Assalamu'alaikum Wrmbth, Banting adalah tempa kelahiran legenda badminton negara iaitu tempat asal keluarga haji sidek. Bulan Februari 2012 ni, kami menerima tempahan kambing aqiqah daripada encik Faisal. Memang awal tempahan ini untuk mengelakkan kesukaran berebut stok kambing berdekatan tarikh majlis. Encik Faisal menghubungi saya untuk berbincang mengenai harga kambing bagi tujuan aqiqah dan spesifikasi kambing dengan harganya. Kebetulan semasa Encik Faisal telefon kambing tengah banyak atas kandang jadi pilihan lebih banyak. Setelah berunding dengan harga kambing tersebut, dipersetujui harga kambing itu adalah RM780 siap sembelih lapah dan hantar. Hantar hari jumaat.
|
Monumen Badminton di Perkarangan rumah keluarga sidek |
|
Banting ni tempat asal Dato' Misbun Sidek |
Jarak perjalanan daripada Kampung Batu 3 atau pun rantau panjang ke banting adalah dalam 30km melalui bukit tinggi klang sejangkang dan akhirnya banting. Boleh tahan juga perjalanan tu tapi saya pun dah lama tak kesana jadi peluang memang tidak saya lepaskan. Hehe. Pada harga kambing aqiqah RM780, anda tidak perlu bersusah payah menyembelih dan melapah. Tinggal masak saja daging kambing tersebut. Kecuali kawasan kediaman anda tinggi semangat kejiranannya satu nilai yang lebih tinggi daripada harga kambing. Orang tua-tua kata jiran sepakat membawa berkat. Kami di
UMM BARAQAH RESOURCES mendoakan supaya anak En Faisal menjadi insan bertakwa insyaallah.
|
Kesukaran sembelih kambing berseorangan jika tidak biasa, hubungi UMM BARAQAH RESOURCES |
|
Mungkin Encik Faisal nak masak kari kambing kawah. Nyum2. |
No comments:
Post a Comment