TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791

KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA

LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH

Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)

a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760

b) Kambing Boer 35-40kg RM760

c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760

Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja

Pakej Kambing Aqiqah

Saturday, December 24, 2011

Bantu belia ternak kambing baka Australia

SSSB sedia bantu belia ternak kambing baka Australia


Abdul Aziz Jamaludin melihat kambing jenis cross boer dan full blood boer' di ladang milik Subur Sejahtera Sdn. Bhd di Serting, semalam.


JEMPOL 26 Jan. - Penglibatan generasi muda dalam bidang penternakan kambing di negeri ini akan dipelopori oleh syarikat Subur Sejahtera Sdn. Bhd. (SSSB) dalam usaha membantu meningkatkan pengeluarannya.
Pengurus Projeknya, Abdul Aziz Jamaludin berkata, dengan syarikatnya itu menjadi tempat rujukan kepada penternak baru, ia turut membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda mempelajari secara serius penternakan kambing khususnya dari baka Australia.
"Kita telah memberikan penerangan dan sesi dialog dengan penternak kambing juga diadakan supaya mereka boleh melaksanakan kerja ini dengan teratur," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Kambing boer baka Australia mempunyai kualiti daging yang baik dan mempunyai pasaran besar dalam negara.
Katanya, sesi perbincangan dengan penternak baru meliputi aspek kos, teknik pemakanan yang betul selain memastikan kesihatan ternakan berada pada tahap terbaik sebelum dagingnya dapat dipasarkan.
"Perbincangan di kalangan penternak kambing jenis boer ini dianjurkan syarikat kami bersama Pertubuhan Peladang Kuala Pilah (LPP) negeri di Ladang Subur Sejahtera, Batu Kikir," katanya.
Pada program itu, penternak baru dibawa melawat ke kawasan ladang berkenaan bagi mengetahui cara ia diuruskan.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, SSSB bercadang mengadakan projek perkongsian ternakan kambing dengan usahawan di Serting, dekat sini.
Katanya, projek perintis akan dimulakan dengan empat peserta yang perlu lulus dalam saringan temuduga akan menjalani latihan selama 30 bulan.
"Jika peserta berminat dan berjaya dalam perkongsian ini, tempoh pelaksanaan projek ini boleh dilanjutkan selama 30 bulan lagi atas persetujuan secara bersama.
"Semua ini untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan boleh membekalkan baka kambing boer cross dan full blood berkualiti tinggi di pasaran," katanya.
Pada masa sama, katanya, SSSB menyediakan secara sewaan ladang kambing yang boleh menempatkan 200 ekor kambing dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.
Menurutnya, ia turut menyediakan tanah selain peserta dibekalkan dengan 100 induk kambing dan empat kambing jantan terpilih di mana baka itu merupakan hak milik SSSB.
"Kita juga akan memberi khidmat nasihat, selain sokongan pembiayaan pinjaman dan pemantauan berterusan," katanya.
Dalam pada itu, seorang penternak muda dari Pedas, Samsul Irwan Ismail, 28, berkata, pengalaman membantu ayah menternak lembu pada waktu kecil menyuntik minatnya menceburi dalam bidang tersebut.
"Bermula dari itu, saya mula menternak sebanyak 80 kambing baka katjang dan selepas tiga tahun kemudian baru menternak pelbagai baka jenis boer dan jamnapari.
"Sehingga kini hasil yang dikeluarkan agak memberangsangkan dan ia dipasarkan dalam negara," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Azizan Ab. Rashid berkata, pihaknya sentiasa memberi bantuan dan khidmat nasihat untuk membekalkan baka bermutu tinggi.
Katanya, penternak harus tahu cara menternak kambing berkenaan selain mengetahui pemakanan yang betul.
"Penternak akan diajar cara mengadun makanan daripada daun, rumput yang ditanam dan rumput liar bagi memastikan ia cukup nutrien dan sesuai untuk pembiakan kambing," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

No comments:

Post a Comment

About This Blog

  • Lembu Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)

Lembu ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

  • Lembu Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)

Baka lembu ini berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.

Lembu ini boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak lembu semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

  • Lembu Droughtmaster

Hasil kacukan lembu Brahman dengan lembu Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

  • Lembu Kacukan Pedaging K-K

Baka lembu ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

  • Lembu Kedah Kelantan (K-K)

Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

  • Lembu Brahman

Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

  • Lembu Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA, Malaysia

Lorem Ipsum

Ternakan lembu pedaging di Malaysia menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur kerana penggunaan daging lembu negara semakin meningkat, manakala bekalan masih tidak mencukupi.

Sektor ini juga mendapat pelbagai sokongan institusi seperti perkhidmatan veterinar yang padu, industri pemprosesan yang kukuh, serta kemudahan perkhidmatan proses penyembelihan, dan bekalan bahan makanan lembu yang
mudah didapati.

Populasi lembu pedaging di Malaysia sehingga tahun 2000 ialah 875,934 ekor. Sebanyak 90% daripada jumlah ini diternak secara tradisional. Pertumbuhan tahunan bagi bilangan ini ialah 2% setahun daripada tahun 1994 hingga 2000.

Kadar saradiri bagi tahun 2001 pula ialah 21.14 ribu tan.
Diunjurkan bilangan lembu pedaging di Malaysia akan meningkat kepada 2.094 juta ekor pada tahun 2010, dengan kadar saradiri sebanyak 67.89 ribu tan.

Penggunaan daging negara bagi tahun 2000 adalah sebanyak 95.1 ribu tan, dengan kadar peningkatan sebanyak 5.4% setahun. Penggunaan per kapita juga naik sebanyak 3.47 kg kepada 5.27 kg, daripada tahun 1991 ke tahun 2000.

Disclaimer (Penafian)

Kami amat mengalu-alukan pertanyaan saudara saudari sekalian,

Anda boleh hubungi kami di talian 0173047278 FAIZAL atau 0192653791 AZMI

Bagi tempahan KAMBING GOLEK, AQIQAH dan KATERING Sila layari

http://kambinghalal.blogspot.com

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP