53,300 lembu disediakan untuk korban
2011/10/31
PUTRAJAYA: Bekalan lembu hidup dijangka mencukupi untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin. Beliau berkata, sebanyak 53,300 ekor lembu disediakan untuk tujuan itu dengan 47,000 lembu daging hidup diimport dari Australia, 4,000 diimport dari Thailand dan selebihnya adalah sumber dari dalam negara.
Katanya, harga ayam runcit/sembelih adalah RM7.80 sekilogram, daging lembu tempatan RM22.50 sekilogram, daging kerbau India RM12 sekilogram, daging kambing tempatan RM32 sekilogram manakala harga daging kambing import RM28 sekilogram. - BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/53_300lembudisediakanuntukkorban/Article/
No comments:
Post a Comment