Tarikh : November 6, 2011
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, agihan itu membolehkan semua peringkat kampung berkongsi rezeki terutama melibatkan golongan kurang kemampuan.
“Ibadah korban bakal dilaksanakan di peringkat kampung-kampung merupakan jalan membolehkan kita berkongsi rezeki secara bersama dengan golongan yang kurang berkemampuan termasuk fakir miskin,” katanya pada program simbolik penyerahan sumbangan dan pengagihan lembu korban Ahli Parlimen Kuala Pilah di perkarangan Masjid Jamek Yam Tuan Raden, di sini.
Sumbangan lembu-lembu korban itu akan diagihkan kepada masjid-masjid di kampung; antaranya Masjid Kariah Seri Mungkal, Tanjung Pauh dan Taman Desa Anggerik.
Selain itu, Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut menyumbangkan lembu berkenaan kepada 30 NGO termasuk Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Dangi.
“Buat julung kalinya, kita memberi seekor lembu kepada NGO supaya mereka juga menerima manfaat serta kebaikan sempena keberkatan Aidiladha ini.
“Oleh itu, saya berharap dengan pemberian lembu-lembu ini memberi kita kekuatan dan menyemai semangat perpaduan sesama umat Islam. Jangan ada perpecahan di kalangan umat Islam dan bersatu hati dalam memastikan Islam terus menjadi agama yang suci,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/politik/jkkk-ngo-berkongsi-rezeki-1.4238
No comments:
Post a Comment