Tarikh : November 9, 2011
Presidennya, Zawahir Abdullah berkata, keluarga yang dipilih terdiri daripada golongan miskin dan tinggal di kawasan pedalaman.
“Bagi mencapai matlamat kami dalam usaha-usaha kemanusiaan, pihak kami akan sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat tempatan.
“Program ini adalah lanjutan daripada program `Kasih Syawal’ yang diadakan sebelum ini dan ia menjadi aktiviti tahunan IRM dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya ketika mengulas mengenai Program Kasih Korban 2011 Peringkat Wilayah Pantai Timur yang diadakan di Madrasah Kampung Belukar, Jenerih, Salor, di sini kelmarin.
Menurutnya, ramai yang berlumba- lumba untuk mengadakan ibadah korban dan membantu golongan memerlukan di negara luar, sehingga mungkin ada yang lupa tentang keperluan bantuan berkenaan kepada rakyat di negara ini.
“Walaupun masing-masing sibuk merebut peluang mengadakan ibadah korban di negara luar, namun kita tidak seharusnya mengabaikan keperluan rakyat negara ini kerana masih ramai yang perlu hidup seba kekurangan dan perlu dibantu, keikhlasan dalam melaksanakan ibadah berkenaan adalah keutamaan berbanding lokasi,” katanya yang turut berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu meringankan nasib golongan memerlukan di negara ini.
Zawahir berkata, misi pengagihan ini lebih kepada mengagihkan daging segar kepada golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Menurutnya, pada tahun ini, IRM Malaysia melaksanakan program Kasih Qurban di Kelantan, Kedah dan Selangor yang dijalankan secara serentak bagi memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik untuk menikmati daging korban walau di mana lokasi mereka.
Sementara itu, Pengerusinya IRM Kelantan, Bustanol Ariffin Mohd Kamal berkata, dengan kerjasama kumpulan sukarelawan daripada negeri ini, pihaknya berjaya melaksanakan ibadah korban tersebut yang melibatkan 250 keluarga di negeri ini.
“Sebanyak lima lembu ditumbangkan di beberapa lokasi iaitu Selising, Pasir Putih, di Masjid Mukim Hutan Cengal, Tendong dan di Masjid Padang Rokma Wakaf Bharu, dan sasaran penerima adalah golongan miskin,” katanya.
No comments:
Post a Comment