Penjagaan kambing
|
|
SECARA saintifiknya kambing (Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan dalam keluarga Bovidae dan subfamili Caprinae.
Haiwan ini berkeupayaan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Namun ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang cuaca panas berbanding sejuk.
Berbeza dengan ternakan ruminan lain kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun - daun yang muda berbanding meragut di padang rumput.
Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk hidup di kawasan sukar seperti gurun dan bukit bukau tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu bagi mendapatkan ciri - ciri yang baik.
Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan.
Ini termasuk berat lahir, berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat.
Kambing yang telah dinilai digunakan untuk tujuan pembakaan bagi melahirkan anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
Antara baka yang sering diusahakan seperti Boer, Jamnapari, Saanen, Katjang dan, Anglo Nubian.
No comments:
Post a Comment