Tarikh : November 5, 2011
Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kamarul Badri Mat Ali berkata, buat masa ini pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah untuk memperoleh daging kambing kerana ia boleh didapati daripada pelbagai sumber luar termasuk mengimport dari negara luar.
Menurutnya, walaupun pembekal utama daging kambing negara iaitu Thailand kini menghadapi masalah banjir besar, namun LPP masih boleh bergantung kepada sumber lain termasuk dari Australia, Mynmar dan India.
“Isu kekurangan beka-lan bukanlah masalah utama bagi kita dan LPP sentiasa melakukan pemantauan supaya isu kekurangan bekalan tidak berlaku terutama pada musim perayaan.
“Masalahnya ketika ini cuma dari segi lokasi pengagihan kerana sesetengah kawasan mungkin ada lebihan dan sesetengah lagi mungkin kurang bekalan,” katanya.
Beliau berkata demi-kian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi LPP peringkat negeri di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, di sini semalam.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengarah LPP Negeri, Shamsuddin Mat Rani.
Dalam pada itu, Kamarul Badri ketika diminta mengulas berhubung isu kenaikan harga kambing sempena sambu-tan Aidil Adha di negeri ini, beliau berkata, perkara itu adalah di luar bidang kuasa mereka memandangkan harga itu (kambing) berdasarkan nilai pasaran semasa.
Bagaimanapun, katanya, LPP bersedia menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang ingin mengusahakan ternakan kambing secara komersial.
“Bagi individu yang berminat, mereka boleh memohon melalui Program Pertubuhan Peladang dengan bantuan sebanyak RM30,000 manakala bagi pertubuhan pula, ia boleh dibuat menerusi Program Pengeluaran Ladang dengan bantuan sebanyak RM500,000,” katanya.
Dalam perkemba-ngan lain, Shamsuddin pula memaklumkan, LPP negeri telah membuat persia-pan awal bagi menghadapi banjir dengan mengingatkan peladang dan petani supaya memastikan pengeluaran hasil dilakukan lebih awal iaitu sebelum akhir bulan ini.
“Bagaimanapun, persiapan ini hanyalah sebagai salah satu usaha atau langkah berjaga-jaga sahaja. Jika banjir besar datang lebih awal seperti tahun lepas, memang kita tak boleh nak buat apa," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/bekalan-daging-mencukupi-1.4057
No comments:
Post a Comment