A. Asas Pemilihan
ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:-
- Permintaan / keperluan pasaran
- Penetapan berat awal.
- Peningkatan berat badan
- Sasaran berat akhir atau berat jualan.
B. Baka dan Jantina
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :
- Baka import. Contoh : Australian-Brahman, Droughmaster, Shorthorn danBaka import. Contoh : Australian-Brahman, Droughmaster, Shorthorn dan
- Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK).
- Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore. Jantina lembu yang sesuai untuk penternakan fidlot adalah jantan sahaja. Bagaimana pun, lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga boleh dan telah terbukti memberikan pulangan yang baik.
Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk penternakan fidlot adalah jantan sahaja. Bagaimana pun, lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga boleh dan telah terbukti memberikan pulangan yang baik.
C. Umur dan Berat Badan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut :
- Umur antara satu hingga satu setengah tahun.
- Berat awal antara 200 - 250 kg (baka import atau kacukan) dan 150 – 200 kg (baka tempatan atau KK).
- Bagaimanapun, penentuan berat awal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan pemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki).
Jadual 2 menunjukan contoh penentuan pemilihan ternakan fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan berat badan dan target berat akhir (baka import atau kacukan).
Berat Awal (kg)
| Peningkatan Berat Badan Harian (kg/hari) | Tempoh Pemeliharaan (hari) | Berat Akhir (kg) |
200 | 0.8 | 180 | 344 |
250 | 0.8 | 120 | 346 |
(Nota : Peningkatan berat badan harian tertakluk kepada baka ternakan, pemakanan dan berat awal)
D. Status Kesihatan
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan telah disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama :
- Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut.
- Pastikan lembu adalah bebas dari infestasi kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing.
- Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan.
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil pengiktirafan kesihatan atau bebas penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
No comments:
Post a Comment