Harga siling daging kambing import akan dikaji semula
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak pemborong esok.
"Ekoran harga borong yang tinggi, para peniaga terpaksa menjual kambing import dari Australia pada harga RM19 sekilogram melebihi harga siling RM17 sekilogram yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barangan kawalan sempena Deepavali di pasar awam Sentul di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan harga yang diletakkan oleh para peniaga bagi 14 barangan kawalan lain yang disenarai di bawah Skim Kawalan Harga bagi perayaan Deepavali yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula hari ini.
Katanya, antara barang itu termasuk ayam, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, telur ayam gred A, B dan C, Cili Merah, Tomato, Bawang Merah Kecil India, Ubi kentang import dan kacang Dhal Australia.
"Ia dikawal hanya di musim perayaan sahaja, sebab biasanya di musim perayaan ini peniaga cuba menaikkan harga kerana permintaan bertambah, misalnya kacang dhal, saya percaya permintaan untuk kacang dhal bertambah menjelang Deepavali ini, jadi harganya dikawal," katanya.
Ismail berkata, 1,600 pegawai pemantau dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan memantau serta menguatkuasa harga barangan kawalan di seluruh negara sepanjang tempoh 10 hari musim perayaan itu. Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang laporan mengenai salahlaku peniaga supaya membuat aduan dengan menelefon talian hotline 1-800-88-6800 atau menghantar email ke alamat eaduan@kpdnkk.gov.my.-Bernama
No comments:
Post a Comment