Tarikh : November 3, 2011
Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, sebanyak 62 lembu korban diagihkan kepada pasukan beruniform, surau dan masjid di Dun Kamunting.
Menurutnya, majlis yang diadakan di Kem 72 KP itu melibatkan beberapa wakil surau, masjid dan pasukan beruniform.
“Saya sangat gembira dapat mengadakan majlis di kem ini dan berharap kerjasama tersebut akan berterusan di masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, penyerahan lembu korban berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan sempena sambutan Aidiladha.
Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie.
No comments:
Post a Comment