Semak harga siling daging kambing import
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkat, pihaknya akan meneliti perkara itu bagi mengelak kekurangan bekalan seperti tahun lalu berulang.
“Tahun lalu, kementerian menekankan harga rendah terhadap pemborong dan peniaga hingga ramai mengadu sukar untuk menjual produk mereka kerana tidak memperoleh keuntungan setimpal.
“Kesannya, ramai mengambil keputusan untuk menghentikan import daging kambing dari Australia, sekali gus mengganggu jumlah bekalan di pasaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ismail Sabri berkata, beliau akan membawa isu harga daging kambing import dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini, sebelum skim kawalan harga baru diluluskan.
“Paling penting, kita tidak mahu isu penetapan harga daging kambing import jadi seperti harga ayam, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment