TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791
KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA
LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH
Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)
a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760
b) Kambing Boer 35-40kg RM760
c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760
Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja
Pakej Kambing Aqiqah
Thursday, September 29, 2011
Sektor Pertanian Penyumbang Transformasi Negara
Sektor pertanian penyumbang transformasi negara
KUALA LUMPUR 22 April 2011 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah amat penting untuk melihat
perkembangan sektor pertanian dalam konteks sumbangan kepada transformasi negara yang sedang
giat diperjuangkan kerajaan ketika ini.
Sektor pertanian juga, kata Perdana Menteri, merupakan sebahagian daripada agenda transformasi
negara yang berdasarkan kepada perancangan tersusun dan sistematik serta bersifat menyeluruh.
''Jangan hendaknya ada di kalangan kita yang salah tanggapan bahawa kerajaan hanya memberi
tumpuan kepada sektor korporat atau pembangunan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja.
''Tetapi perubahan dan transformasi besar ini mesti juga meliputi kawasan luar bandar di seluruh tanah
air," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan
2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Pada majlis sama Najib turut melancarkan pasukan Kor Tani iaitu kumpulan yang terlibat secara
langsung dalam pelbagai aktiviti pertanian dan portal AgriBazaar bertujuan mempromosikan perniagaan
dan perdagangan antara pengeluar serta pembekal produk dan hasil pertanian secara atas talian.
Najib menambah, selaras dengan penekanan kerajaan terhadap sektor pertanian itu juga, adalah
penting untuk kerajaan melihat tiga ancaman jangka panjang dalam sektor itu yang tidak hanya dihadapi
oleh Malaysia malah oleh seluruh negara.
Tiga ancaman itu kata Najib, adalah jaminan bekalan makanan dan peningkatan harga barangan
makanan, jaminan bahan tenaga serta cabaran kepanasan global dan perubahan iklim.
''Justeru, adalah penting untuk memastikan sejauh mana kita sebagai sebuah negara mampu membuat
persediaan dan perancangan untuk mengurangkan kesan daripada ancaman utama global itu terhadap
sektor pertanian negara," jelas beliau.
SUMBER::
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment