Assalamu'alaikum Wrmbth, perkhidmatan kambing golek kini wujud bagaikan cendawan selepas hujan. Harga Kambing golek juga berbeza mengikut penyedia perkhidmatan, ada yang sedap ada juga yang cacamerba. Kami menerima pesanan kambing golek daripada Puan Zeti pada bulan Disember 2011 lepas. Kambing golek untuk majlis aqiqah anak perempuannya. Niat asal puan zeti untuk bertanyakan harga kambing aqiqah dan pakej kambing golek kami kerana kami bukan saja menternak kambing malah menyediakan perkhidmatan masakan kambing berkuah dan golek dengan harga kambing berpatutan.
|
Sekarang ni musim kambing golek di Malaysia |
|
Lokasi Majlis Aqiqah diadakan untuk Majlis aqiqah beserta kambing golek |
Pihak kami memberikan pakej harga kambing golek RM1200 iaitu RM750 untuk kambing 40kg (berat hidup) dan RM450 untuk upah memanggang kambing golek dan servis di Majlis. Harga kambing dengan pakej kambing golek ini termasuk coleslaw, mash potato dan sos lada hitam di Dewan Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur. Kambing yang digunakan daripada jenis Damara dan sihat serta memenuhi semua syarat aqiqah. JAdi hasil daripada perbualan kami di telefon, kami telah sepakat dengan harga dan servis digunakan untuk Majlis 22 januari ini.
|
Kampung Baru sewajarnya dipertahankan. Kawasan Melayu terakhir di Kuala Lumpur |
UMM BARAQAH RESOURCES telah pun menyediakan khidmat kambing golek ini sejak beberaa bulan lalu dan sudah masak dengan keperluan pelanggan. Sebagai makluman, kambing aqiqah ini perlu di sembelih sehari lebih mahal supaya kambing tersebut dapat di perap dengan rempah ratus supaya bertambah keenakan rasa kambing tersebut. Dengan masa yang cukup, hasilnya diperolehi daripada rasa yang enak dimakan bersama hidangan sampingan lain terutama sos lada hitam. Apa yang pasti, kami akan melaksanakan amanah Puan Zeti Sekeluarga pada ahad ini dengan harga kambing golek yang dipersetujui. Slurrpp.. Doakan kami tak sesat cari jalan. Amin
No comments:
Post a Comment