Assalamu’alaikum Wrmbth, En Habibullah daripada Subang Jaya telah menghubungi saya untuk bertanyakan harga kambing aqiqah dan jika jadi menempah terus kambing aqiqah bagi majlis marhaban anak perempuan keduanya bertempat di kediamannya Subang Court Perdana 5. Harga kambing yang saya tawarkan kepadanya ada RM750 dan dia berhasrat melihat sendiri kambing ini di kandang sebelum disembelih kerana katanya dia telah pergi ke beberapa buah kandang kambing untuk membuat pemiihan dan kurang berpuas hati dengan harga kambing dan saiz kambing ditawarkan.
|
En Habibullah di Subang Court Menghubungi saya untuk Harga Kambing |
Tanggungjawab sebagai ibubapa adalah melaksanakan aqiqah untuk anaknya dan ibadat aqiqah adalah sunat muakkad dalam islam iaitu sunat yang sangat dituntut (tetapi tidak sampai kepada wajib). Antara sunat muakkad lain dalam ibadat ialah sembahyang jumaat untuk lelaki. Selepas datang ke kandang untuk berunding harga kambing aqiqah dan berbual dengan encik Habibullah, memang baik orangnya dan sesuai dengan maksud nama habibullah iaitu kekasih allah. Berasal daripada Sabah dan sudah menetap di Subang Jaya sejak bujang. Sudah kahwin dengan orang semenanjung dan berketurunan bugis. Hehe, agak teliti penjelasan tentang pelanggan kerana bagi saya setiap pelanggan itu unik dan berbeza. Lebih ramai pelanggan saya berurusan lebih luas pendedahan saya pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
|
Apa perasaan anda datang kandang kambing jauh untuk harga kambing murah? |
Kambing yang saya tawarkan daripada baka biri-biri damara dan jamnapari, berat antara 2 lebih kurang saja dan harga pun tak berbeza. Selepas berbincang dengan isterinya akhirnya mereka memilih biri-biri damara dan setuju dengan harga kambing ditawarkan. Hasil dari borak-borak saya dapat tahu mereka bercadang memasak kari kambing dan ada kenalan mereka yang handal memasak hidangan tersebut cuma belum tempah masa tukang masak lagi. Jika sudah rezeki tidak kemana, entah bagaimana terbuka pula cerita kari kambing
UMMBARAQAH RESOURCES. Akhirnya untuk permudahkan urusan kambing aqiqah tadi masak terus kari oleh kami. Harga kambing + kari = RM1000.
|
Harga Kambing Kari kawah RM1000 sahaja. Tak letak MSG lagi tu |
Pada hari dijanjikan, kari kambing tiba di Subang Jaya awal supaya tidak tersangkut dalam kesesakan dan Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Maklumbalas En Habibullah, kari kambing marvelous. Kami tidak menggunakan MSG aka ajinomoto dalam masakan. Keseluruhannya, Encik Habis berpuas hati dengan harga kambing dan servis perkhidmatan ditawarkan. Ada peluang kita berurusan lagi Insyaallah
|
Kalau tak biasa masak dalam kawah tak menjadi karinya. Rugi2. Hubungi UMM BARAQAH RESOURCES |
No comments:
Post a Comment