Assalamu'alaikum Wrmbth, Minggu ni bermulalah cuti tahun baru cina dan ramai juga yang mengadakan kenduri aqiqah. Puan Watie daripada Jalan Belimbing Meru Klang elah menelefon saya untuk pesanan kambing aqiqah. Fokus utama adalah harga kambing aqiqah dan kambing bagaimana yang beliau dapat. Kenduri aqiqah pun sudah tidak lama lagi iaitu pada 22 Jan 2012. Tempat Majlis seperti tajuk diatas adalah jalan belimbing Meru Klang. Tak jauh daripada stesen petronas pekan meru (orang meru tente tahu punya). Setelah Puan Watie setuju dengan harga kambing tersebut iaitu RM780 siap sembelih dan hantar maka dengan penuh amanahnya kami pun bersiap sedia melaksanakan amanah ini sebaiknya insyaallah. Tiada daya dan upaya tanpa Allah.
|
Jalan Belimbing Meru menanti kambing aqiqah kami |
|
Pekan Meru Klang |
|
Klang Sentral memang dekat sangat dengan Meru dan bersempadan dengan Setia Alam |
|
Rupa Dalaman Stesen Bas Klang Sentral |
Kambing dijangka akan disembelih sehari awal sebelum majlis supaya dapat disediakan untuk hidangan para hadirin hadirat. Ramai juga pelanggan kami daripada Meru bertanyakan harga kambing aqiqah dan lokasi tersebut pun memang tidak asing bagi kami. Dekat saja dengan kandang, di sana juga terletaknya Fairy Park isitu kawasan perkuburan cina mewah diatas bukit, mula-mula dahulu saya pun tidak tahu apa kebendanya fairy park ni sehinggalah seorang pelanggan saya terangkan. Hehe, balik kepada topik, harga kambing aqiqah untuk puan wati telah disepakati dan hujung minggu ini kami akan ke Meru menghantar kambing aqiqahnya yang telah siap di proses. Selamat datang warga Meru. Mari-mari telefon kami untuk bertanyakan harga kambing aqiqah Meru Klang daripada
UMM BARAQAH RESOURCES
Tak perlu susah-susah nak sembelih sendiri, dengan harga kambing berpatutan biar kami uruskan semua proses. Tidak kira di Meru Klang dan Shah Alam. Insyaallah. Hubungi kami
No comments:
Post a Comment