Assalamu'alaikum Wrmbth, Cuti Tahun baru cina ini memang ramai orang buat kenduri aqiqah. Cuti panjang kan. En Firdaus juga salah seorang daripadanya di seksyen 17 Shah Alam berdekatan Jalan Tukas. Encik Firdaus hendak buat kambing aqiqah golek untuk anal lelakinya. Zaman sekarang ni, oleh kerana permintaan yang tinggi ibubapa yang berhajat melaksanakan aqiqah kambing golek perlu tempah awal. Hendak selamat kena awal sebulan. Encik Firdaus telefon saya untuk berunding harga kambing aqiqah golek dan hendak tahu bagaimana prosedur tempahan kambing. Setelah berpuas hati denga penjelasan dan harga kambing diberikan iaitu RM750 untuk Harga kambing dan RM450 untuk upah memanggang kambing beserta hidangan sampingan.
UMM BARAQAH RESOURCES memang komited insyaallah
|
Cuti panjang tahunbaru cina sibuk dengan majlis aqiqah |
|
Kambing aqiqah panggang memang sedap |
Encik Firdaus juga mahu menghadiri sembelihan kambing beserta anak dan isterinya, memang tiada masalah dan jika tiada aral melintang Sabtu 8.30 pagi segalanya akan terlaksana. Harga kambing istimewa beserta pakej kambing golek akan dilaksanakan oleh Chef Ry Koboi. Sebab apa koboi? Dia memang pakar masakan barat ni dan sudah 9 tahun memanggang kambing golek untuk badan badan korporat dan tetamu kehormat. Pengalaman bekerja dengan hotel pun dah lama. Antara pelopor hidangan kambing golek di Malaysia ni. Badan korporat seperti petronas pun menempah dengannya.
|
Kambing Golek Koboi? Koboi memang hebat panggang memanggang ni |
Saya doakan anak En Firdaus menjadi insan berguna dan soleh. Harga kambing yang saya berikan memang istimewa dan ini juga tanggungjawab ibubapa melaksanakan ibadat aqiqah untuk anak mereka. Tak perlula adat berendoi tu, nanti yang sunat kemana yang tak sunat dilebih-lebihkan. Mana taknya, sewa buaian untuk majlis berendoi dan lain-lain dah berapa ratus? Buat sederhana paling bagus. Harga kambing yang sedia murah ditawar untuk lebih murah lagi. Ish3.. Menyedihkan..
|
Tak patut .. tak patut |
|
Kenduri kahwin dah mahal, sekarang ni kenduri aqiqah pun nak dimahalkan juga? |
Saya cadangkan duit lebih kita sedekahkan pada saudara islam di iraq palestin dan afghanistan.. Somalia pun sama.. tak kasihankah pada mereka..
No comments:
Post a Comment