TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Thursday, September 29, 2011

Pemasaran Lembu

Pemasaran lembu fidlot adalah merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju dan mapan atau sebaliknya. Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebaliknya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan.  Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.

2.1   Jenis-jenis Pemasaran

 Terdapat empat  kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot :

 Jualan lembu hidup kepada peraih ( butcher ),
  1. Jualan lembu hidup untuk akikah
  2.  Jualan lembu hidup untuk korban
  3. Jualan runcit secara tunai.
Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih (butcher).Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan.

Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan,  perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Adalah penting menjalankan sistem fidlot berperingkat,  diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.


Kumpulan

Bulan Ternakan Masuk
Berat Badan Masuk (kg)
Kenaikan Berat Badan Harian (kg/hari)
Target Berat Badan Jualan (kg)
Target Jualan (bulan)
 
Pertama

Ogos
230–260 kg
1.0 kg/hari
350–380 kg

Hari Raya Aidil Fitri    (Disember)
 Kedua

Oktober
180–230 kg
1.0 kg/hari
300–350 kg
Hari Raya  Korban     (Februari)
 Ketiga

Sepanjang masa
230–260 kg
1.0 kg/hari
350–380 kg
Jualan hidup kpd  ‘butcher’   (Jan - Dis) 
Jadual 1:Contoh strategi pemasaran bagi operasi penternakan fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari)

2.2   Networking
Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih.Berlaku juga dalam keadaan tersebut di mana pengusaha bermasaalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan di bawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikan boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

Bagi mengatasi keadan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru memperomosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada. Dengan mengamalkan networking sedemikian, pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. Jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.
2.2   Penjualan Secara Tunai
Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit.Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.

Kebanyakan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan. Adalah dianggarkan sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. 

Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa perkerja dan kenderaan pengangkutan khas. Semua usaha ini adalah untuk mempelbagai aktiviti pejualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan.


Pengusaha Fidlot yang berjaya memasarkan hasil mereka terus kepada pelanggan secara tunai
 Link Asal Artikel
 

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP