Kambing jadi tumpuan Karnival _____ _______
2011/02/27
Anak kambing berbulu putih dan coklat diberi nama ‘Zorich’ milik Siah Abdullah, 67, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini kelihatan setia mengikut wanita itu dari gerai ke gerai, tetapi cuaca terik menyebabkan haiwan itu kelihatan menggigil dan sesekali mahu disusukan bagi menghilangkan dahaga.
Dia yang tidak bekerja dan menerima bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berkata Zorich dan seekor lagi anak kambing diberi minum susu Dutch Lady.
“Minat memelihara haiwan bermula sejak berusia 16 tahun selepas bapa yang ada hobi sama meninggal dunia. Setiap bulan saya belanja RM81 beli susu. Daripada lapan kambing yang ada, hanya dua perlu diberi minum susu, lima lagi pandai cari makan sendiri,” katanya.
No comments:
Post a Comment