Ini memberi jaminan pengimportan daging kerbau ini tidak akan berlaku sebarang risiko penularan penyakit ke Malaysia dan selamat untuk dimakan.
  • Terdapat perbezaan antara daging lembu dan kerbau dari aspek teksturnya terutama sekali apabila ternakan semakin tua. Walau bagaimanapun, kualitinya juga bergantung pada pelbagai faktor lain dan bukan hanya disebabkan penggunaan ternakan tersebut untuk membajak dan sebagainya sahaja. Antara faktor tersebut adalah umur sembelihan dan pemakanan.
  • Sebanyak 60 buah syarikat pengimport telah dibenarkan mengimport daging dari luar negara. Walau bagaimanapun, hanya 20 pengimport sahaja yang aktif mengimport daging memandangkan bidang ini melibatkan pengendalian bahan mudah rosak atau perishable goods yang memerlukan penyediaan logistik yang sesuai dan mencukupi. Kos untuk membangun dan menyelenggarakannya adalah tinggi dan hanya segelintir sahaja syarikat-syarikat Bumiputera seperti Ramly Food Sdn. Bhd. yang masih aktif. Melalui aktiviti-aktiviti bersama dengan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) serta beberapa pendekatan lain, diharap akan dapat meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang ini.
  • Kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan pengeluaran daging untuk memenuhi keperluan tempatan. Sementara itu, negara masih perlu mengimport daging daripada luar negara. Walau bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama JPV akan memastikan daging yang diimport ini selamat untuk dimakan.
 

Paparan : 1044
Tarikh Akhir Dikemaskini : 01 Oktober 2010

Susu Ibu Dari Lembu

Cows make 'human' milk

Richard Gray, London
April 4, 2011
SCIENTISTS in China have created genetically modified cows that produce ''human'' milk.

The scientists successfully introduced human genes into 200 dairy cows to produce milk with the same properties as human breast milk.

The scientists behind the research believe that milk from herds of genetically modified cows can provide an alternative to human breast milk and formula milk for babies.

Critics of the technology and animal welfare groups reacted angrily to the research, questioning the safety of milk from genetically modified animals and its effect on the animals' health.

Ning Li, the scientist who led the research and director of the State Key Laboratories for agro-biotechnology at the China Agricultural University, insisted that the genetically modified milk would be as safe to drink as milk from ordinary dairy cows.

''The milk tastes stronger than normal milk,'' he said. ''Within 10 years, people will be able to pick up these products at the supermarket.''

Helen Wallace, director of GeneWatch UK, a biotechnology monitoring group, said: ''We have major concerns about this research. There are welfare issues with genetically modified animals as you get high numbers of stillbirths.

''There is a question about whether milk from these cows is going to be safe for humans and it is really hard to tell that unless you do large clinical trials like you would with a drug.''

Professor Li and his colleagues said they had produced a herd of about 200 cows that were able to produce human-like milk.

The researchers used cloning technology to introduce human genes into the DNA of dairy cows before the genetically modified embryos were then implanted into surrogate cows.

During two experiments by the Chinese researchers, which resulted in 42 transgenic calves being born, just 26 of the animals survived.

Writing in the Public Library of Science One, a scientific peer-reviewed journal, the researchers said they created cows that produced milk containing a human protein called lysozyme, which helps protect infants from bacterial infections during their early days.

The researchers have also created cows that can produce another protein from human milk, lactoferrin, which helps to boost the number of immune cells in babies.

TELEGRAPH

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP