TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Tuesday, September 27, 2011

Raya Qurban

 MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN
Oleh:
Ustaz Sayed Hasan Alatas
 
'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan ujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:
“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya: 
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai munafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
 
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. 
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP