Assalamu'alaikum Wrmbth, hari ini kami telah mendapat pesanan kambing aqiqah untuk pelanggan di puncak saujana kajang. Pertama kali saya sampai di puncak saujana menggunakan lebuhraya persekutuan dan seterusnya lebuhraya cheras kajang. Harga kambing yang dijual pada encik Shahfiq untuk anaknya adalah RM750 seekor siap sembelih lapah dan hantar.
|
Kediaman en shahfiq dimana kenduri aqiqah diadakan |
Oleh kerana ini adalah aqiqah untuk anak pertama pasangan cikgu ini, maka mereka telah hadir ke kandang kami di klang untuk pemilihan kambing itu sendiri. Harga kambing istimewa dengan kambing dipilih sendiri oleh mereka untuk majlis pada 14 januari 2012 di kediaman mereka. Kambing pula baru tiba jadi saiz yang paling besar menjadi pilihan mereka. Setelah sesi perbincangan mengenai harga kambing yang akan disembelih, dan masa majlis. tambahan lagi kambing tersebut akan dimasak kari pada harga RM220 permasakan. Sunat masakan aqiqah ini adalah dimasak manis. Tukang masak kami pula tidak menggunakan ajinomoto dan gula. Rasa manis pula menggunakan bawang yang banyak supaya hidangan lebih sihat. Memang hebat dan memikat.Resepi orang melaka ni.
|
Kambing aqiqah yang disembelih perlu mematuhi syarat sembelihan haiwan islam |
Kari kambing disediakan awal pagi dan siap dimasak kira-kira jam 8.30 pagi. Petua supaya kambing tak berbau ialah rebus dahulu dan capurkan dengan kentang dan lobak. Macam-macam petua untuk hilangkan bau kambing dan boleh dipelajari diinternet.
|
Hantar semasa panas untuk hidangan tetamu |
Dalam islam, peniaga dan pelanggan yang memudahkan urusniaga adalah digalakkan, jadi harga kambing dan perkhidmatan berpatutan dengan kualiti servis.
No comments:
Post a Comment