TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Tuesday, January 31, 2012

Harga Kambing Azrul Bukit Antarabangsa

Assalamu'alaikum Wrmbth, Hari jumaat petang ni saya kena hantar kambing aqiqah masak kari pada harga kambing + masakan RM980. Lokasi penghantaran di Taman Bukit Utama Bukit Antarabangsa. Rasanya semua orang masih ingat lokasi popular tanah runtuh tak lama dulu dan kediaman elit ni. Bulan lepas juga Kediaman Pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah di samun di kediamannya di Bukit Antarabangsa. Kalau dah namanya antarabangsa maka ramai la yang banyak duit maka ramai jugalah penyamun tertarik. Harga kambing yang kami tawarkan adalah RM770 dan tanpa membuang masa persetujuan pun dicapai bagi perkhidmata kambing aqiqah dengan harga kambing tersebut. Butir butir majlis seperti berikut:
Lokasi kambing aqiqah kari kali ni di Bukit Antarabangsa tempat tanah runtuh

Semoga banyak bersabar ye Puan Wardina, alhamdulillah tiada siapa dicederakan

Nama Pemesan Kambing : En Azrul
Harga Kambing Aqiqah :RM770 + RM210
Lokasi Majlis Aqiqah : Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa KL
Berat Kambing Hidup : 40++ kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23-24kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 3 Feb 2012

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing biri biri
Nama Anak di Aqiqah: Nor Alya Qaisara

Saya cadang nak gunakan lebuhraya DUKE semasa penghantaran, terus sampai kesana insyaallah. Alhamdulillah Pelanggan pun setuju dengan harga kambing semasa melawat kandang kami sabtu lepas.  Insyaallah, kami akan menyempurnakan amanah tersebut sebaiknya dan bagi ibubapa dan bukit antarabangsa boleh hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga kambing berpatutan insyaallah.

Sunday, January 29, 2012

Harga Kambing Menepati Janji

Assalamu'alaikum Wrmbth, Umat islam dituntut untuk menepati janji dalam semua urusan kehidupan. Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk balasan syurga insyaallah. Kami di UMM BARAQAH RESOURCES sentiasa bertekad untuk memberikan khidmat terbaik dari pelbagai segi iaitu harga kambing , layanan dan penghantaran kambing serta lain-lain lagi. Manusia juga idak boleh lari daripada komunikasi 2 hala, dalam kes kami pembeli dan penjual dan perjanjian pembelian dan penetapan harga kambing aqiqah dan perkhidmatan adalah salah satu contoh yang baik.
Sudah berjanggut aku tunggu pelanggan ni, tak sampai-sampai

Sudah lama juga kami berurusan dengan pelbagai manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira golongan atasan dan bawahan layanan kami tetap sama, harga kambing juga sama insyaallah. Itu dari pihak kami, untuk pihak pelanggan pula banyak kerenahnya dan kadang kala memeningkan kepala. Kes paling ketara harga kambing paling murah untuk kualiti paling bagus. Hehe, Kes lain yang paling ketara di kalangan pelanggan "MELAYU" ialah fenomena "JANJI MELAYU". Macam mana pula tu, semua sedia maklum umat islam di Malaysia ni majoritinya berbangsa melayu yang menurut perlembagaan beragama islam. Yang sedihnya bahagian menepati janji tu kurang diamalkan.
Seingat saya, Imam Ghazali ada berpesan Janji/amanah adalah perkara paling mudah di mungkiri

Kerap kali selepas berjanji untuk sesi memilih kambing di kandang dan seterusnya menetapkan harga kambing, janji datang pukul 10 contohnya, apabila tiba jam tersebut tak kunjung tiba insan ditunggu-tunggu. Lepas tunggu 10 minit, telefon untuk bertanya khabar rupa-rupanya baru nak keluar rumah. Hehe, ada kes yang lebih menyedihkan sudah janji dengan saya jam 3 petang tetapi lepas ditunggu-tunggu tak tiba. Bila ditelefon katanya tak dapat sampai jam 3, jam 4 setengah atau lebih insyaallah sampai. Saya nampak kecenderungan untuk menggunakan kalimat "INSYAALLAH" untuk mungkir janji sangat tinggi sedangkan sepatutnya digunakan selepas berikhtiar sebaik mungkin untuk melaksanakan sesuatu perkara. Pelanggan tersebut menekankan prinsipnya untuk berurusan dengan saya sahaja dan tidak mahu dengan orang lain. Janji pukul tiga tapi sampai 2 jam kemudian, toleransi patut ada bukan kerana saya pun ada janji dengan pihak lain.
Oh anak isteriku, maafkan Bapak kambing ini kerana tak dapat meluangkan masa kerana Janji pelanggan yang tak sampai2

Pada pemerhatian saya, orang berjaya yang menjadi pelanggan saya mempmerkan sifat menepati janji dan masa berbanding dengan insan biasa-biasa macam kita ni. Ada sesuatu yang boleh dipelajari bersama ni, jika syarikat dan diri saya hendak berjaya maka belajarlah menepati janji dan masa. Hormati juga hak orang lain supaya mereka membalasnya dengan melaksanakan tanggungjawab mereka kerana Hak seseorang itu datang dengan tanggungjawab. Sepertimana Nabi Muhammad SAW memberikan hak kepada orang bukan islam di Madinah semasa pembentukan piagam madinah dengan balasan tanggungjawab mempertahankan kota Madinah bersama-sama dariapada ancaman anasir luar. Apa yang pasti, dari pihak kami akan cuba memberikan khidmat harga kambing aqiqah terbaik insyaallah. Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan keupayaan untuk menulis.

Friday, January 27, 2012

Harga Kambing Sabariah Bandar Botanic

Assalamu'alaikum Wrmbth, Pesanan kambing aqiqah kali ini tak jauh dari kandang kami, satu daerah saja iaitu di Klang. Daripada Encik Azmani dan Cik Sabariah di Bandar botanic Klang dan sangat hampir dengan Jusco bukit tinggi (kawasan membeli belah paling besar di Klang setakat ni). Mereka menghubungi kami untuk berbincang harga kambing dan maklumat penting tentang cara berurusan dan soalan berkaitan aqiqah. Harga kambing yang kami tawarkan adalah RM770 dan tanpa membuang masa persetujuan pun dicapai bagi perkhidmata kambing aqiqah dengan harga kambing tersebut. Butir butir majlis seperti berikut:
Pintu gerbang bandar botanic (tempat harga rumah mahal. Hehe)
Pusat membeli belah jusco Klang berhampiran dengan bandar botanik

Nama Pemesan Kambing :Cik Sabariah dan En Azmani
Harga Kambing Aqiqah :RM770
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Kasuarina 12/KS7 Bandar Botanic Capital, Klang
Berat Kambing Hidup : 35-40kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 16 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing biri biri
Nama Anak di Aqiqah: Muhammad Amsyar Naufal

Bandar botanic cuma 15 minit daripada kandang kambing kami di Kampung batu 3 Klang, cuma jalan agak sesak semasa waktu puncak kerana orang ramai berpusu-pusu ke Jusco. Kawasan ini memang pesat membangun tambahan pula lebuhraya KESAS menghubungkan terus ke KL. HArga hartanah pun dah meningka naik, harga kambing je yang masih kekall. Hehe. Alhamdulillah, kami selamat menyempurnakan amanah tersebut dan bagi ibubapa dan katerer di bandar botanic boleh hubungi UMM BARAQAH RESOURCES untuk harga kambing berpatutan insyaallah.

Thursday, January 26, 2012

Harga Kambing Irwan Bandar Tun Razak

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kes kali ini adalah harga kambing aqiqah bagi pelanggan En Irwan di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Kambing aqiqah En Irwan akan dipanggang untuk hidangan kambing panggang oleh chef  pada harga pakej lengkap RM1200 siap hidangan sampingan seperti sos lada hitam coleslaw dan kentang putar. Harga kambing dipaparkan adalah harga kambing jualan sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Mercu tanda di Bandar Tun Razak KL. Sesak juga nak kesana
Nama Pemesan Kambing :En Irwan
Harga Kambing Aqiqah :RM770
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Jujur 4, Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur
Berat Kambing Hidup : 35-40kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:14 Sept 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing biri biri
Nama Anak di Aqiqah: Ahmad Izzat Aizuddin

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Irwan untuk harga kambing aqiqah golek RM1200 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah (aqiqah) Rasullullah SAW yang dituntut ini.Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan pelanggan berpuas hati

Harga Kambing Nabil Jalan Kebun Shah Alam


Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Mohamad Nabil di Jalan Kebun Shah Alam. Ada di seksyen 30 shah alam ni (Orang kampung ayah saya ni hehe) dekat dengan persimpangan keluar kebun bagi lebuh raya KESAS. Kambing aqiqah yang telah disembelih akan dipotong kecil untuk masakan kari. Sunat dimaniskan masakan kari kerana aqiqah digalakkan masak manis. Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Rumah En Nabil dekat dengan Sekolah Jalan Kebun
Nama Pemesan Kambing : Encik Mohamad Nabil
Harga Kambing Aqiqah :RM750 + RM450
Lokasi Majlis Aqiqah : Lot 3748 Batu 7 Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam
Berat Kambing Hidup : 35-40kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:23 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Jamnapari

Nama Anak di Aqiqah: Naqib Lutf

Saya masih ingat semasa hantar ke jalan kebun ni ada rumah terbuka kampung jadi jalan sesak sikit. Alhamdulillah tak sesat sebab kampung ayah saya sendiri, saudara pun ramai kat sini. Semoga duit yang dibayar oleh Encik Nabil dan isterinya untuk harga kambing aqiqah RM780 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini. Majlis Aqiqah di Setia Alam telah berlangsung dengan jayanya Alhamdulillah

Tuesday, January 24, 2012

Harga Kambing Edi Bangsar

harga kambing bangsar
Bandar Bangsar di Kuala Lumpur Pesat membangun
Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing bukan aqiqah bagi pelanggan Encik Edi dan Puan Sally di Pantai Hill Park Bangsar. Kambing akan dipanggang untuk majlis kenduri di kediaman mereka.  Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak. Butir-butirnya adalah seperti berikut:


Nama Pemesan Kambing : Encik Edi dan Puan Sally
Harga Kambing Aqiqah :RM900
Lokasi Majlis Aqiqah : Phase 1, Pantai Hill Park, Bangsar
Berat Kambing Hidup : 35-40kg
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:11 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Jamnapari

Nama Anak di Aqiqah: kambing bukan untuk tujuan aqiqah

Terima kasih atas kesudian anda berurusan dengan UMM BARAQAH RESOURCES. Penternak dan pembekal kambing pada harga berpatutan inysaalah

Harga Kambing Adilia Setia Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Puan Adilia dan En Farid di Setia Alam Selangor berdekatan dengan bandar Meru. Kambing aqiqah yang telah disembelih akan dipanggang unuk hidangan kambing golek oleh chef berpengalaman pada harga pakej lengkap RM1200. Perkara sunat dalam ibadat aqiqah adalah tidak memecahkan tulang kambing atau binatang sembelihan. Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Kediaman klien kali ini terletak di Setia Alam dan mudah dicapai melalui lebuhraya NKVE

Nama Pemesan Kambing :Puan Adilia dan En Farid
Harga Kambing Aqiqah :RM750 + RM450
Lokasi Majlis Aqiqah : Setia Alam Shah Alam Selangor
Berat Kambing Hidup : 35-40kg( Anggaran berat karkas kambing adalah 23kg)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:11 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Jamnapari

Nama Anak di Aqiqah: Muhammad Altamis Farhat

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Farid dan Puan Adilia untuk harga kambing RM1200 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini. Majlis Aqiqah di Setia Alam telah berlangsung dengan jayanya Alhamdulillah

Harga Kambing Hassan Bandar Sunway

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Hasan Ganny dan Puan Eli di Bandar Sunway 47300 Petaling Jaya Selangor. Kambing di pesan akan dihantar kepada katerer mereka untuk diuruskan. BIasa hantar katerer ni akan masak Kurma atau Kari bergantung pada pelanggan. Sunat masakan untuk aqiqah ini dimasak manis. Dapat Pahala lebih Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Harga Kambing Bandar Sunway
Majlis aqiqah En Hasan dan Puan Eli berlangsung di Kediaman mereka di Bandar Sunway

Nama Pemesan Kambing :Puan Eli dan En Hasan Ganny
Harga Kambing Aqiqah :RM750
Lokasi Majlis Aqiqah : Block 2 Jalan PJS 8/9 Bandar Sunway 47300 Petaling Jaya
Berat Kambing Hidup : 35-40kg
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:17 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Jamnapari

Nama Anak di Aqiqah: Hana Qaireena Batrisya

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Hasan Ganny dan Puan Eli untuk harga kambing RM750 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini.

Harga Kambing Mohd Fazil Shah Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Mohd Fazli daripada Jalan Rebana Shah Alam Selangor.Kambing di pesan akan dipanggang di kediamannya oleh chef berpengalaman kami. Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Hidangan kambing golek untuk Majlis Aqiqah En Mohd Fazil dan Zailani telah mendapat maklum balas baik

Nama Pemesan Kambing :En Mohd Fazli (Ada hubungan saudara dengan En Zailani ni)
Harga Kambing Aqiqah :RM770 + RM400 untuk upah panggang kambing
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Rebana 11/5E Seksyen 11 Shah Alam
Berat Kambing Hidup : 35-40kg ( Selepas proses dalam 22kg berat karkas kambing). Kambing dipotong dalam bentuk karkas untuk hidangan kambing golek
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:10 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Boer

Nama Anak di Aqiqah: Nuha Hafiya

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Mohd Fazli untuk harga kambing RM770 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini.

Harga Kambing Zailani Jalan Rebana Shah Alam

harga kambing shah alam
Lokasi Majlis aqiqah di Shah Alam Bandar Aggerik
Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Zailani daripada Jalan Rebana Shah ALam Selangor. Mahu masak kari agaknya. Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Nama Pemesan Kambing :En Zailani
Harga Kambing Aqiqah :RM770
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Rebana 11/5E Seksyen 11 Shah Alam
Berat Kambing Hidup : 35-40kg ( Selepas proses dalam 22kg berat karkas kambing). Kambing untuk panggang
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:10 September 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Boer

Nama Anak di Aqiqah: Zara Binti Mohd Zailani

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Mohd Zailani untuk harga kambing RM770 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan ibadat sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini.

Harga Kambing Jasrol Kampung Telok Gong

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Jasrol daripada Kampung Telok Gadong Klang Selangor. Mahu masak kari agaknya. Harga kambing ini adalah harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak semasa mebuat tinjauan harga kambing aqiqah. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Harga kambing telok gadong
Rumah ENcik Jasrol tak jauh dari stesen komuter telok gadong
Nama Pemesan Kambing :En Jasrol
Harga Kambing Aqiqah :RM770
Lokasi Majlis Aqiqah : Kampung Telok Gadong Klang, Berdekatan dengan Stesen Komuter Telok Gadong
Berat Kambing Hidup : 35-40kg ( Selepas proses dalam 22kg berat karkas kambing)
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:9 Sept 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Boer

Nama Anak di Aqiqah: xxxxx

Semoga duit yang dibayar oleh Encik Jasrol untuk harga kambing RM770 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT kerana menghidupkan sunnah Rasullullah SAW yang dituntut ini.

Harga Kambing Zahidin Kampung Delek Kanan

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan Encik Zahidin daripada Kampung Delek Kanan Klang. Harga kambing ini memaparkan harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
Masjid Nurul Ain di Kampung Delek


Nama Pemesan Kambing :En Zahidin
Harga Kambing Aqiqah :RM780
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Kg Delek Kanan 51/KS3, Kg Delek Kanan, 41250 klang
Berat Kambing Hidup : 35-40kg
Tarikh kambing Aqiqah dihantar:10 Sept 2011

Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Boer

Nama Anak di Aqiqah: Farah Arissa

Semoga duit yang dibayar anda untuk harga kambing RM780 dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT.

Harga Kambing Khairil Kota Damansara

Assalamu'alaikum Wrmbth, Berikut disertakan harga kambing aqiqah bagi pelanggan kami yang lalu. Harga kambing ini memaparkan harga kambing jualan sebenar sebagai rujukan kami dan anda di masa kelak. Butir-butirnya adalh seperti berikut:

Nama Pemesan Kambing : Puan Nik & Encik Khairil
Harga Kambing Aqiqah : RM780
Lokasi Majlis Aqiqah : Jalan Sepah Puteri 5/14 Taman Seri Utama, Kota Damansara PJ
Berat Kambing Hidup : 35kg-40kg
Tarikh kambing Aqiqah dihantar: 20 Sept 2011
Jenis Kambing Aqiqah: Kambing Boer
Nama Anak di Aqiqah: Nurnadra Ilina

Semoga duit yang dibayar anda untuk harga kambing dipersetujui mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT.

Monday, January 23, 2012

Harga Kambing Makin Mahal

Assalamu’alaikum Wrmbth, saya dapat perhatikan masalah utama orang kita ialah pemasaran. Cuba perhatikan, petani tanam sayur siapa yang borong pada harga murah dan jual pada harga mahal? Nelayan berhempas pulas membanting tulang 4 kerat bergelumang dengan ombak samudera di laut, peraih dapat untung dengan membeli pukal dan menjual pada harga mahal. Dusun durian dipunyai rang kita, siapa pula yang membeli pada harga murah dan menjual semula pada harga mahal di pasar malam? Ladang getah dan kelapa sawit dipunyai orang kita, tetapi siapa pula yang membuka kilang getah, sarung tangan dan minyak kelapa sawit? Mahu saya senaraikan lagi, tak terjangkau panjang senarainya nanti. Hendak salahkan pemborang tak boleh kerana mereka lebih pandai tetapi bukankah ironi, hasil kerja keras kita dikaut oleh pihak lain? Harga yang mahal untuk di bayar. Jadi, dalam industry penternakan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku, penternak kita berhempas pulas, penjuat makanan ternakan yang mengaut untung. Akhirnya ramai yang gulung tikar dan tutup kandang. Harga kambing pun meningkat naik. Fenomenan harga kambing tempatan lebih tinggi daripada harga kambing import memang telah lama berlaku dan nampaknya perancangan dan percaturan pihak berwajib kurang menjadi kerana selepas beberapa tahun kita masih di takuk lama.
Harga Kambing
Harga kambing tempatan tidak mampu bersaing dengan kambing import. Kerajaan patut bekerjasama dengan penternak sebenar, bukan penternak bidan terjun pasang siap
 Jadi, marilah kita bersama-sama belajar ilmu pemasaran dan mempraktikkannya supaya kambing yang diternak membawa hasil kepada kita dan bukannya pihak ketiga yang makan untung atas angin. Sampai bila mahu terus berada di bawah rantaian makanan dan menjadi habuan kepada pemangsa. Anda tentukan sendiri masa depan sendiri dan jangan menuding jari. Jika tidak jadilah seperti lagu “Bangau oh bangau kenapa kau tak makan..” Alhamdulillah ada ular, jika tidak sampai bila lagu tersebut hendak berakhir. Harga kambing semakin meningkat naik bukan kerana orang lain tapi kerana kita sendiri yang membiarkannya. Biarlah tangan yang sama menternak kambing juga menjadi tangan yang memasarkan kambing. Hendak Berjaya mestilah menjadi peniaga, bukan pada menternak saja kerana ramai orang boleh menternak kambing tetapi berapa ramai yang mampu menjualnya.
harga kambing
Kambing boer yang diimport daripada australia

Harga Kambing Subang Habibullah

Assalamu’alaikum Wrmbth, En Habibullah daripada Subang Jaya telah menghubungi saya untuk bertanyakan harga kambing aqiqah dan jika jadi menempah terus kambing aqiqah bagi majlis marhaban anak perempuan keduanya bertempat di kediamannya Subang Court Perdana 5. Harga kambing yang saya tawarkan kepadanya ada RM750 dan dia berhasrat melihat sendiri kambing ini di kandang sebelum disembelih kerana katanya dia telah pergi ke beberapa buah kandang kambing untuk membuat pemiihan dan kurang berpuas hati dengan harga kambing dan saiz kambing ditawarkan. 
harga kambing
En Habibullah di Subang Court Menghubungi saya untuk Harga Kambing
 Tanggungjawab sebagai ibubapa adalah melaksanakan aqiqah untuk anaknya dan ibadat aqiqah adalah sunat muakkad dalam islam iaitu sunat yang sangat dituntut (tetapi tidak sampai kepada wajib). Antara sunat muakkad lain dalam ibadat ialah sembahyang jumaat untuk lelaki. Selepas datang ke kandang untuk berunding harga kambing aqiqah dan berbual dengan encik Habibullah, memang baik orangnya dan sesuai dengan maksud nama habibullah iaitu kekasih allah. Berasal daripada Sabah dan sudah menetap di Subang Jaya sejak bujang. Sudah kahwin dengan orang semenanjung dan berketurunan bugis. Hehe, agak teliti penjelasan tentang pelanggan kerana bagi saya setiap pelanggan itu unik dan berbeza. Lebih ramai pelanggan saya berurusan lebih luas pendedahan saya pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
harga kambing
Apa perasaan anda datang kandang kambing jauh untuk harga kambing murah?
 Kambing yang saya tawarkan daripada baka biri-biri damara dan jamnapari, berat antara 2 lebih kurang saja dan harga pun tak berbeza. Selepas berbincang dengan isterinya akhirnya mereka memilih biri-biri damara dan setuju dengan harga kambing ditawarkan. Hasil dari borak-borak saya dapat tahu mereka bercadang memasak kari kambing dan ada kenalan mereka yang handal memasak hidangan tersebut cuma belum tempah masa tukang masak lagi. Jika sudah rezeki tidak kemana, entah bagaimana terbuka pula cerita kari kambing UMMBARAQAH RESOURCES. Akhirnya untuk permudahkan urusan kambing aqiqah tadi masak terus kari oleh kami. Harga kambing + kari = RM1000.
harga kambing
Harga Kambing Kari kawah RM1000 sahaja. Tak letak MSG lagi tu
 Pada hari dijanjikan, kari kambing tiba di Subang Jaya awal supaya tidak tersangkut dalam kesesakan dan Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. Maklumbalas En Habibullah, kari kambing marvelous. Kami tidak menggunakan MSG aka ajinomoto dalam masakan. Keseluruhannya, Encik Habis berpuas hati dengan harga kambing dan servis perkhidmatan ditawarkan. Ada peluang kita berurusan lagi Insyaallah
harga kambing
Kalau tak biasa masak dalam kawah tak menjadi karinya. Rugi2. Hubungi UMM BARAQAH RESOURCES

Friday, January 20, 2012

Harga Kambing Damansara Encik Ghani

Assalamu'alaikum Wrmbth, Macam-macam manusia sudah sampai kandang saya ni. Tak besar pun kandang ni tapi bagi saya gelagat manusia yang masuk kandang kambing untuk berunding harga kambing lebih menhiburkan daripada menonton rancangan komedi slapstik. Berbalik pada topik harga kambing, saya mendapat panggilantelefon daripada seorang CEO syarikat pengedar makanan kesihatan buatan Jerman untuk aqiqah kambing cucu sulungnya. Alhamdulillah anaknya selamat melahirkan cahaya mata di Hospital Pakar Subang beberapa hari sebelum tu. Dari panggilan telefon tersebut saya sangka orang biasa saja tapi setelah En Ghani ni tiba di kandang hujung minggu tersebut saya dah boleh agak pelanggan kali ni orang berada.

En Ghani tak pening harga kambing tapi kambing mana hendak dipilih. Hehe. Lain padang lain belalang
Jika seorang pelanggan berkereta kancil dan seorang lagi menaiki mercedes datang serentak, mana anda akan layan dahulu? Saya akan berikan keutamaan pada yang tiba dahulu insyaallah tanpa prejudis insyaallah. Pangkat dan jawatan ni duniawi saja kerana kita lahir sehelai sepinggang tanpa seurat benang pun dan begitu jugalah semasa kita mati. Terputuslah kita dengan dunia hidup dan masuk ke alam kubur. Semua terputus kecuali 3 perkara, ANAK YANG SOLEH, SEDEKAH JARIAH, dan ILMU BERMANFAAT. Harta yang ada semua ditinggalkan kepada waris. Jadi mana pula harta kita? Harta kita adalah apa yang telah kita belanjakan dengan niat ikhlas kejalan Allah. Ini semua ada disebut didalam hadis Nabi Muhammad SAW. Balik pada topik harga kambing untuk En Ghani ni, sampai ke kandang kambing semasa ramai yang dah ditumbangkan untuk aqiqah jadi pilihan tak banyak. Kambing biri biri damara, jamnapari dan boer. Pening dia nak pilih, bagi pihak saya pula saya berikan harga yang sama RM750. Orang kaya atau biasa saya beri harga sama saja tanpa prejudis.
Damansara Specialist hotel 300m sahaja daripada rumah pelanggan
Setelah berfikir lama atas kandang tersebut, En Ghani bersetuju membeli kambing pada harga kambing tersebut kerana katanya harga kambing bukan masalahnya. Masalah En Ghani nak pilih kambing yang jenis satu. Banyak juga perkara ditanyakan, apa beza kambing ni? Daging berbau tak? Daging berapa kg? Dan macam2 lagi. Akhirnya dia pulang dahulu untuk berfikir kambing mana untuk ditumbangkan. Hehe. Selepas 7 hari berfikir akhirnya dia ambil kambing boer dengan harga kambing yang sama RM750. Sebabnya Wallahu'alam sebab tak nak tanya panjang-panjang.
Pilihan bijak untuk harga kambing hebat

Jadi pada masa dijanjikan saya pun hantar kambing boer yang telah siap disembelih lapah dan hantar pada harga kambing RM750 ke rumahnya di Damansara. Saya ambil laluan menggunakan Lebuhraya Damansara Puchong dan kemudian keluar pada simpang lebuhraya SILK. Dekat betul dengan Hospital Damansara Puchong dan Pasar Besar TTDI (Yang kini dalam rundingan untuk dirobohkan untuk projek pembangunan). Alhamdulillah selesai lagi satu tempahan. Kambing tak bau dan saya pun sampai pada masanya. Cuma selepas seminggu urusniaga ni, ada satu pelanggan lain datang ke kandang saya dengan soalan MENAKJUBKAN. Soalannya berbunyi "Saya ingatkan syarikat awak ni ada opis 3 tingkat" . .Hehe, terkejut sebab tauke besar yang pernah saya jumpa pun jenis yang ramah dan rendah diri je.. Jawatan besar tapi rendah diri mungkin sebab tersebut kerjayanya meningkat naik dan hidupnya serba cukup berbanding insan kerdil bermulut besar. Hehe. "That's a day's story of o goat breeder & seller." Mbeekkk Terbaeekk

Thursday, January 19, 2012

Harga Kambing Meru En Taufiq

Assalamua'alaikum Wrmbth, kami baru sahaja melaksanakan amanah ibadat aqiqah untuk en Taufiq daripada Meru. Katanya dapat nombor telefon kami daripada iklan di mana-mana. Saya pun tak ingat lagi dah lokasi iklan yang telah saya letakkan di meraa-rata tempat. En Taufiq nak buat aqiqah untuk anak lelaki nya, seekor nak dibuat kambing golek seekor lagi masak kari. Telefon saya mahukan harga istimewa kambing. Harga kambing kami insyaallah istimewa sebab sebelum orang mintak diskaun harga kambing tersebut emang sedia murah. Tapi lumrah manusia kan, harga kambing murah masih minta murah. Hehe.. (kalau saya jadi dia saya pun buat perkara yag sama).
Mmmbekkk... Helahmu telah ku ketahui. Hehe
Cuma satu jenaka tahap antarabangsa yang saya dapat dari En Taufiq tentang harga kambing yang beliau dapat masih terngiang-ngiang di telinga. Harga kambing RM750 yang saya berikan, dia cakap dia boleh dapat RM600 siap sembelih lapah dan hantar di Semenyih. Bila saya tanya kenapa pilih kami walaupun dia dapat harga kambing semurah itu, jawapannya mudah. Kambing dah habis stok. HAHA.. ini memang taktik yang kerap digunakan peniaga cina. Stok takda tapi cakap dah habis. Tak pernah dengar mereka kata "tak jual" betul tak? Mana nak dapat harga kambing macam tu sekarang ni?
HAHH.. biar betui harga aku ni RM600 je. lawak TERBAEKK

Dengar Anak Muridku, Kebenaran tidak akan dihapuskan oleh kebatilan
Jawapan mudah untuk soalan tersebut, kami menggalakkan pelanggan kami membuat perbandingan harga dan saiz kambing untuk ibadat aqiqah kerana ini tanggungjawab ibubapa. Tiada paksaan dalam urusniaga dan pilihan terletak sepenuh ditangan pengguna. Dalam berunding tak boleh menipu kerana lebih baik cakap terus terang. Akhirnya setuju dengan harga tersebut dan dia menghadiri sendiri semasa sesi menyembelih kambing. Habis satu tempahan, macam macam kerenah pelanggan kita perlu layan kerana ini lumrah perniagaan. Selamat Hari Jumaat daripada UMM BARAQAH RESOURCES Wallahu'alam
Biar betul boss.. penat den makan rumput, murah je gaji dapek. TERBAEKK

Harga Kambing PENIPU ?

Assalamu'alaikum wrmbth, bagi sesiapa yang membaca posting blog saya sebelum ini, ada saya sebut tentang kejujuran dalam perniagaan dan bagaimana ayat "JUJUR" ini digunakan oleh penipu dengan sewenang-wenangnya. Hari ini saya hendak kongsi sedikit tanpa mendedahkan identiti penyamun tersebut sebagai peringatan buat penternak baru supaya tidak tertipu dan penternak lama supaya hentikan menipu. Semasa pertengahan tahun 2009 saya telah pergi ke kandang kambing di kampung jalan kebun Shah Alam atas nasihat ayah saya untuk membeli kambing. Penternak ni sudah lama menternak dan kambingnya memang banyak pada hemat saya, ada 300 ekor lebih atas kandang tu. Dia ni pun kawan ayah saya jadi atas dasar menghormati orang tua dan senior penternakan memang percaya jugalah pada penyamun ni. Semasa saya pergi ke kandang kambingnya di Jalan Kebun, betapa terujanya perasaan kerana kambing2nya jinak dan gemuk-gemuk seperti tuannya. Selepas berunding harga kambing akhirnya beliau setuju mencarikan bekalan kambing sebagai stok pemula.
Lebih kurang macam ni lah rupanya kambing pertama kami

Selepas seminggu, penyamun ni pun menghubungi kami kerana katanya ada penternak yang mahu menjual kambing 1 kandang untuk beralih pada bidang cili fertigrasi. Kami dibawa ke kampung perepat (dengan kawan baik saya Faizal & Si Panjang) dan memang betul tuan punya kambing nak jual semua kambingnya, Alhamdulillah dapat juga stok kambing yang ok, ada kambing katjang, jamnapari cross dan kambing kampung lain cuma harga kambing tu msalah sikit. Dalam 30 ekor kambing tu tiada jantan yang matang, majoriti kambing betina + anak kambing. Lepas kira2, harga kambing seekor tak munasabah tapi abang penyamun ni janji nak carikan pejantan bagus. Kambing sampai ke kandang, dan selang 2-3 hari sampailah pejantan dijanjikan, seekor kambing boer f4, datang lagi perasaan hairan. Kambing boer mana boleh kacukkan dengan kambing katjang, anaknya besar dan susah nak keluar daripada rahim ibunya. Kata penternak berpengalaman tapi benda macam ni pun terlepas pandang memang saya dah pelik juga.
Pejantan Boer pertama kami hendak dikahwinkan denga kambing katjang?
Saiz kambing katjang dengan boer antara gajah dengan harimau, jauh beza

Sebagai penternak, ubat-ubatan juga penting untuk menghadapi saat kecemasan (kambing cirit atau kembung). Duit sudah dibayar pada abang penyamun, tapi sampai sekarang ada lagi ubat yang belum sampai pada kami. Ini ke cara nak meniaga? Menipu orang sana sini. Masa permulaan bolehlah nak tipu, selepas 4 tahun perkara tersebut berlaku, bila direnung kembali banyak lagi penipuan tapi takpelah itu antara penyamun terbut dengan Allah swt. Duit tak berkat hasil menipu orang takkan membawa manfaat.
Hutang ubat saya tuntut depan Allah nanti ya Bang? Hehe

Dengan kuasa Allah swt dan doa daripada orang teraniaya, tak lama pun untuk kami melihat kesan duit tak berkat ni. Pada tahun lepas, gempar kawasan klang dan Shah Alam ada penternak kena curi kambing 100 ekor. Daripada sumber lain 200 ekor. Kandang penyamun ni tepi jalan, waktu malam tiada orang jaga, penyamun kepada penyamun tadi datang bawa lori dan angkut kambing-kambingnya kedalam kandang. Kalau dibuat anggaran kasar, harga kambing seekor RM400 (Sebenarnya lebih..) kali 100 = RM400 000. kalau 200 ekor dah berapa. Khabarnya dia pun dah tak menternak kambing lagi sekarang ni. Wallahu'alam.
Penyamun kepada penyamun menyapu kambing dari kandang dalam operasi terjah kambing

Jadi, itulah dia kisah pengajaran untuk penternak baru dan lama, tak berkat menipu ni. Kalau tak terima balasan didunia, akhirat sana lagi besar balasannya. Bawa bertaubat ya. Alhamdulillah, kami masih bertahan kerana pengalaman sedemikian mengajar kami menjadi lebih tabah dan sabar (walaupun ada masanya marah juga dengan pengalaman sedemikian).Doa orang teraniaya tiada hijab dengan Allah swt
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Wednesday, January 18, 2012

Harga Kambing Zubaidah Sungai Kandis Kampung Jawa

Assalamu'laikum Wrmbth, Beberapa minggu lepas saya mendapat panggilan telefon daripada Puan Zubaidah Sungai Kandis Kampung Jawa Klang. Tujuan telefon macam biasa bertanyakan harga kambing aqiqah untuk anak mereka. Puan Zubaidah pernah mengenai pengalaman pahit sebelum ini dalam memilih kambing aqiqah jadi kali ini, memang ketara mode berhati-hati semasa rundingan. Saya sebagai peniaga dan usahawan juga banyak kali ditipu oleh orang yang mengaku diri mereka jujur. Dialog seperti "Saya ni jujur orangnya" dah jelak dan bosan saya dengar dan kerap kali menjadi permainan para penipu. Hehe, jadi atas faktor ini saya sarankan Puan ZUbaidah supaya datang sendiri ke kandang untuk memilih kambing. Tiada elemen paksaan dalam urusniaga kami. Sungai kandis dengan kampung rantau panjan klang bukan jauh pun jadi selepas menetapkan masa mereka pun datang ke kandang pada hujung minggu tersebut. Harga kambing yang saya tawarkan pada mereka adalah R750.
Lokasi kampung sungai kandis di kawasan klang
Masjid Kampung sungai kandis berdekatan lokasi penghantaran kambing aqiqah

Semasa Mereka tiba di kandang kebetulan kami sedang sembelih kambing jadi mereka dapat saksikan sendiri bagaimanakah kami menguruskan ibadat korban.Bila kambing didepan mata dan mereka pun berpuas hati dengan saiz dan keadaan kambing tersebut maka tiba masanya berunding harga kambing. Soalan pertama yang terpacul keluar daripada pelanggan "Tak boleh kurang lagi ke harga kambing ni?" Saya memang sudah masak dengan soalan sedemikian, jadi senarai jawapan kenapa harga kambing diberikan oleh UMM BARAQAH RESOURCES dijelaskan dan akhirnya mereka akur. Saya tahu mereka telah membuat sedikit kaji selidik berkenaan harga kambing dipasaran dan harga kambing syarikat kami adlah lebih rendah dan paling tidak pun setara dengan pasaran.
Kambing sihat untuk aqiqah insyaallah

Sebagai manusia, jika saya letakkan diri saya dikasut pelanggan saya juga akan buat perkara yang sama. Harga kambing terendah untuk kambing tergemuk dengan khidmat terbaik. Jadi sebagai pemudah cara urusniaga harga kambing yang kami tawarkan sudah pun mengambilkira urusan tawar menawar, saya rendahkan harga kambing sebelum anda menawarkannya. Sebaikbaik kita adalah mereka yang memudahkan urusan jual beli. Harga kambing sudah dipersetujui dan kami telahpun selesai menghantar kambing aqiqah siap sembelih ke rumah mereka di sungai kandis kampung jawa klang. Satu lagi pelanggan puas hati alhamdulillah.
Perundingan harga kambing lebih elok dipermudahkan, saya permudahkan urusan anda maka mudahkan juga urusan kita bersama kerana ianya lebih berkat insyaallah

Harga Kambing En Zaiman Taman Saga Ampang

Assalamu'alaikum Wrmbth, pada tanggal 27 januari 2012, kami di UMM BARAQAH RESOURCES menerima tempahan daripada En Zaiman di rumahnya yang terletak di Taman Saga Ampang. Jika datang daripada Klang, paling bagus menggunakan lebuhraya KESAS terus sampai kesana cuma kena bayar tol lebih sikit. En Zaiman telah menghubungi saya pada minggu pertama bulan januari 2012 bertanyakan harga kambing aqiqah untuk anak perempuan sulungnya, yang lahir pada bulan Oktober 2011 lepas. Selepas sesi soal jawab di telefon akhirnya En Zaiman setuju dengan harga kambing iaitu RM780 siap sembelih lapah dan hantar. Kambing perlu tiba di Taman Saga pada jam 9pagi 27 Januari 2012.
Peta KESAS dah macam lipan, menghubungkan Pelabuhan Klang dan KL

Kebetulan seminggu selepas panggilan telefon tersebut, En Zaiman berada di Klang untuk Walimatul Urus kawannya dan tidak melepaskan peluang melawat kandang kami di Klang. Datang sekeluarga tu, bersama dengan bayinya sekali. Mereka memang ramah dan saya pun menunjukkan kambing aqiqah yang telah ditempahnya pada harga kambing RM780, memang besar dan berbaloi. Daging mesti banyak sebab saiznya pun besar, 2 orang dewasa baru larat mengangkatnya.
Daripada Walimatul urus terus ke kandang kambing UMM BARAQAH RESOURCES

Jadi pada tanggal 27 januari nanti saya akan menghantar kambing ke destinasi, cuma ada sesuatu yang menggusarkan saya.. Lebuhraya KESAS sibuk pada waktu pagi kan? Dapatkah saya sampai pada waktunya..Hmmmm. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik, kena keluar awal nampaknya ni. Bagi ibubapa yag tinggal di Taman Saga boleh hubungi saya untuk berbincang Harga Kambing Semasa istimewa untuk anda daripada UMM BARAQAH RESOURCES. Insyaallah

Lebih kurang gemuk macam nilah.  Rezeki En Zaiman dan anaknya

Harga Kambing En Adli Putrajaya

Assalamu'alaikum Wrmbth, Kami di UMM BARAQAH RESOURCES sedia menerima tempahan kambing aqiqah bagi memenuhi keperluan fardhu kifayah anda. Semalam telah muktamad akad jual beli antara kami dan En Adli daripada Putrajaya. Mula-mula telefon sekadar bertanya harga kambing, namun setelah berbual panjang dan menyedari tawaran syarikat kami menarik dan memuaskan hatinya akhirnya dia bersetuju menggunakan perkhidmatan kami. Harga kambing adalah RM750 dan kami tidak mengenakan caj tambahan kerana kebetulan kami mempunyai pesanan ke Taman Saga Ampang. Jadi Pada hari jumaat 27 januari 2012 saya akan hantar ke putrajaya. Melalui lebuh raya KESAS lebih mudah untuk ke sana insyaallah.

27 Januari 2012 boleh singgah putrajaya lepas hantar kambing. :)
KAmbing aqiqah ni nak masak Briyani

Tuesday, January 17, 2012

Harga Kambing En Firdaus Seksyen 17 Shah Alam

Assalamu'alaikum Wrmbth, Cuti Tahun baru cina ini memang ramai orang buat kenduri aqiqah. Cuti panjang kan. En Firdaus juga salah seorang daripadanya di seksyen 17 Shah Alam berdekatan Jalan Tukas. Encik Firdaus hendak buat kambing aqiqah golek untuk anal lelakinya. Zaman sekarang ni, oleh kerana permintaan yang tinggi ibubapa yang berhajat melaksanakan aqiqah kambing golek perlu tempah awal. Hendak selamat kena awal sebulan. Encik Firdaus telefon saya untuk berunding harga kambing aqiqah golek dan hendak tahu bagaimana prosedur tempahan kambing. Setelah berpuas hati denga penjelasan dan harga kambing diberikan iaitu RM750 untuk Harga kambing dan RM450 untuk upah memanggang kambing beserta hidangan sampingan. UMM BARAQAH RESOURCES memang komited insyaallah
Cuti panjang tahunbaru cina sibuk dengan majlis aqiqah
Kambing aqiqah panggang memang sedap

Encik Firdaus juga mahu menghadiri sembelihan kambing beserta anak dan isterinya, memang tiada masalah dan jika tiada aral melintang Sabtu 8.30 pagi segalanya akan terlaksana. Harga kambing istimewa beserta pakej kambing golek akan dilaksanakan oleh Chef Ry Koboi. Sebab apa koboi? Dia memang pakar masakan barat ni dan sudah 9 tahun memanggang kambing golek untuk badan badan korporat dan tetamu kehormat. Pengalaman bekerja dengan hotel pun dah lama. Antara pelopor hidangan kambing golek di Malaysia ni. Badan korporat seperti petronas pun menempah dengannya.
Kambing Golek Koboi? Koboi memang hebat panggang memanggang ni

Saya doakan anak En Firdaus menjadi insan berguna dan soleh. Harga kambing yang saya berikan memang istimewa dan ini juga tanggungjawab ibubapa melaksanakan ibadat aqiqah untuk anak mereka. Tak perlula adat berendoi tu, nanti yang sunat kemana yang tak sunat dilebih-lebihkan. Mana taknya, sewa buaian untuk majlis berendoi dan lain-lain dah berapa ratus? Buat sederhana paling bagus. Harga kambing yang sedia murah ditawar untuk lebih murah lagi. Ish3.. Menyedihkan..
Tak patut .. tak patut
Kenduri kahwin dah mahal, sekarang ni kenduri aqiqah pun nak dimahalkan juga?
Saya cadangkan duit lebih kita sedekahkan pada saudara islam di iraq palestin dan afghanistan.. Somalia pun sama.. tak kasihankah pada mereka..

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP