Penternak pening dua kambing akikah dicuri
Kecurian itu turut membabitkan dua kambing lain termasuk jenis baka import dan sejumlah 50 itik membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM5,000.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, pemilik ladang, Zuraimie Mohamad, 45, keluar bersama isteri pada lewat malam untuk menjamu selera di sebuah restoran berhampiran dengan meninggalkan ladang yang berkunci tanpa dijaga.
Zuraimie berkata, apabila pulang ke rumah, dia terkejut apabila mendapati pintu pagar besar yang dikunci sebelum itu terbuka luas, malah mangga dipotong.
“Pekerja saya yang secara kebetulan lalu di ladang berkenaan melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda masuk ke kawasan ladang.
“Saya juga rasa pencuri hanya menggunakan kereta jenis wagon itu untuk mengangkut semua binatang yang dicuri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, seekor daripada empat kambing yang dicuri itu berharga kira-kira RM1,500 kerana ia baka import yang digunakan untuk kacukan dengan kambing jenis tempatan.
Manakala, 50 itik itu pula jenis itik daging dan telur yang dianggarkan sekitar RM20 seekor di pasaran tempatan.
http://www.bh.com.my/myMetro/articles/Penternakpeningduakambingakikahdicuri/Article/index_html
No comments:
Post a Comment