TAK JUMPA APA YANG DICARI? ISI CARIAN DIBAWAH ATAU KLIK IKON DITEPI HUBUNGI SEKARANG 0192653791
KENALI PEMBEKAL KAMBING ANDA
LAKSANAKAN AQIQAH PASTIKAN UMM BARAQAH
Pakej Kambing Aqiqah Siap Sembelih Lapah dan Hantar (Harga)
a) Kambing Feral 35 ~40kg -RM760
b) Kambing Boer 35-40kg RM760
c) Kambing Biri-biri 35-40kg RM760
Hubungi UMM BARAQAH 0192653791 atau SMS sahaja
Pakej Kambing Aqiqah
Sunday, December 25, 2011
Akta Halal digubal giatkan Industri Halal

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal dengan melaksanakan empat cadangan termasuk menggubal Akta Halal yang menjadi asas pembangunan, pengawal selia dan penguatkuasa industri berkenaan. Cadangan itu juga menyaksikan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diperbadankan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, HDC akan menyediakan satu pelan tindakan pembangunan industri halal manakala pengubalan Akta Halal akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam. Najib berkata, dua cadangan lain adalah mempertingkatkan persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama institusi antarabangsa untuk mendapatkan pensijilan piawaian seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Amalan Pengilangan terbaik (GMP) supaya sijilnya diktiraf antarabangsa.Cadangan itu juga melibatkan pembangunan sistem anti penyeludupan produk halal di tiga pintu masuk dan tiga pelabuhan utama untuk membantu agensi seperti Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jakim mencegah kegiatan penyeludupan dan mengurangkan risiko wabak penyakit. Petikan Utusan Malaysia

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment